Masa yang sama tapi di situasi Eir ...
' Aku rindu kau Ai ... Rindu sangat-sangat . Aku rindu time kita happy-happy dulu . Kau fikir aku suka ke semua ni berlaku ?! Tapi .. Entahlah Ai ... Aku buntu , aku tak tahu aku harus percaya siapa . Kejadian 2 tahun lalu masih lagi segar dalam ingatan aku . '
Flashback ...
" Hai Eir , Sorang je ke ? " . Sapa Balqis dengan ceria sekali . Dari tadi lagi dia perhati lelaki kacak ni seorang diri di taman . Rancangannya harus segera dilaksanakan . Balqis menoleh ke kiri dan ke kanan . Selepas mendapat isyarat terus dia menegur Eir .
" Eh tak lah berempat " . Perempuan ni nak apa lagi . Tergedik-gedik . Meluat aku .
" Amboi sombong , Balqis tegur elok-elok tau . Eir ni ! " . Sombong eh kau dengan aku . Lepas ni siaplah kau !
" Ye la , kau nak apa datang sini ? " . Tanya Eir acuh tak acuh .
" Balqis datang sini nak jumpa Airin . Dia ada ? Selalunya kan dia selalu keluar dengan Eir dan adik Eir , Ira . Mana ek diorang ? " Tanya Balqis sambil kepalanya tertoleh-toleh , berpura-pura mencari dua orang manusia tersebut .
" Ada je diorang tu tengah main . Kau tak nampak ke buat-buat tak nampak ? " Bicara Eir tetapi matanya masih fokus pada muka buku yang ditelaahnya .
" Tak ada la Eir ... " Meleret suara Balqis .
" Abang ! Abang tolong Ira . Uhuk . Abang ! " kedengaran suara Ira meminta tolong .
' Huh padan muka kau Eir . Kau sombong sangat kan . Padan muka kau ! ' monolog Balqis dengan sinis di dalam hati .
" Ya allah Ira , Ira dekat mana sayang ? Ira ? Ai ? Awak dekat mana ? Ai jawablah ! " . Janganlah terjadi apa-apa dekat adik aku Ya allah .
Eir mencari kelibat adiknya di sekeliling taman tetapi tidak jumpa sehinggalah dia lihat titisan darah . Hatinya berdegup kencang . Ya allah , kau berilah hambamu ini kekuatan . Eir terus mengikut titisan darah itu sehinggalah dia sampai di belakang papan gelongsor . Dia terkedu , tergamam , terpaku . Semua terlah . Dia melihat tubuh badan adiknya yang dilumuri darah , dan ... Airin yang sedang memegang pisau sambil menggoncang tubuh adiknya . Eir segera menerpa ke arah adiknya .
" Ya allah Ira , apa dah jadi ni ? Ira jangan tinggalkan abang Ira . Abang sayang Ira . " Tersedu sedan Eir merayu adik kesayangannya .
" I .. Ira , bang .. bangun . Akak dah beli ai .. ais krim untuk Ira . Ira cakap Ira ... " Belum sempat Afyaa ingin meneruskan percakapannya , Eir sudah menjerit .
" Kau ?! Kau buat apa dengan adik aku ?! Dasar perempuan tak guna . Family aku kutip kau , bela kau sampai kau besar , ini yang kau balas ? " Tersentak bahu Afyaa mendengar jerkahan Eir . Eir tidak pernah menengkingnya selama ini .
" A .. awak , bukan sa .. saya yang buat semua ni . Saya per .. pergi beli ais krim tadi . Lepastu bila saya dat .. datang ... " Tergagap-gagap Afyaa ingin memberitahu perkara sebenar .
" Cukup ! Cukup Ai , Kenapa kau tak bunuh je aku ?! KENAPA ADIK AKU ? Kau kejam Ai . Afyaa Qaireen yang aku kenal bukan macam ni . Kau sedar tak , kau tu anak pungut ! Cukup bertuah tau hidup kau bila family aku kutip kau kat tepi jalan . Kalau family aku tak kutip kau , entah-entah kau tak sempat pun tengok dunia . Huh dasar tak sedar dek untung ... " Terhenti percakapan Eir apabila Afyaa menampar pipinya .
" Cukup . Bukan permintaan saya nak dibuang keluarga dan dibela oleh family awak . Bukan sama sekali permintaan saya . Tolong , tolong jangan hina saya lagi . Saya tak bersalah . Awak ... Tolonglah percaya ... " rayu Afyaa .
" Kau pembohong . Mulai hari ni , detik ini , saat ini , kau bukan lagi Afyaa Qaireen yang aku kenal , Ai yang selalu dengan aku , kau bukan lagi family aku . Bagi aku , Afyaa Qaireen dah lama mampus ! " Jerkah Eir . Dia terus mengangkat tubuh badan adiknya dan berlalu dari situ .
Zappp ..
Ibarat petir yang menyambar bumi , begitu jugaklah hati Afyaa apabila dia dibuang keluarga atas kesilapan yang tidak dia lakukan ." Awakkk . Tungguu .. Tolong jangan hukum saya .. Eir .. " lemah Afyaa berkata-kata apabila dia sedar bahawa dia tiasa siapa-siapa lagi di dunia ini .
" Selangkah kau berganjak dari situ , aku sumpah Ai , aku sumpah akan buat perkara yang berlaku dalam hidup kau , jadi hitam . Mark my words " . Jerit Eir dari jauh .
Akibat takut akan ugutan Eir , Afyaa terus mendiamkan diri dan memeluk lututnya . Dia tahu dia bukan bidadari yang selalu happy di kalangan wildan . Dia juga bukanlah puteri raja yang dimanjai dengan kasih sayang . Dan dia hanyalah seorang manusia bernama Afyaa Qaireen yang mudah ditindas , terlalu lemah . Dan di situlah penyeksaan Afyaa bermula . '
End of flashback ...
' Sungguh saya rindu awak Ai ' . Rintih Eir di dalam hati .
Vote & Comment !
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...