Eir memandang Alongnya bagai helang menanti mangsa . Eirfan pula hanya buat muka selamba . Bukannya dia tidak tahu adiknya memerlukan penjelasan dari dirinya . Bukannya dia tidak mahu berterus terang , cuma tunggulah semua orang berkumpul .
" Asalamualaikum Mama ... Rai ... " Raisya berhenti bercakap apabila dia merasakan aura ketegangan .
" Ada apa-apa yang Papa terlepas ke ? " . Ajak Tan Sri Adam cuba bergurau sebaik sahaja dia melangkah ke dalam . Dia terserempak dengan Raisya semasa di hospital jadi mereka pulang beriringan .
" Eir tak rasa Papa yang terlepas something , cuma Eir yang bodoh sebab terlepas something yang disorokkan oleh family ni selama 3 tahun ? Am I Right ? " . Tutur Eir sinis .
" Eir ! Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa ?! " . Along menegur tegas .
" Apa ?! Tak betul apa aku cakap ? " Eir menahan amarahnya . Dia menggengam buku limanya sehingga urat tangannya timbul . Hatinya begitu panas kerana dipermainkan keluarga sendiri .
" Along , sudah ! Sayang , kenapa ni ? " Tan Sri Adam cuba berlembut . Dia memandang ke arah isterinya yang sedang menunduk memandang lantai dengan muka resah . Raisya pula diam , tidak berani masuk campur kecuali perlu .
" Eir nak tahu siapa pembunuh Aruah Ira yang sebenarnya " Ucap Eirfan dengan muka tiada perasaan . Dia sengaja menekan perkataan sebenarnya . Dia sendiri pun kecewa dengan perangai Papa dan Mamanya kerana sanggup merahsiakan perkara ini sehingga bertahun lamanya . Mati-mati dia ingat selama ini Eir tahu .
Tan Sri Adam memicit kepalanya sebentar . Pening dengan apa yang berlaku kepada keluarganya . Lepas satu masalah , masalah lain pula timbul . Raisya pula yang tadi berdiam diri , sudah semakin tidak senang duduk . Adakah dia perlu memberitahu keluarganya mengenai pendapat Doktor Arsyad mengenai Afyaa ?
Raisya mula melangkahkan kakinya untuk ke bilik tapi malang , suara Papanya menghalang tindakannya .
" Raisya ! Nak pergi mana ? Jangan nak mengelak ! Kita selesaikan hal ni , hari ni juga ! " Ucap Tan Sri Adam terpaksa .
Raisya melangkah longlai ke arah Mamanya yang sedari tadi berdiam diri . Dia duduk di sebelah Mamanya .
" So let me guess ? Rai pun tahu hal ni kan ? " . Soal Eir sambik berpeluk tubuh .
" Apasal aku pulak ? Ye memang aku tahu . Aku bukannya tak nak bagitahu kau , tapi kau terlalu buta nak menilai ! Eir , cuba kau fikir logik . Takkanlah Afyaa yang tinggal dengan kita since umur dia 10 tahun nak bunuh Ira yang berumur 12 tahun time time tu ? Kalau dia nak , dia boleh bunuh Ira dari first time dia jejak kaki dekat rumah ni . Cuba lah fikir Eir . Huh bodoh ! " . Raisya menjawab dengan lantang .
" Argh , alasan ! Korang semua memang tak nak bagitahu Eir ! " . Eir membentak .
" Eir bawa bersabar . Jangan nak memberontak ! " Tan Sri Adam sudah bangun daripada tempat duduknya .
" Betul kau nak tahu siapa bunuh Ira ? " . Tanya Eirfan dengan sinis .
" Along ... Please ... " tegur Mama separuh merayu .
" No Mama , he deserves to know ! Selama ni dia dendam pada orang yang salah Mama sedar tak ?! " . Eir cuba menahan amarahnya . Dia cuba bertahan . Dia ingin menjaga hati Mamanya . Eir bangun dan menuju ke arah Mamanya lalu dia memegang tangan Mamanya cuba untuk menyalurkan kekuatan .
" I'm sorry Ma but I really need to do this " . Tutur Eirfan sebak .
" Kalau kau nak tahu sangat , perempuan tak guna yang kau sanjung selama ni lah yang bunuh Ira ! Kau tahu tak ? Perempuan yang selama ni kau agungkan sangat sehingga penjelasan family kau sendiri kau abaikan . Aku tak tahu lah dia bagi kau apa sampai kau ikut cakap dia ! Ini ... " Eir menunjuk ke arah Mamanya .
" Kau sedar tak ni Mama kau ? Mama yang kandungkan selama 9 bulam 10 hari ! Dia kandungkan kau tanpa mengeluh dan berharap kau menjadi seorang yang berguna besar kelak ! Tapi ... Huh . Aku kecewa dengan kau . Kau tahu tak , Mama ni dah banyak menahan seksa dalam diri dia Eir ! " Along menengking Eir .
" Ap .. Apa maksud kau ? " Eir terkedu .
" Kau tahu tak Balqis yang kau sanjung tu dalang semua ni ?! Kau tahu tak ?! Argh , kalau kau nak tahu , Raisya bawa Afyaa stay di France bukan saja-saja Eir . Perempuan tak guna tu ugut Afyaa supaya tidak membocorkan rahsia yang sebenarnya dan kami ... kami terpaksa berlakon untuk membenci Afyaa . Apa lagi eh ? Ouh ya ! Mama hampir kena kelar dengan Balqis kau tahu ? Kami sembunyi semua ni sebab Balqis hampir membuat kami semua lemah . Papa , kau tahu tak , Syarikat papa hampir bankrup ? Kau tahu sebab apa ? Ni semua sebab bapak perempuan tak guna tu . Dia upah orang dalam supaya songlap semua duit syarikat and then dia datang sebagai penyelamat kononnya nak bantu Papa ? Ouh how nice that game . " Eirfan meluahkn segalanya yang selama ini terpendam di lubuk hatinya .
" Tak .. tak .. Korang semua tipu .. Ak .. aku tak percaya . " Eir menitiskan air matanya . Jadi selama ni dia benci pasa orang yang salah ? Ya allah berdosakah aku ?
" So , guess what ? Kau tahu Eir aku hampir kena buang kerja ? " . Along membuka pekung di dada yang selama ini di simpan rapi .
Papa , Mama dan Raisya serentak memandang ke arah Eirfan . Diorang langsung tidak tahu menahu pasal hal ini .
" Along .. Kenapa Papa .. " Tan Sri Adam bersuara dengan kesal .
" Benda dah lama Papa . Along dituduh ceroboh fail milik pesakit lain . And siap ada rakaman cctv lagi , Along buntu time tu cuma Ammar yang bantu Eir selesaikan . " Ucap Eirfan diakhiri dengan senyuman kecil . Penat dengan permainan dunia .
" Jadi selama ni , bukan Afyaa yang bunuh ... " Eir tidak sanggup menghabiskan bicaranya .
" Dah hadam ? Puas hati kau ? Pandai-pandailah kau merangkak cari Afyaa minta maaf dengan dia " . Tutur Along seraya terus bangun menuju ke tangga ingin ke biliknya . Eir yang melihat alongnya ingin pergi , terus dia meluru ke arah Eirfan lalu memeluk alongnya .
" Aku minta maaf long . Aku tahu aku salah .. Aku .. " Eir menghamburkan tangisan di bahu Alongnya .
" Minta maaf dengan Allah dan diri kau sendiri . Kau lalai dalam menilai kebaikan orang Eir . " Bicara Eirfan lalu melepaskan pelukan adiknya . Dahlah dia kecewa dengan Mama dan Papanya kerana sanggup merahsiakan hal ni and now Eir pula memohon kemaafannya .
Eir hanya memerhati langkah Alongnya menuju ke tingkat atas dengan tangisan keinsafan . Kenapa ? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Balqis ? Kenapa ? Aku mati-mati ingat kau ikhlas kawan dengan aku . Eir meratapi kesedihan di dalam hatinya . Dia memandang ke arah Mamanya yang sedang dipujuk oleh Raisya . Eir berjalan ke arah mereka berdua .
" Mama , Eir minta ampun Ma . " Eir memandang mamanya dengan mata yang berair . Raisya pula sudah berlalu ke biliknya bagi memberikan ruang kepada Eir dan Mamanya .
" Anak Mama tak buat salah apa pun sayang , Mama maafkan Eir ye nak " . Ibu mana sanggup melihat air mata anaknya jatuh kerana dirinya . Hati ibu ni rapuh , mudah terpujuk .
Eir terus memeluk Mamanya . Ya allah berdosanya aku .
" Eir betul-betul minta maaf Ma , Eir menyesal . Ma , kita buka balik kes 3 tahun lepas ? " . Eir meminta izin Mamanya . Puan Sri Sofea memandang ke arah suaminya . Tan Sri Adam pula tak sangka bahawa orang yang selama ni membantah habis-habisan untuk kes itu sekrang sudah bersetuju .
Tan Sri Adam mengangguk . " Kita serah pada pihak polis ye Eir " . Tan Sri Adam bersetuju . Eir rasa bersyukur . Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia dapat menebus kesilapan dirinya .
" Eir sayang Papa dan Mama . Sayang sangat-sangat . Eir minta maaf " . Tutur Eir sebak di dalam hati .
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...