Eir Rezqi mencari-cari kelibat kakaknya . Dia terus memandang ruangan menunggu apabila kawasan tersebut dipenuhi orang . Tak nampak lah pulak .
" Mana Raisya ni , Abang ? Saya rindu dia sangat-sangat dah ni " . Tanya Puan Sri Sofea dengan teruja .
" Haih awak ni , tak lari lah anak awak tu . Sabar kejap " . Tuan Sir Adam meningkah . Dia pun risau . Anak perempuannya ni kerasa kepala dan degil sikit . Boleh dia buat cancel flight last-last minute kang buang masa je diorang tunggu dekat sini .
Eir hanya mendengar . Malas mahu masuk campur . Echal di sebelahnya masih sibuk dengan air cappuchino yang baru dibelinya tadi .
" Mama ! Papa ! Eir ! Adik ! " jerit seseorang .
" Kakak ! " jerit Echal teruja . Maklumlah , dia paling rapat dengan kakaknya dulu berbanding Eir .
" Anak mama " . Semua sudah berlari memeluk kakaknya . Anak mama ? Then aku ni ? Bukan ke apa ? Ni nak sentap ni .
" Asalamualaikum papa , mama " Raisya menyalam mama dan papanya . Echal pula hanya memerhati . Teruja dalam hati masih tak hilang lagi .
" Eir mana ? Along ? " tanya Raisya .
" Hekeleh sekarang baru nak tanya Eir ? Tadi lupa orang " . Rajuk Eir . Dia bukannya tak nak pergi dekat kakaknya cuma dia sibuk meneliti pakaian kakaknya . Kakaknya nampak lebih ... matang . Tak macam dulu .
" Tak nak peluk kakak ke ? " Raisya melapangkan kedua-dua tangannya . Pergaduhan dia bersama Eir diabaikan .
" Of course lah tak nak " Eir bercakap sahaja padahal dia masih menuju ke kakaknya .
" Aku rindu kau serai and you look so feminine with this style of your clothes . " Eir jujur .
" Huh , aku tak rindu kau pun . Alah cakap je lah aku cantik " . Sakat Raisya .
" Sudah-sudah lah peluk , naik meluat pulak Chal tengok " . Chal meningkah sambil menjuihkan bibir .
" Eii diamlah budak " . Eir mengusik adiknya sambil menyerabutkan rambut adiknya .
" Eh sudah-sudah , Raisya , kalau Raisya nak tahu , mama ni ha , masak special tau dekat rumah . Yang si Eir ni , siap kemas bilik Raisya . Entah mimpi apa Papa tak tahu pulak hahhaha . Echal pulak siap buat kejutan lagi dengan Raisya " Ujar Tan Sri Adam bersemangat . Bukan selalu ada family time macam ni , cuma anaknya yang lagi seorang tu . Workhalic . Eirfan Rauf . Puas dipujuk untuk bersama diorang tapi alasannya ada sahaja . ' Banyak kerja ' .
" Eh Papa buat apa ? " . Seloroh Raisya .
" Chal , 1 .. 2 .. 3 . Papa tengok saja sambil mengusap perutnya yang kian memboroi " , ucap Eir dan Eshal serentak dan ber'high five ' .
Mereka semua tertawa apabila Eir dan Eshal mengenakan Tan Sri Adam . Terasa bagaikan tiada orang di airport tersebut sehinggalah ..
" Asalamualaikum . Maaf lambat " . Sapa seseorang .
Mereka semua menoleh , Tan Sri Adam dan Puan Sri Sofea sungguh terkejut . Eshal pula hanya menekup mulutnya . Lain pula dengan reaksi Eir ... Matanya menunjukkan sinar amarah yang bila-bila masa sahaja bakal meluap . Tangannya dikepal . Tapi di dalam sudut hatinya .. Dia rindu .. Ya dia rindu Nur Afyaa Qaireen .
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...