Mereka sekeluarga masih lagi resah menunggu doktor yang merawat Afyaa . Selepas saja Afyaa pengsan , Along terus mengangkat Afyaa untuk ke Hospital . Raisya masih lagi menangis di bahu Mamanya . Untuk seketika dia terpandang wajah Eir Rezqi . Sekujur tubuh yang masih lagi termenung dan tiada reaksi di wajahnya . Dia tiba-tiba rasa marah terhadap adiknya . Kalau Eir tak emo macam tadi , tak desak Afyaa macam tadi , semua ni takkan berlaku . Raisya terus menuju ke arah adiknya lalu mengenggam kolar baju Eir .
" Kau ! Ni semua salah kau ! Kalau terjadi apa-apa dekat Afyaa , aku takkan maafkan kau ! " Jerit Raisya lantang . Eir pula hanya pasrah dengan apa yang dilakukan oleh kakaknya . Dia hanya memandang wajah Raisya .
" Raisya ! Eir ! Sudah , korang berdua ni tak malu ke gaduh depan public ?! Afyaa sedang di rawat dan korang berdua berkelakuan macam budak-budak ! Raisya pergi duduk dekat mama sekarang ! " . Eirfan turut meninggikan suara . Mama pula hanya memerhati . Echal sudah menangis di bahu Papa .
" Tapi Along .. " Raisya cuba berkeras .
" I SAID NOW ! " . Jerkah Eirfan . Kedengaran suara Raisya merengus . Tidak puas hati mungkin.
" Em , Maaf menganggu tapi saya ingin berjumpa dengan keluarga Cik Nur Afyaa Qaireen ? " . Soal doktor yang baru sahaja merawat Afyaa , Doktor Ammar .
" Ya saya ? Macam mana keadaan anak saya Doc ? " . Papa kelihatan begitu gelabah .
Mereka semua kelihatan tekun ingin mendengar kata-kata seterusnya daripada Doktor Ammar . Eir pula hanya membatu dengan muka yang boleh dikategorikan no feeling . Dia jadi begitu semenjak Afyaa pengsan lagi . Raisya pula masih gementar kerana dia takut kebenaran yang selama ini hanya dia seorang sahaja yang tahu , bakal dibongkarkan sebentar lagi .
" Okay sebenarnya anak Tan Sri tidak mempunyai apa-apa masalah , cuma .. " Kata Doktor Ammar .
Tan Sri Adam mengucapkan ' Alhamdulillah ' begitu juga dengan ahli family yang lain .
Tapi lain pula reaksi Raisya . Terkedu . Tergamam . But how can ? Doktor Arsyad cakap Afyaa mengalami simptom cancer . Doktor Arsyad merupakan doktor peribadi Raisya di France . Tapi cancer tersebut masih belum dikenal pasti . Tapi jauh di sudut hati kecilnya dia bersyukur . Mungkin Doktor Arsyad silap dalam menilai fail pesakit Afyaa . Raisya tersenyum kecil .
" Cuma apa Ammar ? " . Gesa Along sekali gus mematikan lamunan Raisya . Sebenarnya dia mahu merawat Afyaa tapi Ammar tidak mengizinkannya kerana emosi dia tidak stabil .
" Cuma dalam pemeriksaan saya ke atas Cik Afyaa , kami mendapati bahawa air di dalam badannya berkurang dengan mendadak . Hal ini jarang sekali berlaku selama saya berkhidmat sebagai seorang Doktor dan atas sebab itu saya dan beberapa doktor yang lain telah bersepakat bahawa kami terpaksa menahan beliau selama beberapa hari untuk membuat sedikit pengesahan dan mengenal pasti penyakit Cik Afyaa . " Ucap Doktor Ammar diakhiri dengan senyuman .
Senyuman yang terukir di bibir mereka sedikit menghilang . Mungkin resah dengan perkhabaran Doktor Ammar .
" Kalau macam tu , Doktor buat lah apa yang termampu untuk selamatkan anak saya Doktor " . Papa merayu .
" Boleh kami melawat dia Doc ? " Tanya mama .
" Insha Allah Tan Sri . Kami hanya membantu dan selebihnya berkat doa Tan Sri sekeluarga . Oh ya Puan , buat masa ni , tak digalakkan untuk melawat Cik Afyaa kerana keadaan dia masih lemah dan dia juga belum tersedar daripada pengsan " . Terang Doktor Ammar .
" Baiklah kalau begitu , Doktor " . Pasrah Puan Sri Sofea .
" Kalau tidak ada apa-apa lagi , saya minta diri dulu . Asalamualaikum " . Pamit Doktor Ammar sopan .
Vote & Comment !
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...