Nur Eshal Damia ataupun Cal , masih gelisah menunggu di luar wad Afyaa Qaireen . Terdetik di dalam hatinya pelbagai kemusykilan . Apa yang sebenarnya terjadi ? Dia memberitahu Doktor Ammar supaya tidak membuat panggilan terhadap keluarganya . Dia tidak mahu keluarganya terus-menerus gelisah terhadap keadaan Afyaa .
" Cik , Cik ni Cal kan ? " Tanya Maria teragak-agak . Gadis di hadapannya kelihatan sedang berfikir panjang .
Cal terkejut dengan sapaan nurse tersebut . " Ya , saya Cal , kenapa nurse ? Ada apa2 terjadi dengan Kak Afyaa ke ? " Tanya Cal cemas .
" Tak , bukan . Cik Afyaa dalam keadaan stabil cuma ... " Maria berjeda seketika .
" Cuma apa ? " Tanya Cal sedikit memaksa .
" Doktor Ammar yang minta saya panggil Cik , dia cakap dia mahu jumpa Cik ... " kata-kata Maria dipintas oleh Cal .
" Okay , terima kasih , saya pergi dulu . " Potong Cal . Sedikit tergesa-gesa . ' Kenapa budak ni ? ' terdetik di hati Maria .
Tok ... tok ... tok ... Cal mengetuk pintu yang tertulis 'Dr Ammar's Room ' . Ammar yang sedang mempersiapkan laporan mengenai Afyaa mengangkat sedikit kepalanya lalu berkata " Masuk " . Cal mengorak langkah kakinya dengan gementar.
" Macam mana dengan Kak Afyaa ? " Tanya Cal kabut .
Doktor Ammar tersenyum . " Kalau ya pun , duduk dulu Cal ". Bicara Doktor Ammar tenang walhal hanya Tuhan tahu gelodak hatinya ketika ini .
Perlahan Cal menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Ammar .
" Macam ni , susah sebenarnya untuk Abang cakap pasal hal ni , tapi mahu atau tak , Abang kena bagitahu jugak ..." Jeda Ammar . Membuatkan Cal lebih tidak tentu arah .
" Abang jangan buat Cal takut ... Kenapa dengan Kak Afyaa sebenarnya? " Suara Cal hampir naik seoktaf .
Ammar menarik nafas sebelum meluahkan butir bicaranya . Dia menyelak kertas A4 yang mempunyai maklumat mengenai Afyaa . " Cal dengar sini baik-baik , Afyaa dalam keadaan kritikal sekarang . Buah pinggang kirinya rosak dengan teruk dan paling mengejutkan dengan begitu cepat , walhal semalam Abang tengok report , segalanya masih stabil . And one more thing , tulang belakang Afyaa tidak mampu untuk menampung berat badannya dan kemungkinan kalau tidak segera dirawat , Afyaa akan ... " Pedih kenyataan yang bakal dikeluarkan tapi ini semua takdir .
" Kak Afyaa akan apa ? Mati ? Hah kenapa semua org yang Cal sayang perlu mati ?! Apa salah Cal ??! Apa... salah... Cal... " suara Cal makin perlahan . Tidak kuat untuk menerima berita ini . Sakit .
" Cal ! Mengucap ! Afyaa tak mati , dia cuma akan lumpuh . Cal jangan nak mengarut and Cal jangan nak kaitkan kematian aruah Ira dalam hal ni , Maut di tangan Tuhan , Cal tak berhak nak mempersoalkan tugas Allah . Cal bukan siapa-siapa ! " Tegas Ammar berbicara . Muka putihnya sudah kelihatan seperti berjemur di tengah panas . Merah . Menahan geram .
" Apa? Lumpuh? Abang melawak ja kan? Tak kelakar la hahaha... " Ketawa yang kedengaran sumbang di telinga Ammar.
" I'm not kidding at all . This is the fact that you have to accept Cal . Wake up ! ". Lantang Ammar berbicara berniat untuk menyedarkan Cal daripada mimpi ngerinya .
Cal termenung di hadapan Ammar , otaknya ligat memikirkan cara untuk menyembuhkan kakak angkat kesayangannya . Terdetik di benak hatinya satu perkara ." Habistu takkan tak ada cara lain nak sembuhkan Kak Afyaa? ".
" Ada , tapi bukan untuk sembuhkan penyakit kanser yang dialami Afyaa . Kita boleh buat pemindahan buah pinggang daripada ahli keluarganya ataupun mana-mana individu yang mempunyai padanan darah mahupun anggota yang mahu didermakan . Second , kita boleh buat pemindahan sum sum tulang , pemindahan yang tidak berisiko kepada pesakit mahupun penderma , tapi jika penderma mempunyai alah terhadap ubat bius , segala komplikasi boleh berlaku ... " Jeda Ammar ." Tapi Cal perkara macam ni penting untuk Uncle dan Aunty tahu , kita tak boleh secara melulu , plus kalau Eirfan tahu , masak Abang . " Luah Ammar gusar .
Cal terdiam sejenak , betul apa kata Ammar . Cal menganggukkan kepalanya tanda bersetuju .
" Kalau macam tu Abang Ammar bagitahu la diorang sekarang ... ". Kelihatan tangan Ammar laju mencapai telefon bimbitnya . Cal menghalang sambil melemperkan senyuman tersirat " A'aa not so fast Abang Ammar , you need to do my favor first ". Dahi Ammar berkerut , Cal tersenyum penuh makna .
" What favor Cal ? ". Ammar menanya penuh kebingungan .
Vote & Comment!
So this chapter a little bit short i guess , but nvrmind , i'll make it long on the other chapter . just so you guys know , i will always update this novel but not everyday . so how bout the new cover ? bring new energy huh ?
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...