32

4K 92 13
                                    

" Betul ke apa yang Cal dengar tadi ? " Tanya Cal dengan linangan air mata . Sebenarnya sudah lama dia berdiri di tepi wad kakak kesayangannya , Afyaa Qaireen . Dia meminta izin Cikgu Hayati untuk outing sebentar kerana ingin melawat Afyaa tapi lain pula yang diterimanya . Kanser Myeloma ? Huh .

" Cal ... " Tan Sri Adam cuba untuk bersuara di samping isterinya yang masih tidak sedarkan diri . 

" Cal ? Bukan ke Cal ada di asrama ? Macam mana Cal ... " Tanya Eirfan Rauf . Dia tidak menyangka seawal ini Cal tahu keadaan Afyaa . Sekarang bukan waktu yang tepat . Hal sebegini akan menganggu pembelajaran Cal . 

" Cal tanya kan ! Kenapa ? Terkejut ? Korang semua niat nak sembunyikan hal ini daripada Cal kan ? Cal benci korang ! " Tengking Cal . Dia sudah hilang sabar . Sampai hati ! 

Pang ! Eir menampar wajah adiknya . Raisya tergamam . Cal tersenyum . Tersenyum dalam kesedihan . 

" Eir ! Apa yang Eir buat ni ? " Perbuatan Eir sangat diluar jangkaan . Melampau . 

Eir tidak menghiraukan teguran papanya . Dia bergerak mendekati adiknya . 

" Kau ! Abang tak pernah ajar Cal jadi kurang ajar macam ni . Kenapa dengan Cal ni hah ? Tengok mama tu .. tengoklah ... " Eir memaksa Cal untuk melihat keadaan mamanya selepas mengetahui penyakit sebenar Afyaa .  Cal menangis .

" Tengoklah ! Kalau macam tu respon mama lepas tahu pasal Afyaa , apatah lagi kau ? Cal , tolonglah Cal . Kitorang taknak kau sedih . Kitorang tahu macam mana rapatnya kau dengan Afyaa . Sedarlah Cal . Kau buat perangai macam ni sekalipun , Afyaa takkan sembuh . Tak akan . Sedar cal , sedar ... " Eir berjeda . AIr mata yang menuruni pipinya dilap kasar . 

Cal merenung wajah Abangnya . Dia terdiam . Hilang kata-kata . Pipi yang ditampar oleh Eir , dipegang sebentar . Dia tersenyum .

" Terima kasih abang " Ucap Nur Eshal Damia ikhlas . 

Cal berjalan ke arah mamanya lalu mencium dahi mamanya . Setitis air matanya jatuh di atas muka Puan Sri Sofea . Eirfan Rauf hanya memerhati tingkah laku adiknya . Dia tahu adiknya boleh bertindak di luar jangkaan . Cal menyalam tangan papanya lalu menuju ke pintu wad dengan hati yang berat . Dia mengerling sekilas wajah pucat Afyaa yang sedang terbaring di atas katil . Wajah yang dulunya sering membuatnya ketawa sekarang pucat kaku tidak mampu berbicara walau hanya sepatah . Cal tersenyum sedikit . Lalu tanpa menoleh , Cal berjalan keluar dari pintu wad Afyaa dengan kata-kata Doktor Ammar mememuhi fikirannya . ' Namun , bukan niat saya untuk bersangka buruk , tapi dalam tempoh tersebut pesakit akan mengalami kerosakan pada tulang belakang dan buah pinggang . Kerosakan sebegini akan mempercepatkan lagi tempoh kepada kerosakan sepenuhnya ...'

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Sunyi . Itulah gambaran untuk villa yang mereka diami sekarang . Eirfan Rauf hanya termenung di balkoni biliknya . Tidak berhasrat untuk turun ke bawah menjamu selera bersama ahli keluarganya yang lain . Matanya tertancap pada laluan pejalan kaki berhampiran kolam renang milik papanya . Seakan kelihatan kelibat aruah Ira sedang berlari-lari anak bersama Cal .

" Padan muka , padan muka , Cal tak dapat tangkap Ira . Bwerkkk ! " Ira membuat muka kepada kakak kembarnya . Beginilah rutin harian keluarga mereka . Setiap petang berehat di gazebo . Menikmati masa bersama .

Puan Sri Sofea menegur kedua-dua anak kembarnya supaya berhati-hati . " Ira , Cal , jaga langkah tu , nanti terjatuh , bahaya " Pening Puan Sri Sofea melihat kerenah nakal anak-anaknya itu .

Nafas Terakhir Where stories live. Discover now