" Ego " . Kata Echal sebaik sahaja semua orang sedang berkumpul di ruang tamu . Along pun ada . Mungkin mama call .
" Chal tak tahu apa-apa " . Tingkah Eir
" Chal tak tahu apa-apa ? Kidding me abang ? Pernah ke Abang ambil tahu perasaan Chal selama ni ? " Eshal memandang abangnya dengan pandangn tidak puas hati .
" Chal , please " . Eir tidak mahu dia pulak yang bergaduh dengan adiknya . Cukuplah selama ni .
" What ? Abang tak rasa apa yang Chal rasa . Chal diabaikan oleh satu family selama 11 tahun . Chal ada ke tak ada ke , ada orang kesah ? Orang lebih pentingkan aruah Adik . Okay , Chal bukan nak mengungkit . Tapi Chal just nak tanya , Chal memang pilihan kedua dalam family ke ? Abang cakap Chal tak tahu apa-apa kan ? Selama 3 tahun Chal menanggung rasa bersalah sebab tak dapat nak selamatkan adik . Chal kembar dia abang . Kongsi makanan yang sama di dalam perut , kongsi plasenta yang sama . Cuma bezanya pangkat panggilan kami je . Mana Chal di saat Ira perlukan Chal ? Mana Chal disaat Ira kena tikam ? Mana Chal ? Chal tak ada dekat situ abang , Chal tak ada ! Chal rasa bodoh . Bodoh sangat sebab tak dapat nak selamatkan adik sendiri . Ni tanda ni .. " Chal menunjukkan tanda garisan di urat nadi di tangan kirinya kepada semua orang di ruang tamu .
Eir terkedu . Papa dan Mama hanya menahan tangis . Raisya dan Afyaa hanya berdiam diri tanpa sebarang respon . Along hanya memerhati dengan mata yang berkaca .
Eir cuba untuk menggapai tangan adiknya tapi malang Eshal lebih pantas .
" ... Chal pernah nak bunuh diri dulu sebab separuh daripada diri Chal dah hilang sekali dengan jasad Ira yang ditanam . Pernah korang semua tanya apa yang dah jadi ? Dulu , birthday kitorang . Heh , bukan kitorang , tapi birthday Ira . Mana Chal ? Seorang insan pun tak cari Chal kecuali Kak Afyaa . Dia yang berusaha memujuk Chal untuk turun ke bawah . Chal turun demi nak menjaga hati Kak Afyaa . Then bila Chal turun , semua pandang Chal macam .. Chal ni strangers . Apa salah Chal ? Chal jahat ke Mama , Papa ? Sekarang korang semua nak buat benda yang sama dekat Kak Afyaa ? Bukan niat Chal nak kurang ajar , tapi tolonglah , perit perasaan apabila diabaikan keluarga sendiri . Yah i know Kak Afyaa bukannya anak mama dan papa tapi dari kecil Kak Afyaa membesar dalam keluarga kita . Cukuplah apa yang korang dah buat pada Chal dulu . Mama , Papa , maaf kan Chal kalau apa yang Chal cakap ni menggores hati mama dan papa . " Eshal terus berlari ke biliknya dan menghempas badannya di atas tilam dan menangis . Ya itulah rutin hariannya apabila dia berseorangan di dalam bilik .
Kesemua mereka yang berada di ruang tamu senyap . Bagaikan mereka tersedar apa yang mereka telah buat . Mama dah layu di pelukan papa . Along pula sudah berdiri di pintu masuk . Mungkin menahan tangis . Eir bagaikan mulutnya di paku . Ini kali pertama dia mendengar luahan hati Adiknya . Dia rasa .. berdosa . Mereka semua terkedu dengan ayat terakhir yang diucapkan oleh Eshal .
" Anak saya Abang .. Anak saya . Ya allah apa aku dah buat .. " tangis Mama dalam menyesal .
" Chal , maafkan along .. " . Eirfan Rezqi sudah terduduk di hadapan pintu . Dia sedar selama ni , dia terlalu banyak mengabaikan masa mereka sekeluarga . Dulu , ketika Arwah Ira meninggalkan mereka sekeluarga , dia tiada di bumi Malaysia . Dia sibuk mengejar cita-citanya . Oleh sebab itulah sekarang , dia lebih memilih untuk bersendirian . Perangai dingin dan cold hearted nya bermula selepas ketiadaan Ira . ' Maafkan along Ira , sebab tak mampu nak jaga Chal ' .
" Abang sayang Chal .. " Eir hanya mampu meluahkan tapi sayang tuan punya diri tidak ada di depannya .
Dan secara tidak tersengaja , dia terpandang Afyaa dia hadapannya . ' Siap kau! ' .
Vote & Comment !
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...