Ammar runsing memikirkan permintaan Nur Eshal Damia . ' Eish budak ni gila ke apa ' , gerutu Ammar di dalam hati .
Flashback ...
" Kalau macam tu Abang Ammar bagitahu la diorang sekarang ... ". Kelihatan tangan Ammar laju mencapai telefon bimbitnya . Cal menghalang sambil melemparkan senyuman tersirat " A'aa not so fast Abang Ammar , you need to do my favor first ". Dahi Ammar berkerut , Cal tersenyum penuh makna .
" What favor Cal ? ". Ammar menanya penuh kebingungan .
" Cal nak jadi penderma buah pinggang dekat Kak Afyaa ". Bicara Cal penuh tekad .
Terhenti jantung Ammar buat seketika .
" Cal ... Cal gila ke apa ?! Cal tahu kan yang ..." Bicara Ammar tergantung .
" Ya , Cal tahu , Cal tahu yang nak menderma ni bukan senang , melibatkan banyak pihak , mama , papa , abang , kakak , semua perlu tahu . Tapi kali ni je Abang kena tolong Cal ... Please ... " Rayu Cal dengan mata yang berair .
Ammar terdiam sebelum menyambung bicaranya ," Abang tak boleh tolong Cal , kalini betul-betul tak boleh . Cal bawah umur , had umur untuk menderma adalah 18 tahu ke atas .... "
" Tapi Cal sihat tubuh badan kan ? Nothing to worried about , kalau Cal mati masa derma tu pun Cal sanggup lah ... " Potong Cal sedikit sebal .
" Cal ! Cakap guna otak boleh tak ?! Kalau Cal derma buah pinggang ke apa ke , even jantung sekali pun , itu takkan membawa Afyaa kembali ke dunia ni secara normal la Cal . Ingat sikit ! ". Tegas Ammar .
Cal terduduk . Dalam tidak sedar dia mengiyakan apa yang dikatakan Ammar . ' Betul , Kak Afyaa bukan sahaja mengalami kerosakan buah pinggang , malah hampir satu tubuhnya . Ya Allah , kau bantulah hambamu ini . ' Doa Cal di dalam hati .
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Eirfan Rauf terduduk mendengar penjelasan Ammar tentang kesannya penyakit Afyaa yang sebenarnya .
" Tiada jalan ke Am ? Kita doktor Am , takkan sampai sekarang tak ada penawar Am ? Dahtu apa function kita sebagai doktor ? ..." Luah Eirfan terkilan .
Ruang kerja Ammar sunyi , atau lebih tepat , suram . Tuan Sri Adam membawa isterinya , Puan Sri Sofea pergi menenangkan diri , tak mudah dia menerima semua yang menimpa anak angkatnya itu . Eryna Raisya hanya terbungkam di hujung bangku begitu juga Eir Rezqi .
Ammar kehilangan kata-kata , dia sedih melihat sahabat karibnya dengan keadaan sebegitu .
" Boleh kan kalau Rai jadi penderma ? .. " Bicara Eryna Raisya memecah kesunyian .
Tiga pasang mata memandang serentak ke arah Raisya .
Ammar memicit dahinya . Runsing . Semalam adik , harini kakaknya pulak .
" Rai sanggup ke ? " Tanya Eirfan sambil memandang ke arah Raisya . Eir pula hanya memerhati . Ammar terkejut .
" Eirfan , kau nak risiko kan adik kau untuk Afyaa ? Kita boleh cari penderma lain kan , kau tahu benda tu , orang yang sudah meninggal pun kita boleh ambil organ dia , kau ...." Cakap Ammar kelam kabut . Sejujurnya dia tak mahu merisikokan Eryna Raisya , pelbagai komplikasi boleh berlaku .
" Rai sanggup . Rai nak tebus kesalahan Rai pada Afyaa . " Jawab Eryna Raisya penuh tekad sekaligus memotong percakapan Ammar .
Perasaan bersalah menghantui lubuk hati Eir Rezqi . Terdetik di hatinya bukan Raisya yang sepatutnya berkorban untuk menebus kesalahan , sebaliknya diri dia sendiri .
" Kalau macam tu kita proceed test DNA , dan kalau sesuai kita boleh terus lakukan pembedahan . Kita tidak punya banyak masa , keadaan Afyaa pun separa kritikal . " Bicara Eirfan serious . Ada benar apa yang dikata oleh Eirfan tapi jauh di benak hati Ammar dia tidak menyetujui perkara tersebut .
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Afyaa Qaireen tersedar daripada lenanya . Dia bersandar di kepala katil dan melihat lengannya yang penuh dengan tiub wayar yang berselirat sehingga ke dada dan hidungnya . ' Aku sakit apa sebenarnya ? ' . Terlihat senyuman sedih terukir di bibirnya . Dia belum bersedia untuk mati . ' Kenapa mereka mengelat setiap kali aku bertanyakan tentang penyakit aku ? ' . Afyaa melihat cermin muka yang berada di sisinya . Mukanya cengkung , tidak berdaya , pucat , macam tiada darah yang mengalir .
Dia merasakan tekanan yang amat sangat . Afyaa bertindak agresif secara tiba-tiba dengan mencabut kesemua tiub wayar yang melekat di tubuhnya . Darah mula mengalir keluar dari urat di pergelangan tangannya dan juga di hidung . Dia menangis , bukan kerana kesakitan tapi kesedihan yang menimpa hatinya . Afyaa mengelap kasar darah yang keluar dan berlari keluar dari wad . Tiada hala tuju .
sorry sebab lama menghilang .
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...