Eirfan termenung sendirian di dalam bilik doktornya . Dia agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Ammar . Mana mungkin boleh terjadi ? Dia dan Ammar mengambil jurusan kedoktoran yang sama tetapi Eirfan merupakan Doktor Pakar Bius . Ini kerana dia lebih minat ke arah Anaesthesiology (Bius) . Lain pula dengan Ammar yang lebih peka dengan kanser . Tengok lah bahagian apa , Oncology (kanser) kot . Tipu sangat kalau Ammar cetek pemikiran .
Satu ayat yang masih berlegar di dalam otaknya ' Penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar dikawal. Begitulah kehendak alam. Suatu penyakit yang jarang ditemui selalunya sukar ditemui penawarnya ' . Sakit . Perit . Pedih mahu menerima kenyataan bahawa Afyaa sedang menghidap kanser Myeloma . Kanser yang jarang sekali ditemui .
Tok ... Tok ... Tok
Ketukan di pintu menghilangkan segala apa yang dibincang oleh Ammar tadi .
" Masuk ! " . Eirfan pura-pura mencapai pen dan menulis rekod . Suka hati dia saja gapai .
" Family Doktor dah sampai and Doktor Ammar dah ada dengan diorang " . Inform Shila dengan sopan . Dia takut sikit dengan Eirfan ni , maklumlah tegas orangnya .
" Okay , thanks and you can go now ". Ringkas Eirfan menjawab .
Shila senyum sedikit dan terus menutup pintu . Eirfan pula terus mengemas mejanya dan mencapai kot di kerusi . Dia melihat sekilas penampilannya . Dah kacak . Okay Eirfan , ready to reveal . Eirfan tersenyum sinis .
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
" Asalamualaikum Tan Sri " . Sapa Ammar sopan .
" Wa'alaikumusalam . Ammar , uncle je lah . Tak payah nak formal sangat . " tegur Tan Sri Adam merendah diri . Tersengih Ammar mendengarnya . Dia mengenali Tan Sri Adam sudah hampir 4 tahun . Sejak Eirfan posting ke sini , sejak itu lah jugak Ammar mengenali keluarga Eirfan dengan lebih rapat .
" Hah Ammar , mana Eirfan ? Kalut sungguh budak tu call kitorang suruh datang ? ". Tanya Puan Sri Sofea . Tersedar Ammar dari lamunannya . Muka Ammar berubah .
" Ouh , Eirfan ada dekat bilik dia and saya dah inform dia kata uncle and auntie dah sampai . So kita tunggu dia dululah , baru kita boleh mulakan perbincangan mengenai Afyaa " . Ammar cuba untuk menenangkan dirinya sendiri . Dia tidak boleh bayangkan penerimaan mereka sekeluarga terhadap Afyaa .
" Ada apa-apa terjadi terhadap Afyaa ke doktor ? " . Eir bertanya cemas . Sebenarnya tadi dia masih di balai polis , tapi panggilan dari mamanya membuatkan dia terpaksa memecut keretanya ke hospital .
" Saya ... "
" So semua dah ada kan ? " . Sapa Eirfan tiba-tiba . Nasib baik dia cepat , kalau tak mesti budak Ammar ni dah bagitahu .
" Ya allah budak bertuah ni , terkejut Mama ! " . Terjerit kecil Puan Sri Sofea dengan sergahan anak sulungnya .
Eirfan tersenyum hambar . " Jadi jomlah semua , kita pergi ke wad Afyaa " . Ajak Eirfan tiba-tiba .
Setibanya mereka di wad Afyaa , Eir tergamam melihat sekujur tubuh yang sedang terlantar . Wayar berselirat memenuhi tubuhnya . Ini jugak salah aku ke ?
Raisya hanya mampu mendiamkan diri . Tabahlah Afyaa , aku tahu kau kuat .
" Okay , saya mulakan sekarang . Sebenarnya .. Saya ada 3 bad news . And 3 bad news tersebut saya tidak boleh elak . Saya harap uncle sekeluarga dapat terimanya dengan hati terbuka ... " Ammar berjeda . Dia memandang wajah Eirfan yang kelihatan muram .
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...