" Tak boleh Cal! Tak boleh! " Cikgu Iskandar meninggikan suaranya . Pening kepala dibuatnya dengan permintaan Cal kali ini .
" Tapi cikgu ... alaa boleh laa , please ? ". Cal masih berkeras dengan keputusannya.
Cikgu Hayati merangkap wardennya hanya memerhati dengan gelengan kepala . Dia tidak mampu lagi bersuara . Keras kepala budak Cal ni , satu yang ditegurnya , sepuluh dibalas balik.
" Kamu nak ambil exam tau tahun ni , kena fokus Cal ! Fokus ! ". Hampir hilang sabar dibuatnya .
Cal terdiam , ada betulnya jugak , tapi dia nekad .
" Tapi saya boleh home school kan ? " . Tanya Cal selamba .
" Nur Eshal Damia ! Listen here , no means no ! Kamu ingat benda ni main-main ke ?! " Tempik Cikgu Iskandar . Terangkat bahu Cal mendengarnya .
" Tapi kesihatan Kak Afyaa pun bukan benda main-main kan Cikgu ? Dia sedang nazak , perlukan penderma dengan kadar segera . " ucap Cal dengan mata berkaca-kaca . Dia mendongak kepalanya melihat Cikgu Iskandar dan Cikgu Hayati .
Cikgu Iskandar terdiam . Sunyi bilik kaunseling ketika itu .
" Okay baiklah , macam mana dengan papa mama kamu ? Mereka tahu tak ? " . Gelengan kepala daripada Cal menambahkan tekanan di kepalanya .
" Habistu apa yang kamu cuba lakukan ni Cal ? Kamu fikir tak apa perasaan family kamu bila diorang tahu kamu buat ... "
" Perasaan ? Heh , diorang tak pernah pun fikirkan perasaan Cal selama ni . Cal ni orang luar la ... " Luah Cal sebak .
" Sudah ! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi . Dapatkan izin orang tua kamu , baru saya pertimbangkan ". Ucap Cikgu Iskandar sebelum dia melangkah keluar daripada Bilik Kaunseling .
Cal terdiam . Cikgu Hayati hanya memerhati dengan gelengan kepala . ' Elok lah dua-dua keras kepala ' , detik Cikgu Hayati di dalam hatinya .
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><
Eir Rezqi memerhati sekujur tubuh yang sedang terbaring di dalam wad di hadapannya . Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam wad . Eir menarik kerusi dengan perlahan supaya tidak menganggu sekujur tubuh yang begitu sempurna dimatanya . Dia hanya memerhati , tidak mengambil keputusan untuk melakukan apa-apa . Setelah 5 minit , telefon bimbitnya berbunyi sekaligus menganggu kesunyian bilik itu . Eir kelam kabut mencapai telefonnya sehingga dia terlanggar almari di tepi tangannya . ' Aduh mama ni ! ' getus Eir geram .
" Eqi ? ... " . Kedengaran satu suara yang begitu lemah di pendengarannya . Eir terkejut , dia menahan sebak . " Eqi , kenapa a..awak diam ? Awak benci saya lagi ke ? " Tanya Afyaa lemah .
' Tak Ai tak , aku tak mampu nak benci kau . Aku sayang kau ! ' Jawab Eir di dalam hati .
Eir memusingkan tubuhnya menghadap Afyaa . Air mata Afyaa jatuh bercucuran kerana baru kali ini dia tidak melihat api kebencian di dalam mata Eir .
Eir membisu . Dia seakan hilang kata-kata . " Awak sihat ? " Tanya Afyaa kekok . " Soalan apa kau tanya ni Ai ? "
Afyaa tergelak kecil . Eir tersenyum melihat Afyaa seakan gembira dengan kehadirannya .
" Eqi , saya nak tanya awak sesuatu boleh ? " . Afyaa seakan was-was untuk membuka suara. Dia cuba memberanikan dirinya untuk bertanya kerana hal ini sudah lama disimpan dibenaknya .
Eir mengangkat keningnya tanda bersedia untuk menjawab .
" Apa penyakit saya sebenarnya ? " . Afyaa bertanya dengan muka polosnya .
Eir bagai dihempap batu besar di atas kepalanya . Dia gusar memikirkan jawapan . Afyaa pelik melihat reaksi Eir seolah-olah soalannya tiada jawapan . " Eqi ? " panggil Afyaa .
" Kau tak sakit , kau cuma kurang protein , vitamin apa semua tu je " jawab Eir kelam kabut . dia menggaru keningnya dengan reaksi muka yang sedikit ketakutan .
" Awak ingat saya ni budak-budak ? Takkanlah kurang semua benda tu saya kena tahan dalam ward sampai berminggu lamanya ? " Afyaa membentak . Sudahlah masa di Paris , Ryna sikitpun tidak memberitahu pasal penyakit yang dihadapinya , yang dia tahu hanya makan ubat .
" Dahtu kau tanya aku kenapa ? Aku bukannya doktor . " Eir membalas sinis .
" Ohh , okay " . Afyaa memusingkan badannya membelakangkan Eir . Terdetik di hati Eir ' Alahai merajuk ke budak ni ? '
" Ai , kau merajuk eh dengan aku ? " . Tanya Eir sengaja .
Afyaa hanya membisu , dia bukan merajuk , cuma terasa . Kenapa semua orang susah sangat nak bagitahu dia perkara sebenar ?
Eir bergerak ke hujung katil Afyaa untuk mengambil segelas air yang telah disediakan ." Kau tak nak minum ke ? Tak dahaga ? " Tanya Eir prihatin . Cuba untuk menukar topik .
Afyaa memandang sekilas wajah Eir sebelum. mengangguk . Dia disandarkan di kepala katil dengan beralaskan bantal . Tangan kanannya terasa sedikit kebas . Mungkin akibat daripada terlalu lama baring . Itu yang difikirkan Afyaa .
Eir menghulurkan gelas tersebut , Afyaa terus menghalakan gelas tersebut ke bibirnya selepas disambut dengan tangan kirinya . " A'a tangan mana kau minum tu ? Tangan kanan la , cepat ! ". Eir menegur . Gelojoh . Afyaa menjulingkan matanya . 'Banyak songeh la Eqi ni' . Afyaa segera menukar tangan selepas melihat wajah Eir yang tegas .
Belum sempat gelas tersebut sampai di bibir Afyaa , ia terlebih dahulu jatuh menghempas lantai . Afyaa menjerit . Eir terkejut .
" Kau dah kenapa ? Berat sangat ke cawan tu ? Hishh " Eir menggerutu kegeraman . Eir merendahkan badannya untuk mengambil serpihan kaca yang telah pecah .
Mata Afyaa bersinar , air mata bertakung . " Eqi ... Jari sa...saya ... " Jarinya tidak langsung merasa cengkaman terhadap gelas tersebut . Gelas itu seakan-akan melalui satu gulung sutera yang sangat lembut dan licin .
" Sa... saya tak rasa ... gelas tuu ... apa .. jadi dengan tangan saya ni ... ? Eqi tolong saya ... " Luah Afyaa ketakutan . Afyaa merenung tangan kanannya . Tangan kanannya seolah-olah hilang deria .
Eir buntu . Ini salah satu akibat daripada penyakit yang dialami Afyaa ke ?
Afyaa menangis teresak-esak . Dia seakan hilang punca . Eir memegang tangan kanan Afyaa sambil bertanya " Kau rasa tak tangan aku ni ? " Tanya Eir berhati-hati . Afyaa memandang tangan kanannya sebelum air matanya kembali menitis .
" Saya ... lumpuh ke ? Saya tak rasa apa-apa ... langsung ... " Bicara Afyaa dalam kesenduan .
Eir mengambil keputusan untuk memeluk Afyaa , cuba untuk menenangkannya . Afyaa menggongoi kesedihan di dalam pelukan Eir . Dia asyik menyebut perkataan lumpuh . Eir cuba menahan sebak . ' Ya allah kalau seteruk inilah penyakit yang dialami Ai , kau pindahkanlah kepadaku Ya allah .'
Vote & Comment !
YOU ARE READING
Nafas Terakhir
Short StoryHanyalah kisah biasa . Kisah yang membawa seribu kedukaan dalam hidup insan bernama Afyaa Qaireen . Kemunculannya dalam hidup Tan Sri Adam sekeluarga membawah sinar baharu . Tetapi adakah sinar tersebut akan bertahan lama ? " Eqi dengar sini , saya...