“ Kau dah melampau Jungkook. Kau ingat aku tak mampu buang kau dari hidup aku? Sekarang, rasakan kesan atas perbuatan kau sendiri. ”
➖
Mata Hyuna terkebil - kebil memandang kedua - dua orang yang baru memasuki perkarangan hotel itu. Serta - merta tubir matanya terasa hangat.
'Tak guna! Kau ingat kau pakai topeng dekat muka semua tu, aku tak kenal kau?!' Gumam hati Hyuna. Dia baru sahaja lepas berjumpa dengan kliennya di hotel yang sama.
Hati Hyuna panas. Rasa geram membuatkan dia tekad untuk membongkarkan segalanya. Hyuna akhirnya mengambil skarf di bahagian tempat duduk belakang lalu dililitkan di sekitar lehernya. Bahagian mulutnya ditutup sedikit. Cermin mata yang berada di atas dashboard turut diambil dan dipakai.
Hyuna memerhatikan pantulannya di cermin. Dia menarik nafas sedalamnya cuba mencari kekuatan. Tangannya dikepal sekuatnya. Dia tahu keadaan akan berubah sepenuhnya selepas dia membongkarkan rahsia Jungkook.
Pintu kereta dibuka dan di situ dia berdiri, di hadapan hotel yang akan menjadi saksi keretakan dan perpisahan antara dua hati.
Kaki cuba melangkah walaupun terasa berat dan kini dia berada di belakang Jungkook dan wanita tak guna itu.
"Bilik 404." Hyuna tersenyum sinis apabila nombor bilik disebut oleh wanita itu. Dia menoleh ke belakang, menunggu mereka berdua menaiki lif.
Pintu lif yang hampir tertutup sempat ditahan oleh Hyuna lalu dia memasuki ruangan lif tersebut. Jungkook yang sedang bergurau senda dengan Yoona terhenti. Agak segan hendak menunjukkan kemesraan di hadapan orang asing.
"Emm cik nak pergi level berapa?" Tanya Jungkook apabila melihatkan wanita itu tidak menekan sebarang butang lif.
"Level lapan." Jawab Hyuna tenang.
Kala itu, Jungkook terpaku, terkedu dan tergamam. Suara itu. Dia kenal suara itu. Suara yang menemani kehidupan sehariannya.
Dengan berat hatinya dia bersuara, "Hyuna?"
Suasana sepi dipecahkan dengan tawa kecil seseorang. "Opps, tertangkap." Ujar Hyuna lalu membuka cermin mata dan skarfnya.
"Hyu--"
"Bilik 404 kan?" Cepat - cepat Hyuna memotong suara Jungkook. Yoona yang berada di sebelah Jungkook hanya mampu menundukkan kepala. Takut untuk berhadapan dengan situasi ini.
Sampai sahaja di level lapan, Hyuna mempersilakan Jungkook dan Yoona keluar dahulu sebelum dia mengikuti langkah mereka berdua.
Pintu bilik 404 dibuka lalu Hyuna cepat - cepat menolak badan Jungkook dan Yoona untuk memasuki bilik itu. Yoona memandang Jungkook seperti ingin meminta pertolongan namun Jungkook tidak menghiraukan pandangan itu.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...