° Final Regret °

3K 243 70
                                    

“ Aku terlalu sakit sehinggakan aku tidak merasa lagi sakit tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terlalu sakit sehinggakan aku tidak merasa lagi sakit tu. Aku rasa kebas. Aku rasa kosong. Hati aku tak mampu merasakan apa - apa lagi.

"Hyu... na." Senyuman Jungkook membuatkan wanita itu semakin sebak. Cepat - cepat dia mengelap air matanya. Tidak mahu suaminya melihat dia menangis.

Langkah Hyuna semakin mendekati katil Jungkook. Dalam masa itu, senyumannya tidak pernah pudar. Wajah Jungkook diperhati penuh kasih.

Jika.

Jika ini saat - saat terakhirnya.

Biarlah aku iringi pemergiannya dengan senyuman.

Tangan Jungkook terketar - ketar ingin menyentuh pipi Hyuna. Melihatkan itu, Hyuna mencapai tangan Jungkook lalu diletakkan di pipinya.

"Saya di sini Jungkook." Bisik Hyuna perlahan. Jungkook kelihatan bahagia.

"Ss-- saya mi-- minta maaf." Ucap Jungkook. Wanita dihadapannya menggelengkan kepala.

"Tak sayang. Saya yang patut minta maaf." Hyuna menggigit bibirnya. Suasana di situ begitu sayu.

"Jeon Hyuna, saya cinta awak. Sepenuh hati." Luahan Jungkook serta - merta mengundang air mata Hyuna.

Dengan cecair jernih yang berjujuran jatuh di pipinya, kepalanya diangguk berkali - kali. Dia tahu suaminya sangat menyayangi dirinya.

"Jeon Jungkook, saya juga cintakan awak sepenuh hati saya."

• • •

"Namjoon, tolong. Aku merayu pada kau. Kenapa kau tak jumpa lagi?" Hyuna meraih kedua - dua tangan milik Namjoon.

"Maafkan aku Hyuna." Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Namjoon. Dia tidak sanggup memandang wanita itu.

Hyuna mengalah. Tangan Namjoon dilepaskan. Hyuna jatuh terduduk. Wajahnya disembamkan ke lutut.

* * *

"Keadaan Jungkook makin parah." Doktor Oh memberitahu.

"Doktor, takde cara lain ke doktor? Tolonglah." Hyuna merayu. Ekspresi mukanya begitu terdesak.

"Tiada puan. Penderma tulang sum sum sangat susah untuk dijumpai. Anak puan, Jungna juga tak sesuai untuk jadi penderma." Terang doktor Oh.

"Kenapa?! Jungna tu anak dia." Hampir sahaja Hyuna hilang kawalan di situ.

"Tisu tulang sum sum Jungna bercampur dengan tisu Jungkook dan tisu puan. Jadi mustahil untuk mendapatkan tisu yang sama. Selalunya penderma ni dalam kalangan adik beradik. Tapi Jungkook merupakan anak tunggal." Doktor Oh berkata dengan penerangan yang paling ringkas.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now