" Aku penat. Izinkan aku tidur sementara. Atau selamanya. "
➖
Taehyung terperanjat. Ingin berkata namun dia tidak mampu. Ya Tuhan, benarkah apa yang dia dengar pada saat itu? Kenapa tiada seorang pun yang memberitahunya dari awal lagi?
"A-- apa? Kau biar betul hyung?" Soal Taehyung kepada Hoseok. Hoseok hanya mengangguk lemah.
"Dulu ibu dan sekarang... Jungkook?" Hoseok sekali lagi mengangguk. Taehyung yang baru sahaja kembali daripada Amerika Syarikat atas sebab urusan kerja sekali lagi terdiam.
"Kenapa tak beritahu aku awal - awal? Kenapa tak ada seorang pun yang--"
"Kami pun baru tahu Tae. Sohee yang beritahu aku." Hoseok memotong kata - kata Taehyung.
"Yang lain? Yang lain dah tahu? Jimin macam mana?" Taehyung menyoal. Agak risau dengan penerimaan Jimin tentang khabar berita yang baru diterimanya tadi.
"Setakat ni cuma aku dan Jin hyung saja yang tahu. Aku beritahu kau ni pun sebab aku tahu kau masih boleh tenangkan diri. Jungkook paksa kami untuk tak beritahu sesiapa. Tapi Tae, aku beritahu kau ni sebab aku tak nak kau layan Jungkook dengan buruk. Dengan keadaan dia yang macam tu. Jimin dari mula dah maafkan dia jadi aku tak perlu risau tentang dia." Jelas Hoseok panjang lebar.
"Hyung, kau tak nak beritahu Namjoon hyung dan Yoongi hyung tentang hal ni?" Taehyung risau.
"Aku nak. Tapi nantilah, tunggu masa yang sesuai. Lagi pun aku jarang jumpa mereka buat masa ni. Mereka terlalu sibuk."
Perbualan mereka terhenti di situ dengan Hoseok yang kembali fokus kepada pemanduan. Sementelah Taehyung hanya menggigit bibir dan memandang ke luar tingkap.
• • •
Jin, Yoongi, Hoseok, Namjoon, Jimin dan Taehyung, kamu semua ialah abang yang paling terbaik pernah aku dapatkan. Hyung jaga aku dengan baik. Sangat - sangat baik. Maafkan aku kerana telah meninggalkan luka kecewa di dalam hati - hati hyung sebelum aku pergi.
Buat Jin hyung, kehadiran hyung menghadirkan tawa dalam hidup aku. Hyung ialah abang yang paling boleh aku harapkan dan untuk aku bersandar. Masih aku ingat lagi sewaktu hyung berumur 15 tahun, hyung membantu mama untuk menjaga kami di rumah. Kadang kala, hyung turut keluar mencari duit saat mama kekurangan wang. Aku kagum dengan hyung yang masih boleh tersenyum dan menghiburkan kami saat hyung sendiri lelah. Aku sayang kau Jin hyung. Kaulah abang terhandsome di dunia ini.
Buat Yoongi hyung, aku menganggap hyung sebagai abang yang paling cool dan swag sekali. Walaupun hyung kelihatan malas dan jarang bercakap, tapi aku tahu kehadiran hyung sangat menenangkan. Hyung mendengar keluhan aku tanpa sebarang penilaian. Hyung menjadi tempat mengadu aku yang paling utama. Hyung tak pernah sekali pun menilai masalah aku. Dan aku tahu, hyung turut berkongsi beban dengan Jin hyung dalam masalah mama. Hyung marah Jin hyung yang cuba untuk menanggung beban itu seorang diri. Aku tahu hyung, walaupun hyung nampak seperti tak kisah, tapi hyunglah orang pertama yang akan melindungi kami sekiranya ada apa - apa yang berlaku. Terima kasih untuk segalanya Yoongi hyung. Aku sayang hyung.
Buat Hoseok hyung, hyung tak pernah tunjukkan kesedihan hyung di hadapan kami. Keutamaan hyung adalah untuk membuatkan kami tersenyum. Dan aku sangat berterima kasih untuk itu hyung. Saat aku memerlukan sesuatu yang membuat aku tersenyum, hyung adalah pilihan pertama aku. Aku sangat - sangat kagum hyung. Hyung tak pernah gagal untuk tersenyum walau sesukar mana pun sesuatu keadaan itu. Pertama kali aku melihat hyung menangis adalah sewaktu hari kematian mama. Kedua kali sewaktu hari pengebumian mama. Tak pernah aku melihat hyung sesedih itu. Jadi hyung, aku minta jangan bersedih sewaktu aku tidak lagi bernafas. Teruskanlah tersenyum. Aku sayang kau Hoseok hyung.
Buat Namjoon hyung, ketenangan hyung membuatkan aku menjadikan hyung sebagai idola. Hyung tak pernah sekali pun gelabah dalam mengendalikan keadaan. Hyung tetap tenang walaupun ditengking oleh Yoongi hyung dan dimarahi oleh Jin hyung. Hyung faham mereka yang kehilangan mama. Hyung pun kehilangan mama. Tapi hyung masih bertenang untuk kami semua agar kami tidak melakukan sebarang tindakan bodoh. Aku harap pada saat ini, hyung pinjamkan sedikit ketenangan pada aku. Tapi hyung, aku harap hyung lebih terbuka dengan perasaan hyung. Hyung tak perlu sentiasa menjadi kuat untuk kami sentiasa. Hyung juga manusia biasa. Aku sayang kau Namjoon hyung.
Buat Jimin hyung, maafkan aku kerana selalu mengejek hyung pendek namun itulah kenyataannya. Hyung, keprihatinan hyung tak pernah gagal membuatkan aku rasa disayangi dan tidak terbuang dalam kalangan keluarga kita. Aku ingat lagi, kaulah orang pertama yang mengajak kita bermain bersama - sama. Pada mulanya, aku tidak menyukai hyung kerana terlalu mencemburui tindakan papa yang membawa balik kanak - kanak yang entah dari mana. Tapi kerana hyung, aku tidak lagi mengenal erti kesunyian dan kerana hyung jugalah aku mula menyukai kalian. Terima kasih Jimin hyung. Aku sayang hyung sangat - sangat.
Buat Taehyung hyung, terima kasih kerana menjadi teman sepermainan aku yang paling setia. Hyunglah abang yang tidak akan pernah menolak ajakan aku untuk bermain bersama. Hyung juga akan mengugut untuk memukul Jimin hyung yang terlalu malas untuk bermain bersama. Aku masih ingat lagi semua itu hyung. Hyung tidak pernah gentar untuk menjadi lain daripada yang lain. Dan kerana hyung, aku belajar untuk tidak mempedulikan kata - kata orang lain hanya kerana perbuatan kita yang berbeza. Lagi pula, berbeza itu unik. Terima kasih hyung untuk segalanya. Aku sayang hyung.
Untuk semua abang yang aku miliki, terima kasih kerana tidak pernah berputus asa untuk menjadi sebahagian daripada hidup seorang Jeon Jungkook. Aku sangat bersyukur atas kehadiran kalian. Terima kasih hyung.
Tamat entry #2
20/08/16Jungkook menutup buku berkulit keras itu. Senyuman yang pahit manis terukir di bibir nipisnya. Kenangan dia bersama abang - abangnya terlalu sukar untuk dilupuskan. Banyak suka duka, pahit dan manis yang mereka lalui bersama.
Lamunan Jungkook terhenti saat merasakan cecair hangat yang keluar dari hidungnya. Pantas dia menyeka cecair hangat itu. Berkerut Jungkook dibuatnya apabila melihatkan cecair merah yang begitu banyak di tangannya.
Jungkook pantas bangun menuju ke tandas. Darah yang mengalir keluar seperti tiada penghujung. Lelaki itu mula kusut. Sedih yang bertapa di hati usah dikatakan lagi.
Bersungguh Jungkook membasuh darah yang keluar namun masih tidak lagi berhenti. Cepat - cepat dia menyelongkar almari untuk mengambil tuala. Jungkook serabut. Emosinya menjadi tidak stabil lantas dia merentap apa - apa sahaja yang menjadi penghalang dia.
Belum apa - apa lagi, kepala Jungkook terasa ringan. Kakinya mula bergetar. Jungkook memegang erat almari baju itu. Namun tiada hasil, Jungkook tewas juga.
Di situ, tubuh Jungkook terkulai layu bersama darah yang bukan sahaja keluar daripada hidung malah daripada mulutnya juga.
Jungkook, keadaan kau semakin parah.
Kenapa kau masih berdegil?
_________________________________________
Tbc...
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...