+ sekuel kepada MEMORY
--
"Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!"
Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti.
Bukankah itu kepu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Kesakitan membuatkan aku tidak mengerti lagi apa yang aku mahukan. Aku keliru dan aku buntu. "
➖
Tangan Jungkook begitu gatal untuk menulis entri. Walaupun baru beberapa bulan dia memulakannya, namun sekurangnya dia menjumpai cara untuk meluahkan hati.
Di situlah dia, hanya termenung dan merenung ke luar jendela hospital. Tiada apa yang menarik dia boleh lakukan. Dan pada waktu ini, tiada rancangan televisyen yang dapat menarik perhatiannya.
Hari demi hari, dia berasa teruk. Sudah dua hari Hyuna tidak datang melawatnya. Jungkook rasa kelam namun dia tahu itu juga salahnya. Dia yang menyuruh Hyuna agar meninggalkannya.
Padahal Jungkook sendiri tahu betapa dia menginginkan Hyuna di sisinya pada saat ini. Benarlah, ego menghancurkan segalanya. Dia mahu hanya terlihat hebat dan kuat di hadapan Hyuna.
Pintu yang dikuak serta - merta menarik perhatian Jungkook. Wajah Hyuna yang menyapa pandangan diperhati tanpa berkelip. Dia rindu namun tidak mengatakannya.
Hyuna tersenyum tipis. Di tangannya terdapat bekas mangkuk tingkat. Lantas Hyuna menarik meja di hadapan Jungkook dan meletakkan mangkuk tingkat di atasnya.
Jungkook masih memerhati tanpa kata namun dapat dirasakan tubir matanya yang terasa hangat. Hyuna menyusun satu - satu bekas makanan itu di hadapan Jungkook.
"Hey, macam mana awak hari ini?" Soal Hyuna cuba berbasa - basi. Suasana yang agak kekok membuatkan Hyuna tidak tahu untuk berkata apa.
Jungkook mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum menjawab. "Baik..." Suaranya agak serak lantaran jarang melontarkan kata - kata.
"Saya bawakan makanan untuk awak hari ni. Awak makan tau." Kata Hyuna sambil berdiri lalu mengambil nasi dan mencampurkannya dengan lauk yang ada.
Hyuna kemudiannya menyuakan sudu di hadapan mulut Jungkook. Mulut dinganga sedikit tanda menyuruh Jungkook untuk makan.
Jungkook perlahan - lahan membuka mulutnya dan menerima makanan yang disuapkan oleh Hyuna. Matanya sekali lagi terasa panas. Terharu dan sebak.
"Awak tahu Jungkook..." Hyuna menggaulkan makanan sebelum menyambung katanya.
"Kalau awak sihat, kita boleh jalan sama - sama. Kita boleh date setiap hari. Kita boleh bawa anak - anak bercuti. Kita boleh lakukan semua perkara yang awak nak. Awak tak nak ke semua tu Jungkook?" Hyuna mengangkat kepalanya memandang Jungkook.
Tekak Jungkook rasa pedih. Sedaya upaya dia cuba menelan makanan yang berada di dalam mulutnya. "Nak..."
"Kalau awak nak, awak kena terima rawatan awak Jungkook. Supaya awak sihat. Supaya awak boleh buat semua benda yang awak nak." Hyuna tersenyum lebar. Namun ada terselit rasa takut jika Jungkook membentak dan mengamuk lagi.