° Regret 008 °

3K 274 7
                                    

“ Dunia menghancurkan hati kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dunia menghancurkan hati kau. Dan hati yang hancur mengubah diri kau.

"Mak?"

"Jungna?" Hyuna membalas balik. Tangannya melambai menyuruh Jungna masuk ke dalam bilik tidurnya.

Jungna segera masuk lalu melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan Hyuna. Dia melihat wajah Hyuna. Mata yang lebam serta senyuman yang dipaksa untuk terukir.

"Hyejung dah tidur?" Soal Hyuna sambil tangannya naik ke atas kepala Jungna. Rambut anaknya dibelai lembut.

"Dah." Jawab Jungna. Hyuna tersenyum puas mendengar jawapan itu. Keadaan mula menjadi tenang kembali.

"Mak?"

"Hurm?"

"Jungna tahu Jungna tak patut cakap pasal benda - benda camni. Tapi Jungna rasa mak patut dapatkan rawatan. Marah mak tak terkawal." Luah Jungna.

Tangan yang membelai rambut itu terhenti. Perlahan - lahan dia menurunkan tangannya. Terasa. Dia sangat terasa. Seperti ada bilah pisau yang menghiris sekeping hatinya.

Hyuna mengangguk. "Maafkan mak sebab tak dapat kawal kemarahan mak. Mak... mak akan dapatkan rawatan." Kata Hyuna.

Jungna pegun seketika sebelum bergerak untuk memeluk emaknya. Dahi Hyuna turut dikucup lama.

"Jungna sayang mak. Walau apa pun, Jungna akan lindungi mak." Bisik Jungna perlahan. Hyuna mengangguk sambil setitis air matanya mengalir di pipi.

"Terima kasih." Ucap Hyuna penuh makna.

Setelah Jungna keluar dari bilik tidur Hyuna, dia terus mencapai telefon pintar miliknya. Jarinya ragu untuk bergerak namun hatinya pasti.

• • •

'Namjoon, kau rasa kau boleh datang ke sini esok?'

- Hyuna

Yoongi tergamam melihat mesej yang baru diterima Namjoon. Lebih - lebih lagi melihat siapa yang menghantarnya.

Yoongi dan Namjoon sedang berada di sebuah restoran untuk makan malam. Kebetulan Namjoon pergi ke tandas dan meninggalkan telefon pintarnya bersama Yoongi.

Well, big mistakes.

"Sorry hyung, aku lambat sikit." Yoongi mengangkat kepalanya apabila mendengar suara Namjoon. Dia hanya mengangguk kecil sahaja.

Namjoon mengambil telefonnya di atas meja. Jantungnya sedikit bergetar apabila mendapat tahu bahawa dia telah menerima satu mesej daripada Hyuna. Namun dia hanya berlagak seperti biasa.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now