“ Ada waktu, aku akan mengingati setiap kesalahan aku lagi dan lagi dan lagi. Menyesal. Mengapa manusia baru sedar di saat akhir? Mengapa tidak sedar sewaktu mereka masih mempunyai masa untuk memperbaiki kesilapan yang telah mereka lakukan? ”
➖
"Jungkook?" Jungkook melirik dari tepi. Bantuan pernafasan yang belum boleh dibuka membuatkan Jungkook sedikit sukar untuk memberi reaksi kepada Jimin. Dia masih belum bersedia berhadapan dengan semua orang. Sudah pasti yang lain sudah mengetahui penyakitnya.
"Jimin hyung..." Jungkook memandang Jimin dengan senyuman di wajah. Jimin pula, reaksinya seperti ternampak hantu. Di mana perginya Jungkook yang kuat?
Jimin mendekati Jungkook perlahan - lahan. Rambut Jungkook dielus lembut. Matanya berkaca - kaca.
"Kenapa kau tak beritahu hyung pasal penyakit kau?" Kerusi yang berada bersebelahan katil Jungkook diduduki oleh Jimin.
Jungkook tidak menjawab malah hanya menggigit bibir. "Maaf hyung." Dua perkataan itu sahaja yang mampu dimuntahkan oleh Jungkook.
Genggaman tangan Jimin semakin erat. Dia menangis lagi. Entah berapa kali dia menangis sebelum mereka semua akhirnya dibenarkan untuk melawat Jungkook. Hatinya pedih melihat Jungkook yang kelihatan begitu sukar untuk bernafas.
"Kau jahat Jungkook." Jimin tersembam. Mukanya diletakkan di atas tangan Jungkook. Tangisannya kedengaran sayu.
Sungguh, maafkan aku hyung.
Moga perjalanan hidup hyung tidak sesukar aku.
• • •
"Di mana wad pesakit Jeon Jungkook?!" Setibanya Hyuna ke Hospital Besar Seoul, dia terus membuka pintu kereta Jinyoung dan meluru masuk.
"Maaf, cik ni siapa?" Soal jururawat itu sedikit tidak senang.
"Saya isteri dia!" Jawab Hyuna lagi. Jururawat itu serta - merta memberi senyuman simpati. Tangannya laju menekan tetikus untuk mencari wad keberadaan Jungkook.
"Di level VVIP. Bilik 496." Hyuna sekali lagi meluru ke lif. Mujur sahaja puan Park dan Jinyoung dapat mengejar dan masuk ke dalam lif bersama.
Jinyoung? Tujuan dia di situ hanya satu. Untuk mengetahui siapa sebenarnya Jeon Jungkook dalam hidup Hyuna. Dan tidak dapat dinafikan hatinya sedikit sakit melihat reaksi Hyuna yang begitu terdesak.
Penting sangatkah Jeon Jungkook itu? Sepanjang perjalanan ke Seoul, hanya soalan itu yang berlegar di kepalanya.
Ting!
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfic+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...