“ Berkali - kali aku mengingatkan diri sendiri, kesakitan itu bukan untuk selamanya. Tapi benarkah kenyataan itu? Atau aku sedang menipu diri sendiri? ”
➖
Pintu kecemasan yang terbuka mengalihkan pandangan mereka daripada Jungna. Lantas Namjoon bergerak menghampiri doktor Oh.
"Sehun, macam mana keadaan dia? Apa yang terjadi?" Soal Namjoon.
Doktor Oh membuka topeng muka yang dipakai. Pandangannya menumpu ke arah Jin yang cuba mengelakkan pandangan.
Doktor muda itu melepaskan keluhan berat. "Jungkook memerlukan rawatan segera. Dan dia juga memerlukan penderma tulang sum sum dalam kadar masa yang cepat. Rawatan kemoterapi hanya membantu dia meneruskan hidup untuk beberapa bulan."
"Apa kau cakap ni Sehun? Jungkook ada sakit apa?" Soal Jimin. Tubuh Namjoon ditolak tepi.
"Jungkook minta untuk rahsiakan hal ni daripada korang semua. Tapi aku rasa tiada apa yang dapat disembunyikan sekarang ni. Jungkook ada penyakit leukimia." Riak wajah Jimin berubah. Yoongi segera beredar dari situ. Namjoon pula dengan wajah yang terkejut hanya mampu diam.
"Kau jangan tipu akulah Sehun. Tak mungkin Jungkook sakit!" Jerit Jimin.
"Jimin, tiada gunanya untuk aku menipu. Tanya Jin sendiri. Dia ada sewaktu aku mengesahkan penyakit Jungkook." Terang doktor Oh.
Jimin yang mula ingin menangis itu berpaling ke arah Jin. Hatinya mula dipenuhi perasaan sebal dan marah.
"Hyung? Kau tahu tentang semua ni hyung? KAU TAHU?!" Jimin bergerak ke hadapan Jin. Melihatkan Jin yang tiada respon, lelaki itu bertindak mencengkam kolar baju Jin. "Jawab soalan aku hyung! Jawab!"
"Jimin, bawa bertenang! Ini bukan salah Jin hyung." Arah Taehyung sambil cuba menarik Jimin jauh dari Jin.
Cengkaman dilepaskan. Jimin mula memerhati satu - satu wajah dihadapannya. Dia mula perasan bagaimana reaksi wajah Jin, Taehyung dan Hoseok yang seperti tidak terkejut langsung mendapat khabar berita ini.
"Kau dan Hoseok hyung pun tahu kan pasal benda ni?! KAN?!" Tiada apa yang dapat menggambarkan rasa hati seorang Park Jimin. Rasa seperti dikhianati.
Bukankah mereka sebuah keluarga dan seorang sahabat?
Bukankah perjanjian mereka bahawa tiada rahsia di antara mereka?
"Jimin..." Jin mula membuka mulut dan Jimin tidak mahu mendengar hatta melihat sekali pun.
"Cukup Jin hyung. Sehun, aku nak jumpa Jungkook." Sehun menggelengkan kepalanya.
"Keadaan dia belum cukup stabil untuk terima pelawat. Aku pergi dulu. Dan ingat, dia memerlukan penderma tulang sum sum secepat yang mungkin. Kalau nak ikut giliran di hospital, terlalu lama. Jungkook mungkin tak dapat bertahan." Kata Sehun sebelum melangkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...