“ Hyuna, teruskan melangkah tanpa memandang aku walau sekuat mana aku merayu. Jangan percayakan aku. Lelaki tak guna ini hanya akan sakiti kau. Jangan pernah memandang ke belakang. ”
➖
Beg dilemparkan ke atas katil. Hyuna mundar - mandir di dalam biliknya sendiri. Ingin menjerit namun ditahan. Perit di hati hanya tuhan yang tahu.
Dadanya dicengkam kuat. Sakit. Begitu sakit sehingga dia merasakan seperti mahu rebah di situ. Perlahan - lahan air matanya turun. Lututnya lemah.
Hyuna akhirnya mengalah. Dia jatuh di situ. Meringkuk menahan sesak di dada. Lututnya dipeluk rapat. Tangisannya senyap. Tidak terkeluar suara dek kerana kesedihan yang melampau.
Rambut ditarik - tarik. Pedih. Sakit. Marah. Kecewa. Semuanya bercampur menjadi satu. Tubuhnya kejang.
Sehinggakan dia terasa tubuhnya ditarik seseorang. Dia hanya membiarkan. Terlalu letih untuk melawan. Rambutnya diusap lembut.
Sedih. Usapan itu suatu ketika dahulu menjadi penawar. Sekarang ianya bagaikan racun bagi Hyuna. Makin sebak dirasakan.
Lelaki itu diam tidak berbicara. Bibirnya digigit kuat. Air mata wanita itu jatuh kerana dirinya.
"Aku benci kau."
Jungkook juga tewas. Ucapan itu bagaikan pisau yang membelah dadanya. Pelukan semakin diperketatkan. Tak terbayang dek akal akan kehidupannya selepas ini sekiranya dia kehilangan Hyuna.
"J--jang--jangan benci." Dua patah. Hanya dua patah perkataan yang mampu diucapkan oleh lelaki itu.
Malam itu, tangisan mereka berdua memecah kesunyian malam. Sayu.
Jungkook, kau sedar tak?
Semuanya dah terlambat.
Jangan cari aku lagi.
• • •
"Mak.." Hyuna menoleh ke arah anak lelakinya sambil tersenyum.
"Ya?"
"Mak menangis ke?" Senyuman Hyuna hampir layu. Namun digagahkan jua untuk terus tersenyum.
"Taklah. Mak cuma tak cukup tidur." Hyuna memberi alasan. Jungkook yang sedang menjamah sarapan yang dibuat oleh Hyuna hanya terdiam.
"Mak jangan kerja kuat sangat. Nanti sakit macam mana?" Nasihat Jungna. Hyejung yang berada di sebelah mengangguk berkali - kali tanda menyokong pernyataan abangnya.
Selesai sahaja sarapan, Jungna terus mendukung Hyejung hingga ke ruang tamu lalu kaki Hyejung disarungkan kasut sekolahnya.
Jungkook seperti biasa, menyerabutkan rambut Jungna tanpa kerelaan anak lelakinya itu. "Ayah!" Marah Jungna.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfic+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...