Alternate chapter;
→ Happiness
→ Griefness“ Aku perlu senyum untuk menyembunyikan duka aku. Aku perlu senyum demi anak - anak aku. ”
➖
"Jungkook dah tenat!" Bicara Jimin membuatkan Hyuna hampir jatuh terduduk. Namun dia kuatkan hati untuk berlari.
Dia ingin saat akhir Jungkook dipenuhi kegembiraan. Hyuna berlari lagi dan lagi diikuti Jimin dan Jungna.
Sampai sahaja, pintu wad dibuka kasar. Semua yang berada di dalam wad tersebut sedikit terkejut namun berubah menjadi sedih melihat Hyuna.
Hyuna dapat lihat betapa Jin menahan air mata. Tangan dikepal sekuatnya. Yoongi yang seperti tiada perasaan namun Hyuna tahu betapa bergeloranya perasaan Min Yoongi. Hoseok cuba mengukir senyuman namun gagal.
Namjoon yang berada di sisi Taehyung, mereka berdua masih lagi mampu senyum saat Hyejung melemparkan soalan yang mereka tidak sanggup untuk menjawab.
Katil Jungkook penuh dikelilingi orang tersayangnya. Imej itu sahaja sudah cukup membuatkan Jungkook tersenyum bahagia.
Jin memberi ruang kepada Hyuna untuk duduk. Diikuti Jungna yang berdiri di sisi Hyuna. Tangan Hyuna cepat - cepat menemui pemilik tulang rusuknya.
"Jungkook..." Bisik Hyuna. Jungkook memandang Hyuna dan masih lagi tersenyum.
"Janji dengan saya yang awak akan bahagia di sana." Ucap Hyuna lagi. Dia menggunakan nada suara yang paling lembut.
Jungkook mengeratkan genggaman tangan Hyuna tanda mengiyakan kata - kata isterinya itu.
Kemudian, mereka mengambil masa mereka satu - persatu untuk mencium dahi Jungkook. "Hyung sayang kamu, Kook." Ucap Jin selepas mengucup dahi Jungkook penuh kasih diikuti abang - abang Jungkook yang lain.
"Hyejung sayang, mari cium ayah kamu." Panggil Hyuna. Hyejung perlahan - lahan mendekati Hyuna. Hyejung tidak suka akan suasana seperti ini. Terlalu menyesakkan.
Tapi Hyejung faham satu perkara. Dia tidak dapat bertemu dengan ayahnya lagi selepas ini. Hanya gambar dan video yang menjadi perantaraan.
Hyejung mencium pipi Jungkook lama. Sehinggakan air matanya menitik di atas wajah Jungkook. Hyejung menangis di situ juga sebelum didukung oleh Jin.
Kini giliran Jungna sampai. Sangkanya dia tidak akan menangis. Sangkanya dia sudah cukup bersedia. Namun sangkaannya salah. Matanya kini berkaca - kaca.
Dahi dan kedua - dua belah pipi Jungkook dicium. "Janji Jungna pada ayah, Jungna ingat. Jungna akan tunaikan sampai mati." Bisik Jungna di telinga Jungkook. Biar itu menjadi rahsia di antara mereka berdua.
Jungna kemudiannya berundur. Memberi masa kepada emaknya pula. Hyuna mengelus pipi Jungkook menggunakan ibu jarinya.
Pernafasan Jungkook makin tidak teratur. Hyuna tahu itu realiti yang bakal tiba. Dada Jungkook diusap - usap dengan penuh kelembutan. Cuba memberikan sedikit kelegaan kepada Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...