Alternate chapter;
→ Happiness
→ Griefness“ Jeon Jungkook, kau euphoria terindah aku. Terima kasih kerana kekal hidup. ”
➖
Ke hadapan Hyuna,
Saya minta maaf kerana berperangai seperti ini. Seperti budak kecil yang merajuk kerana tidak dapat apa dia ingini. Tapi Hyuna, mohon fahami hati ini. Terlalu sakit melihat awak menangisi nasib lelaki lain.
Dalam tempoh sebulan masa kita di Busan, saya fikir akhirnya saya jumpa teman sejati saya. Terlalu banyak cara yang saya fikirkan untuk menjadikan awak sebagai pasangan sehidup semati saya.
Hyuna, satu hal yang awak perlu tahu. Diri awak sangat indah. Tiada apa yang boleh saya lakukan selain daripada tertarik dengan diri awak. Awak seperti bunga ros yang penuh duri.
Saya dah dengar kisah hidup awak daripada makcik Park. Dari situ saya tersedar, mungkin saya jatuh cinta dengan ketabahan dan kekuatan awak. Lelaki itu, lelaki yang bernama Jeon Jungkook sangat bertuah memiliki awak.
Saya pergi ke hospital untuk melihat awak. Tapi apa yang saya nampak cumalah seorang wanita yang menangis kerana kesakitan yang ditanggung oleh orang tersayangnya.
Saya tak sampai hati. Saya pergi ke doktor untuk memastikan sama ada tisu tulang sum sum saya sesuai atau tidak.
Dan hasilnya positif. Awak tak dapat bayangkan betapa gembiranya hati saya masa tu. Mengingatkan awak yang akan gembira dan tersenyum semula.
Namun pada masa yang sama, saya juga sakit hati melihat awak dengan dia. Jadi, anggaplah ini hadiah terakhir saya kepada awak.
Saya ingin merantau ke seluruh dunia. Mencari ketenangan yang saya perlukan. Doakan saya agar bertemu wanita seindah dan sekuat awak.
Tolong jaga senyuman awak. Ada rezeki dan masa, kita berjumpa lagi puan Jeon Hyuna.
Sahabatmu,
Park Jinyoung.Hyuna meronyokkan surat itu sambil merapatkannya ke dada. Hatinya tidak henti - henti berterima kasih kepada Jinyoung.
"Terima kasih Jinyoung."
• • •
3 tahun kemudian
"Sayang!" Jungkook berlari mendapatkan isterinya yang begitu bersusah payah untuk mengambil cawan di atas rak.
Hyuna, tidak padan dengan kandungannya yang menjangkau 8 bulan, masih ingin bergerak bebas ke sana dan ke sini.
"Awak duduk! Biar saya ambil." Marah Jungkook. Mana taknya, hatinya berdegup sejuta kali sesaat melihatkan isterinya menjingkatkan kaki. Kaki tu dahlah lebam sebab perut berat sangat.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...