“ Senang untuk melupakan sekiranya kau tiada di hadapan mata aku. Bagaimana jika aku kembali dan sedar bahawa kau terlalu sukar untuk diganti? Apa yang perlu aku lakukan? ”
➖
"Jeon Jungkook!" Hampir terjatuh Jungkook dibuatnya apabila namanya bergema kuat di ruangan bilik tidurnya.
"H-- hyung." Jungkook ingin bangun namun sekali lagi, virus demam menyerang dirinya.
Dalam sekelip mata, dapat dia rasakan tubuhnya berada di dakapan seseorang.
"J-- jin hyung..." Panggil Jungkook perlahan.
"Kenapa Kook? Kenapa kau tak bagitahu hyung? Hyung boleh tolong kau." Jin hiba. Dia tidak mahu melihat Jeon Jungkook, adiknya berada dalam keadaan derita seperti itu.
"Hyung...." Jungkook menolak sedikit tubuh Jin agar ada jarak di antara tubuh mereka berdua.
"Aku tak nak pertolongan hyung. I didn't want any help. I'm fine." Jungkook tersenyum lemah.
"No. You are not fine. You need help." Kening Jin berkerut. Tangan Jungkook diramas selembut mungkin.
"Hyung, aku memang tak nak semua ni. Aku tak nak diberi pertolongan. Aku tak nak ambil rawatan." Jungkook bertegas. Dia tidak mahu mengambil sebarang rawatan.
"Jungkook, kau jangan nak main - main dengan aku Kook. Ini hal hidup dan mati kau. Aku takkan biarkan perkara sama berulang lagi."
"Hyung, aku tahu. Aku tahu apa yang terjadi kalau aku tak ambil rawatan. Aku tahu akibatnya. And... I guess I'm ready for it." Jungkook cuba mengukir senyuman semampu yang boleh. Cuba untuk meredakan gelodak hati seorang Kim Seokjin.
Jin diam. Begitu juga Jungkook. Namun diam itu tidak bertahan lama sehinggalah tangan Jin hinggap di kepala Jungkook.
Pap!
"AWW! HYUNG!" Jerit Jungkook kesakitan.
"Apa?! Aku tak kira. Aku bawa kau pergi hospital sekarang juga!" Jin sudah berkira - kira mahu mendukung Jungkook. Lelaki bergigi arnab itu cuba melawan namun kudratnya tidak sebegitu kuat pada waktu itu jika ingin dibandingkan dengan Jin.
Jin yang mendukung Jungkook itu tersenyum pahit. Sudah pasti dia sangat takut. Jeon Jungkook itu keluarga dia.
Jungkook berpeluk tubuh saat diletakkan ke tempat duduk hadapan kereta milik Jin. Dia tidak berpuas hati. Mukanya masih masam semasa Jin memasangkan tali pinggang keledar untuknya.
Pemandangan di luar menjadi pilihan Jungkook. Hatinya masih sebal. Dia cakap tak nak tu, tak naklah! Kim Seokjin itu siapa nak tentukan pilihan dia?!
"Kook?" Panggil Jin. Namun panggilannya tidak disahut. Jin meneruskan bicaranya.
"Kook, kau sayang aku ke tidak? Abang kau ni, kau sayang ke tidak?" Soal Jin. Mulut Jungkook masih tertutup rapi.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fiksi Penggemar+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...