" Kau tahu betapa sakitnya aku? Bila mana aku tidak mampu untuk berlagak kuat di hadapan anak aku sendiri. "
➖
"Mak..." Hyuna tidak berganjak. Terlalu penat dengan ujian dunia.
"Mak..." Jungna mencuba lagi. Tangan Hyuna disentuh lembut. Wajah Hyuna mula berubah, seperti ingin menangis.
Jungna dengan pantas memeluk emaknya yang sudah pun menangis teresak - esak. "Jungnaaa.." Hyuna memanggil anaknya. Jungna tidak menjawab namun hanya menggosok belakang badan Hyuna sebagai tanda sokongan.
"Bawa mak pergi jauh dari sini. Tolong mak Jungna. Mak tak nak tengok muka ayah kamu. Kita pergi jauh dari sini. Mak, kamu dan Hyejung boleh hidup bahagia tanpa ayah kamu. Kita hidup bertiga je. Boleh ya?" Hyuna merayu berulang kali. Jungna hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Lama. Lama Hyuna menangis dalam pelukan anaknya sendiri. Sehinggakan dia tertidur. Jungna kemudiannya membaringkan Hyuna lalu keluar dari wad tersebut bersama satu rancangan yang sudah tersusun.
Telefon pintar dicapai lalu nombor Namjoon segera dicari.
• • •
"Betul ke ni Jungna? Kamu rasa ni jalan penyelesaian yang baik?" Soal Namjoon setelah menjemput Jungna daripada hospital tengahari tadi.
"Pakcik, saya dah fikir masak - masak dah. Mak terseksa pakcik. Saya tahu saya ni masih mentah dengan hal - hal orang dewasa ni. Tapi pakcik, saya tak sanggup tengok mak terseksa lagi." Ucap Jungna.
"Tapi kenapa nak pisahkan mak dengan ayah kamu? Benda ni boleh diselesaikan dengan cara baik." Namjoon masih menasihati Jungna.
"Pakcik tak tahu. Berapa malam mak menangis sampai tertidur. Berapa hari mak merana. Berapa hari mak menidakkan kenyataan yang ada di depan mata. Dan sekarang, mak dah kehilangan anak mak. Pakcik tak rasa betapa bencinya mak pada ayah? Jungna pun tak naklah benda macam ni berlaku. Keadaan mak dah teruk sangat pakcik. Dia bangun, dia merayu dengan Jungna minta jauhkan dia dari ayah. Hati dia terluka sangat - sangat pakcik. Jungna nak tunaikan permintaan dia." Mata Jungna seperti berkaca - kaca. Namjoon yang melihatkan itu mengeluh. Bahu Jungna dicapai lalu diusap perlahan.
"Pakcik akan sediakan satu tempat untuk kamu bertiga. Tapi janji dengan pakcik, jangan biarkan benda ni berlarutan. Kalau mak kamu dah ok, pujuk dia untuk balik. Selesaikan semua masalah yang berlaku." Ujar Namjoon.
Jungna diam tidak menjawab. Namun perlahan - lahan dia menganggukkan kepalanya.
• • •
Dua bulan berlalu namun keadaan Hyuna masih sama. Dia banyak mendiamkan diri. Soal kos sara hidup tiada masalah, Namjoon dan juga Jin pasti akan mengirimkan wang untuk mereka bertiga.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fiksi Penggemar+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...