“ Kenapa aku tidak seperti orang lain? Permintaan aku cuma satu. Hanya satu. Untuk membahagiakan mereka yang penting dalam hidup aku. ”
➖
Jungkook melihat sahaja Taehyung yang menolong Jungkook untuk mengangkat Hyuna ke atas katilnya. Tenaga Jungkook sudah banyak digunakan. Tapi tipu kalau dikatakan bahawa dia tidak sedih. Dia sudah tidak lagi mampu menampung berat Hyuna.
"Terima kasih hyung." Bisik Jungkook kepada Taehyung sambil mendekati Hyuna yang sudah tertidur. Terlalu penat menangis mungkin.
Taehyung tidak menjawab namun hanya menepuk bahu Jungkook perlahan. "Hyung pergi dulu." Kata Taehyung. Jungkook mengangguk faham.
Setelah Taehyung keluar, Jungkook di situ. Mengelus lembut setiap inci wajah Hyuna. Kening Hyuna yang sedikit bertaut diurut perlahan.
"Hyuna, saya cintakan awak sangat - sangat." Ucap Jungkook walaupun dia tahu tiada siapa yang mendengar. Tiba - tiba, pandangan Jungkook terasa kabur.
Jungkook mengambil keputusan untuk merehatkan kepala di situ. Tangannya masih mengurut lembut kepala Hyuna. Dan akhirnya, mereka berdua tertidur.
• • •
"Makcik..." Jin menegur puan Park yang duduk termenung seorang di situ. Timbul rasa kasihan dalam hati Jin. Sudah pasti dia mengetahui kepenatan yang dihadapi puan Park.
"Jin..." Balas puan Park. Dia hanya tersenyum lelah. Apa yang dimahukan sekarang ini hanyalah rehat. Namun dia juga ragu untuk meninggalkan Hyuna di situ.
"Makcik ikutlah saya balik. Boleh makcik rehat dekat rumah saya." Ajak Jin.
"Takpelah, makcik tak nak menyusahkan kamu." Tolak puan Park secara baik.
"Tak menyusahkan sayalah makcik. Makcik kena rehat sekarang ni. Esok saya janji saya bawa makcik ke sini balik." Pujuk Jin lagi.
"Tapi Hyuna--"
"Yoongi dan Hoseok ada. Mereka berdua boleh tolong jaga Hyuna kalau ada apa - apa yang berlaku." Cepat - cepat Jin memotong.
"Baiklah. Makcik ikut kamu balik." Akur puan Park. Matanya pun sudah merah menahan rasa mengantuk.
"Makcik tunggu sini dulu. Saya nak ambil Hyejung sekejap." Kata Jin. Puan Park hanya mengiyakan sahaja.
Jin segera melangkah pergi ke bilik rehat. Di situ, dia tersenyum melihat Hyejung, Hoseok, Yoongi dan Jungna yang sedang tidur. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu mengejutkan Hoseok. Namun dia perlu juga agar mereka tidak gelabah melihat ketidakberadaan Hyejung.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Фанфик+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...