" Aku lakukannya agar tiada hati yang sakit lagi. Namun, semakin aku melakukannya, semakin aku tahu aku tidak menyakiti hati itu, malah aku merobek dan mengoyakkannya. "
➖
Ini permulaannya. Hyuna pergi membawa diri. Untuk merawat hati yang luka. Untuk merawat diri yang lara.
"Mak tak boleh macam ni!" Bentak Jungna tidak setuju. Dia tak mahu meninggalkan Hyuna seorang diri.
Hyuna diam sambil tersenyum. Tangannya perlahan - lahan mengusap rambut Jungna. "Jaga adik kamu sayang."
Kening Jungna berkerut. "Jungna nak ikut mak."
"Tak boleh sayang. Kamu jaga adik kamu. Mak pergi kejap je. Nanti mak akan datang balik." Tangannya turun ke pipi Jungna pula. Jungna memegang tangan Hyuna di pipinya.
"Janji?" Soal Jungna dengan mata yang berkaca - kaca.
"Janji sayang. Mak sayang Jungna." Dan air mata Jungna mengalir. Lama - kelamaan esakkannya pula yang kedengaran.
Yoongi dan Namjoon tersenyum tawar mendengar perbualan di antara Hyuna dan Jungna. Ubun kepala Hyejung yang berada di dukungan Yoongi, Yoongi kucup perlahan. Tidak mahu mengejutkan anak kecil itu.
• • •
Jungkook bangun juga walaupun merasakan suhu badannya yang agak tinggi. Namun dia tidak peduli. Kerja harus dilakukan. Dia melangkah dengan perlahan.
Badannya lesu. Rasa tidak bermaya membuatkan pandangan Jungkook agak berbalam. Tidak lama kemudian, Jungkook mendesis kesakitan apabila pinggulnya terlanggar bucu meja.
Mata terkatup sambil tangan menekup tempat itu. Dapat dirasakan lebam yang mula mekar. Sakit. Sekali lagi, Jungkook tidak peduli. Tangannya segera mencapai tuala lalu dia beredar masuk ke dalam bilik air.
Air yang suam itu melegakan badan Jungkook yang lesu. Dia mengeluh perlahan. Jungkook jeda seketika. Lebam yang jelas kelihatan pada tangan dan lengan dipandang sayu. Air mata mula mengugut untuk mengalir.
Jeon Jungkook tidak mahu. Air mata ditahan dan dia meneruskan mandiannya seperti biasa.
• • •
Mata Jungna sedikit kuyu. Di tangannya terdapat empat buah beg termasuk beg adiknya, Hyejung. Dia menoleh kebelakang. Memandang Namjoon yang sedang mendukung Hyejung yang sedang tidur. Yoongi hanya diam di sisi Namjoon.
Jungna penat. Sepanjang perjalanan ke Seoul, Hyejung tidak habis - habis bertanyakan hala tuju mereka. Jungna penat dan bosan. Namun dia sabar melayan kerenah Hyejung.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Фанфик+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...