° Regret 023 °

2.6K 239 39
                                    

“ Aku tahu berharap itu menyakitkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tahu berharap itu menyakitkan. Namun aku tidak mampu menahan diri. Berharap agar aku sembuh seperti sedia kala.

Jungkook berpaling ke tepi. Dia tidak dapat menahan dan dia muntah di situ juga. Lebih tepat lagi, di atas baju Hyuna.

Hyuna semestinya tergamam namun melihatkan keadaan Jungkook, dia memaksa dirinya untuk berpijak ke dunia realiti. Pantas dia mengusap belakang badan Jungkook sambil satu tangannya lagi menadah muntah suaminya.

Yoongi yang melihat tergamam. Dari situ dia tahu sememangnya Hyuna ialah wanita yang paling tepat untuk adiknya. Siapa lagi yang sanggup menadah muntah orang?

"Nak muntah lagi tak?" Soal Hyuna apabila melihat Jungkook yang sudah sedikit tenang berbanding tadi. Jungkook menggelengkan kepalanya. Tekaknya terlalu perit untuk berkata - kata.

"Saya bersihkan diri dulu tau." Kata Hyuna perlahan. Kali ini Jungkook mengangguk. Lengannya masih menutup mukanya.

Jungkook tidak sanggup memandang Hyuna kerana malu dan rasa bersalah yang teramat. Dia sendiri tidak percaya dia boleh termuntah di atas baju Hyuna.

Tidak dapat dinafikan, reaksi Hyuna yang tenang dan tidak sedikit pun menaikkan suaranya membuatkan hati Jungkook tersentuh.

Hyuna bangun sambil matanya memberi isyarat kepada Yoongi untuk menjaga Jungkook sementara dia keluar untuk membersihkan diri. Yoongi yang faham mengukirkan senyuman tipis kepada Hyuna.

"Hey..." Yoongi mendekati Jungkook. Tangannya mencapai dahi Jungkook lalu mengelusnya.

"Kau tak perlu malu Jungkook." Perlahan - lahan Jungkook mengalihkan lengannya. Matanya yang berkaca terdedah kepada Yoongi.

"Ma-- macam mana kalau dia ti-- tinggalkan aku hyung?" Soal Jungkook sambil memegang erat tangan Yoongi.

"Kau fikir dia akan tinggalkan kau? Cuba kau ingat balik macam mana tindakan dia tadi. Actions are more louder than words Kook. Kau tak perlu ragu tentang perasaan Hyuna." Tangan Yoongi yang mengusap rambut Jungkook kini turun ke matanya.

"Menangislah sementara kau ada masa Kook." Yoongi menutup mata Jungkook kemas. Tangan Jungkook perlahan - lahan memegang tangan Yoongi yang menutup matanya.

Air matanya satu - persatu mengalir menuruni pipi. Semua ini terlalu berat dirasakan. Kadang dia ingin menamatkan segalanya. Kadang dia rasa ingin melawan.

Terasa kelakar ketika takdir begitu kejam menimpa diri ini.

Hyuna.

Maafkan aku kerana dalam bahagia, aku selit luka.

Bertahanlah agar aku juga boleh bertahan.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now