Bab 3

1K 39 0
                                    

Sudah habis menyimpan semua kerusi,semua pengawas sudah boleh bergerak ke kelas masing-masing untuk memulakan aktiviti pembelajaran.Seperti biasa macam tahun lepas,Fakhrul akan bergerak ke kelas bersama kawan pengawas serta merupakan classmate Fakhrul sendiri.

Tapi kali ini,ada penambahan sedikit pengawas dari rakan sekelasnya,iaitu Lokman,Safwan dan Syafudeen.Oh,lupa pula,tentang classmate Fakhrul yang dia selalu saing itu namanya Asri.Asri dah dilantik sebagai pengawas dari tahun lepas,dan dari situ Fakhrul mula rapat sehingga tahun ini.

Pada mulanya,Fakhrul malu nak bertegur denganya masa mula naik tingkatan 4.Ialah,tingkatan 4 kan kelas elektif yang ditempatkan berdasarkan pada keputusan PT3 yang mereka duduki.Itu yang Fakhrul jadi agak janggal,tambahan lagi Fakhrul ini dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 hanya ditempatkan dikelas yang 'bawah' tapi tak terlalu sangat.Tiba-tiba bila naik sahaja tingkatan 4 hanya Fakhrul seorang sahaja dapat dinaikkan ke kelas pada kedua yang teratas iaitu 4 Sains Sukan.Kawan Fakhrul yang lain semua ditempatkan kelas yang berdasarkan result PT3 mereka.

Tapi,walaupun Fakhrul sudah berada di kelas yang yang atas mereka,Fakhrul tak akan sombong pada mereka yang pernah sama kelas dengan mereka semua since Fakhrul tingkatan 1 lagi.Fakhrul pun sedar yang dia pun berada di bawah sebelum ini...

Sepanjang Fakhrul dengan rakannya berjalan ke kelas,Fakhrul dengan rakannya seronok berbual,berbual pasal itulah inilah sampai seronok sangat.Tengah seronok-seronok berbual,tiba-tiba. 'Gedebuk!!' Habis Fakhrul langgar siapa tu?!

Dengan cepat Fakhrul pusing tengok siapa yang dilanggar takut yang dilanggarnya adalah cikgu.Sekali tengok???

"Ehhhh.....sorry sorry aku tak sengaja." Lantas Fakhrul minta maaf dekat seorang murid,lalu membantu dia mengutip buku seorang murid yang berterabur.Tetapi???

"Ahhhh....tak payah tak payah." Larang murid itu dengan nada geram. "Jalan tu cuba pandang depan,jangan nak mengadap belakang boleh tak?!menyusahkan betul kau ni Fakhrul." Sambungnya lagi tapi kali ini rasa marah.

"Alah.....Aimi aku minta maaf lah aku betul betul tak sengaja nak langgar kau kan." Kata Fakhrul dengan rasa bersalah dekat Aimi.

Kawan-kawan Fakhrul semuanya nak terketawa dengan apa yang berlaku tadi.Heyyy...first day sekolah dah buat hal. Ish....ish...ish...

"Hmmm....yelah....lain kali jangan jalan mengundur lagi,kalo nak sangat jalan mengundur tu,letak mata kau kat belakang kepala kau tu." Kata Aimi selamba seraya terus menaiki tangga untuk ke kelas,sampai nak terketawa kawan Fakhrul kat belakangnya bila dengar kata-kata Aimi tadi.

Aimi juga seorang pengawas sekolah dia juga seperti Fakhrul telah dilantik jadi pengawas sejak dari tingkatan 1 lagi.Masa tingkatan 1 dulu,ramai jer yang pelajar tingkatan 1 yang jadi pengawas tapi bila naik tingkatan 3 sahaja ramai pengawas yang di lantik dari tingkatan 1 letak jawatan sebab alasan penat.Jadi tinggal Fakhrul dengan Aimi sahaja lah yang telah memegang jawatan pengawas dari tingkatan 1.Yang lain semua dilantik dari tingkatan 2,3 ataupun 4.

Lepas Aimi naik,makin membahak kawan-kawannya ketawakan Fakhrul.Buat malu je Fakhrul kena dengan perempuan depan kawannya pulak tu.Hahahaha.

"Ketawalah korang ketawalah lagi banyak-banyak kalo nak rasa tapak tangan aku ni hentak muka korang satu per satu." Kata Fakhrul dengan menunjukkan tapak tangannya yang besar itu.

"Yelah,mana kitorang tak terbahak tengok kau kena marah dengan pompuan.Buat malu aje lah kau ni Fakhrul." Kata Lokman dengan ketawanya tak terhenti.

"Yelah,aku bukan sengaja nak langgar dia,korang pun satu bukannya nak bagitahu aku." Kata Fakhrul melenting pada mereka.

"Hah.. dah dah,takyah nak perang bibir kat sini,nanti lambat masuk kelas dah satu hal lagi kena bebel cikgu nanti. Waktu first dah lah sejarah,guru kelas kita Cikgu Norezah." Sampuk Safwan tiba-tiba untuk menghentikan pertelingkahan Fakhrul dengan Lokman.

Tapi betul,kalau sudah time Cikgu Norezah memang menitik beratkan tentang masa,kalau murid lambat sikit sahaja,siap sedia pasang telinga sahajalah murid yang lambat masuk waktunya untuk Cikgu Norezah meleter.

Fakhrul dengan rakannya berjalan menuju ke kelas ternampak Cikgu Norezah tengah dalam perjalanan nak menuju ke kelas,dengan sepantas kilat Fakhrul dengan rakannya cepat-cepat masuk ke kelas.Semasa masuk kelas Fakhrul sempat mengatakan sesuatu.

"Weh weh weh!! Cikgu Ejen Ali datang! Cikgu Ejen Ali datang!!" Kata Fakhrul masa nak masuk kelas.

"Cikgu Ejen Ali???" Kata Syidah rakan sekelas Fakhrul terpinga-pinga.

"Alah,Cikgu Norezah lah...!" Jawab Fakhrul.

"Owhh...hahahah ok faham." Kata Syidah,seperti sudah faham apa maksudnya.

Sebenarnya,Cikgu Ejen Ali yang dimaksudkan Fakhrul itu ialah Cikgu Norezah,guru kelas mereka.Gelaran tiba-tiba muncul sebab kawan Fakhrul yang bernama Aiman lah dari tahun lepas.Sebab apa Aiman bagi gelaran itu adalah,gaya Cikgu Norezah pakai cermin mata dengan mukanya hampir sebiji dengan cikgu yang ada dalam cerita Ejen Ali.Yang Aiman pun satu suka hati je panggil Cikgu Norezah dengan gelaran tu,sampai budak lelaki kelas ini termasuk Fakhrul sekali dah terikut-ikut.Hahahaha

Semua dah duduk tempat mereka sendiri dan keluarkan buku mata pelajaran sejarah sebelum cikgu masuk.

"Bangun kelas!" Arah Anwar,ketua kelas belum dilantik siapa- siapa nak wakilkan untuk diberi arahan dipersilakan.

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh cikgu." Ucap Anwar,diikuti dengan semua murid didalam kelas dan terus membaca doa sebelum belajar.Mujur tiada murid bangsa cina atau india,sebab kelas Sains Sukan memang tidak akan ambil murid cina ataupun india atas sebab tertentu.

Selesai sahaja bacaan doa,mereka semua telah dibenarkan duduk.

"Ok,murid harini semua sihat." Kata Cikgu Norezah.

"Sihat!!!!" Kata murid satu kelas.

"Hmm..alhamdulillah semua sihat dan selamat kembali ke sekolah lah.Ok,sebelum cikgu nak mengajar harini,macam biasalah cikgu nak bagi borang maklumat murid ini." Kata Cikgu Norezah.

'Aduh! Borang ni jer setiap tahun,kalo aku isipun bukannya dapat apa-apa biasiswa pelajar.' Kata Fakhrul yang bermonolog di dalam hati.

"Aduh,Deen asyik borang ni je beb nak kena isi naik gila aku tau tak ngan dengan borang ni." Adu Fakhrul pada Deen group meja Fakhrul.

"Ala...rilek ahhh,kau isi jer,pastu balik suruh mak bapak kau isi pastu esoknya hantar,habis citer." Kata Syafudeen selamba.

"Yelah,kalo isi pun bukannya dapat apa-apa biasiswa pun." Kata Fakhrul dengan geram dekat Syafudeen.

"Alah..kau buat jelah apa yang cikgu suruh." Kata Syafudeen dengan lagi selamba.

"Hishh...yelah cakap ngan kau ni,naik gila aku tau tak!! Cakap selamba jerr." Kata Fakhrul sambil melipat borang maklumat murid itu.

"Oh! Ada lagi satu perkara,jangan lupa bawak salinan ic kamu dengan ibu bapa kamu dan juga salinan slip gaji ibu atau bapa kamu tu.Jelas tak?" Pesan Cikgu Norezah pada semua murid.

"Jelas!!!!!" Jawab semua murid.

"Bagus,sekarang kita boleh mulakan pelajaran kita hari ni ye semua.Dah keluarkan buku teks sejarah masing-masing." Arah Cikgu Norezah.

Kini bermula sesi pembelajaran Fakhrul dengan rakannya di sekolah sehinggalah tamatnya sesi persekolahan untuk hari pertama bersekolah.

Hye guys..sorry saya lambat untuk update and publish part ni since habis SPM ni,hope enjoy.Please vote and comment ye... And Selamat Tahun Baru!!!!! Walaupun dah masuk seminggu dalam bulan satu ni....hehehehe







Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now