Bab 43

548 22 0
                                    

"Sayang...bangun sayang,dah pagi ni." Kejut Fakhrul pada isteri dia masih tidur lena diatas katil.

Tadi lepas solat subuh tadi mereka tidur semula,tapi Fakhrul bangun awal pula.

"Aimi sayang...tolong bangun sayang." Kejut Fakhrul lembut lagi sambil menyelak rambut isteri dia ke belakang supaya dia boleh melihat wajah isteri dia.

Aimi mengeliat setelah dia dikejut oleh suami dia. "Abang.....saya ngantuklah......" jawab Aimi masih lagi mamai dan ngantuk.

"Sayang bangunlah...kan abang dah cakap tadi yang kita nak keluar." Aimi masih lagi dalam keadaan begitu lagi.

Tiba-tiba Fakhrul dapat satu idea.Hehehehe! "Sayang,nak bangun ke tak nak.Kalau sayang tak nak bangun juga,abang angkat sayang masuk bilik or abang kiss sayang.Mana satu sayang nak?" Tanya Fakhrul dengan tersenyum jahat.

Aimi bila terdengar saja Fakhrul kata begitu terus buka mata dia dengan luas dan lantas dia bangkit dari pembaringan dia.

"Berani abang buat macam tu yer?!" Aimi mengecilkan mata dia geram dengan perangai Fakhrul.

"Tau pun sayang takut,hehehehe! Ingatkan tak nak bangun,baru jer abang nak kiss." Jawab Fakhrul dengan nada gatal.

"Eeee! Gatal!"

"Gatal pun dengan isteri sendirikan." Balas Fakhrul sehingga mereka berdua tersengih suka. "Biar abang pergi mandi dulu yer,lepas tu baru sayang mandi,kalau abang keluar dari bilik air sayang masih baring lagi,abang tak teragak-agak nak dukung sayang letak dekat bath tub tu!" Sambung Fakhrul sambil mengugut isteri dia.

"Hmm yelah." Jawab Aimi pendek sambil mengangguk senyum.

Fakhrul terus beransur ke bilik air,tiba-tiba Fakhrul muncul kembali segera pada Aimi.Aimi rasa hairan,tanpa teragak-agak Fakhrul...

'Chupp!' Satu ciuman ikhlas oleh Fakhrul yang singgah di pipi Aimi. "That's a morning kiss for you honey." Ucap Fakhrul dengan pantas ke bilik air.

Aimi terkejut dan membuntang mata dia.Dia mengusap perlahan pipi dia yang kena satu ciuman oleh suami dia.Tak semena-mena memerah muka Aimi bila dilakukan sedemikian oleh suami dia.Berani betul Fakhrul ni.Hahahhaha!

********************

Selepas sahaja mereka berdua breakfast di hotel,mereka berdua terus bergerak ke ladang strawberry untuk memulakan aktiviti pertama mereka.Kalau dah sampai Cameron,tempat yang paling wajib sekali semestinya ladang strawberry.Kerana strawberry dekat sini semuanya fresh fresh belaka.Strawberry dekat sini juga tidak sama dekat pasar raya di luar sana,kebanyakan strawberry dekat pasar raya itu banyak menggunakan bahan bahan yang tidak sepatutnya untuk mengekalkan bentuk rupa seperti diladang.

Aimi berjalan di sekitar ladang itu dengan gembira sekali,sampaikan Fakhrul ditinggalkan di belakang bersendirian.Ish ish ish! Tak patut buat suami macam tu Aimi.

Aimi masih teringat lagi memori dia masa dia kecil dulu,semasa keluarga dia membawanya ke sini.Masa itu pun dia masih kanak-kanak riang lagi.Dan kali ini,Aimi datang sekali lagi dengan seorang yang telah di gelar suami dan bersama dengan dia.

Lantas Aimi tersenyum sorang-sorang bila difikir balik dan ingatkan semula memori indah dia.

"Kalau ye pun,janganlah senyum sorang-sorang sayang.Saya tahu yang sayang happy dengan tempat ni.Nanti orang ingat sayang ni orang tak betul pula,tak pasal-pasal abang malu tau tak. " Kata Fakhrul yang tiba-tiba muncul.

"Erh abang.Err sorry yer hehehehe.Saya tersenyum bukannya apa,cuma saya teringat yang saya pernah datang sini dengan family masa saya kecil dulu." Balas Aimi dengan rasa malu.Terkantoi pula Aimi tersenyum sorang-sorang.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now