Bab 46

516 22 0
                                    

"Lepaskan aku!!! Aku kata lepa.....hmm!" Aimi tiba-tiba tak dapat meraung kerana lelaki yang mendakap Aimi itu telah menerkup mulutnya supaya dia tidak bersuara lagi.

"Lebih baik kau diamlah pompuan!" Lelaki yang mendakap Aimi itu bersuara kasar membuatkan dia rasa takut.Aimi hanya dapat meronta-ronta untuk dilepaskan.

Lelaki itu membawa Aimi masuk ke dalam hutan sepertinya dia ingin melakukan sesuatu terhadap wanita itu,tapi apa yang dia nak buat sebenarnya?

Tiba-tiba sahaja lelaki itu berhenti,macam dah sampai.Lelaki itu melepaskan tangannya yang berada di mulut Aimi.Aimi mengambil nafas lega tatkala lelaki itu melepaskan tangan dia dari mulutnya,tapi tangan lelaki masih memegang dia supaya tak terlepas.

"A...pa....yang....kau...nak...?" Tanya Aimi berketar ketar.

"Hehehehe! Sekarang ni aku nak kau tengok." Lelaki itu terus memusingkan badannya serta merta Aimi yang masih di dakapan lelaki itu terikut pusing.

Bila mereka berdua pusing sahaja,serta merta mata Aimi membulat.

"A...apakah?" Kata Aimi berketar terlihat sesuatu yang dia tak sangka.

Terdapat sebuah lubang seperti untuk menanam mayat seseorang dan lubang itu juga adanya seseorang yang sudah dibunuh orang itu adalah Fakhrul!

"Macam mana terkejut tak?" Bisik lelaki itu dengan suara yang jahat.

"Abang!!!!!!!!" Jerit Aimi serta merta.Apa salah aku sebenarnya? Aimi menangis semahu-mahunya tatkala melihat jasad suaminya terbaring dalam lubang. "Kenapa? Kenapa dia? Siapa kau sebenarnya?!" Soal Aimi bertubi-tubi pada lelaki itu.

"Aku diberi arahan untuk membunuh lelaki yang ada dalam tu dan....."

"Dan apa?!" Sampuk Aimi masih lagi menangis dalam pada masa yang sama dia rasa benci terhadap orang yang bunuh dekat orang yang dia sayang.

"Dan membunuh kau...." sambung lelaki itu dengan membisik pada telinga Aimi serta merta mata Aimi membulat.

"Kini giliran kau pula menyusul." Lelaki itu menolak Aimi masuk ke dalam lubang tersebut.Aimi terjerit sedikit tatkala ditolak.

Lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol lalu menyasarkan pada Aimi.Aimi hanya terkaku tatkala pistol telah diacukan pada dia. "Aku merayu dengan kau tolong jangan bunuh aku..." rayu Aimi tatkala dia nampak pistol diacu tepat padanya.

"Dah terlambat! Sekarang juga aku bunuh kau! Hahahahaha!" Lelaki itu tanpa berlengah lagi lalu dia menekan picu dan.....

"Jangan!!!!!!!!!" Aimi terbangun dari tidurnya tiba-tiba,Fakhrul pula baru habis solat maghrib terkejut terus bangun untuk mendapatkan isteri dia.

"Sayang kenapa ni? Okay tak? Sayang ngigau ker?" Soal Fakhrul risau,dia nampak muka isteri agak pucat.Mesti mimpi buruk ni.

Aimi tanpa fikir panjang dia memeluk Fakhrul terus dalam ketakutan.Fakhrul terkejut bila isteri dia tiba-tiba memeluknya.Agaknya trauma lagi ker?

Fakhrul membalas pelukan isteri serta menerpa isteri dia. "Sayang kenapa ni? Cuba bagitahu abang."

"Abang.....saya takut....saya takut kehilangan abang...." itu saja yang Aimi dapat ungkap kan.

"Aimi sayang,dah jangan takut lagi macam ni,abang ada dekat sini.Sayang tak perlu takut yerr.Abang ada." Fakhrul menenangkan Aimi yang sedang ketakutan lagi. "Dah sekarang ni,sayang rehat dulu yer,abang turun dapur kejap." Fakhrul melepaskan pelukkan isteri dia.Aimi mengangguk perlahan lalu dia dibaringkan oleh Fakhrul dengan perlahan.

Selepas 5 minit.....

Fakhrul masuk bilik semula dengan menatang dulang yang berisi semangkuk bubur dengan air kosong lalu menuju ke sebelah isteri dia dan mengejutkannya

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now