Bab 21

523 24 0
                                    

Esoknya...

"What!!" Suara Anis agak kuat sedikit kerana terkejut.

"Isyhh kau ni,slow lah sikit suara tu!" Aimi marah Anis tak reti nak perlahankan sedikit suaranya.

"Seriuslah weyh! Ada orang datang masuk minang kau semalam and then ibu dengan babah kau terima?!" Tanya Anis macam tidak percaya.

"Yer betul.Takkan aku nak tipu perkara macam ni." Jawab Aimi serius.

"Kau kenal ker orang yang masuk minang kau ni?!" Tanya Anis lagi.Aimi pun hanya menggelangkan kepalanya.

"Tapi ibu aku kenal mak kepada bakal suami aku tu.Lagipun mak kepada bakal suami aku tu pun kawan mak aku dulu." Jawab Aimi lagi dengan buntu.

"So kau pun terimalah? Macam tu?" Tanya Anis lagi untuk kepastian.Aimi hanya mengangguk saja.

"Bagus juga kau terima pinangan orang tu yer." Kata Anis sambil mengetuk pen di dagunya.

"Apa yang bagus?" Tanya Aimi hairan.

"Yelah bagus kau terima.Kalau kau tak terima,mesti kau masih mengharapkan ex-boyfriend kau Hazrin kan." Kata Anis tiba-tiba.Aimi  pula nak meletus dekat situ.

"Woi Anis! Boleh tak kau jangan sebut jantan tak guna tu?! Kau tau tak,yang aku sekarang dah benci dengan lelaki tak guna tu.Kalau tak disebabkan aku dapat tahu yang dia ada skandal dengan perempuan lain dekat tempat kejadian haritu dengan kau.Entah-entah sampai sekarang aku dipermainkan.Dasar buaya darat!" Marah Aimi terus dia buat kerjanya yang masih lagi tergendala.

"Okay sorry Aimi aku tak sengaja nak sebut ex kau Hazrin tu." Kata Anis kesal sambil memujuk Aimi. "Aimi sorrylah aku janji aku takkan sebut lagi pasal benda tu lagi please." Sambung Anis lagi sambil meminta maaf lagi.

"Hmm yelah.Janji dengan aku jangan ungkit atau terungkit balik pasal benda tu?" Anis mengangguk sambil mengangkat tangan kanannya untuk berjanji.

"Yer aku janji." Dengan riak muka macam budak kecil Anis dibuatnya.

"Tapikan Aimi,aku nak tanya bila kau nak berkenalan dengan bakal mak mertua kau plus bakal suami kau nanti? Tanya Anis lagi tak habis-habis.Aimi pun dah naik buntu.Hisyy mak cik ni banyak pula tanya.

"Ibu aku cakap,bakal mertua and suami aku nak datang sabtu minggu ini untuk kitorang berkenalan antara satu sama lain." Jawab Aimi dengan menyiapkan kerjanya.

Anis pula hanya meng 'O' kan sahaja. "Hmm okaylah,by the way semoga dapat berkenalan dengan bakal suami kau nanti.Nanti dah kenal tu,kenalkan untuk aku sekali lah,mana tahu future husband kau tu handsome ker,hehehehe.Aku doakan yang terbaik untuk bestfriend aku ni.Fighting!" Kata Anis panjang sambil memberi kata semangat pada kawannya dan terus beredar ke meja kerjanya.

**************

Di lapangan terbang KLIA,dia berjalan menyusur menuju ke pintu balai ketibaan sambil menarik bagasi rodanya.Dengan kaca mata hitam yang tidak lagi ditanggalkan.Sudah setahun dia menetap di overseas kini sekarang dia amat merindui sekali dengan Bumi Malaysia ini.Bukan itu sahaja,ada lagi seseorang yang dia amat rindui juga.Lelaki itu mengambil tempat duduk yang sudah tersedia dan berehat sekejap sambil menanggal kaca mata hitamnya.Lelaki mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping gambar.Tidak semen-mena lelaki itu terus tersenyum.

"Aimi sayang.Saya dah balik.Saya betul-betul rindukan awak sayang.Saya janji tak akan sesekali mengecewakan awak sayang.Saya pasti akan dapatkan awak.Jangan risau." Kata Hazrin yang melepaskan rindu pada Aimi melalui gambar itu lalu memciumkan gambar tersebut.

Lelaki itu bangun lalu pergi menyewa teksi dan pergi ke sesuatu tempat untuk mengambil kereta miliknya baru dia mula mencari kekasih yang dirinduinya.

**************

Fakhrul menyandarkan tubuhnya yang kepenatan yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya.

Fakhrul menghembuskan nafas helanya dengan rasa lega.

Nada dering Iphone Fakhrul berbunyi tiba-tiba terhenti. 'Siapa yang missed call ni?' Monolog hati Fakhrul,nasib baik kerjanya hari ini tak banyak,so boleh telefon siapa yang call dia.

Fakhrul menghidupkan Iphone dia,terpapar nama yang missed call dia. 'Mama my forever' Fakhrul tersengih. "Mama rupanya." Fakhrul terus menekan 'call' untuk menelefon mamanya,lagipun dah nak masuk waktu lunch kan so curi sikit masa yang ada.

"Hello assalamualaikum mama." Ucap salam Fakhrul pada mamanya.

"Waalaikumsalam,sorry mama missed call adik sebab taknak ganggu adik tengah kerja." Jawab Mak cik Halida kepada anaknya.

"Tak ada pape lah ma.Ni pun adik tak banyak kerja nak kena siapkan.Alah lagi pun dah nak dekat waktu lunch ni ma.Itu yang adik curi masa sikit.Hehehe." kata Fakhrul sambil tersengih. "Ada apa mama call adik?" Sambung Fakhrul lagi bertanya lagi.

"Ni,sebenarnya ada perkara penting mama nak bagitahu adik." Kata Mak cik Halida pada anaknya.

"Apa dia?" Fakhrul tak sabar nak dengar apa yang mama dia ingin bagitahu.

"Sebenarnya,mama dengan abah dah jumpa bakal isteri kamu and mama dah pergi masuk meminang diorang,mama dah merisik sekali." Nak meletup jantung Fakhrul bila dia dengar apa yang mamanya bagitahu. "Mereka sekeluarga pun dah setuju untuk terima adik.Jadi mama fikir,mama nak adik balik dalam minggu ni,sebab mama nak kenalkan kamu dengan bakal keluarga mertua dengan bakal isteri adik nanti." Sambung Mak cik Halida untuk menghabiskan kata-katanya pada anaknya.

Fakhrul sekarang seolah-olah macam nak terjun bangunan dari tingkat bangunan pejabat dia saja.Ehh jangan! Tak baik Fakhrul buat kerja gila macam tu.

"Mama! Betul ke apa yang adik dengar ni,mama dah carikan adik calon untuk adik dan bakal menjadi isteri adik?!" Tanya Fakhrul lagi seakan tidak percaya.

"Yerr mama tak main-main.Kan adik yang dah cakap sebelum ni,soal jodoh adik mama yang carikan untuk adik.Mama yakin dengan pilihan mama kali ini.Lagipun pendirian bakal isteri adik itu nampak lebih kurang sama dengan arwah tunang adik." Jawab Mak cik Halida lagi dengan yakin sekali.

"Memanglah adik dah serahkan semuanya dekat mama,tapi at least bagitahu adik dulu siapa orangnya." Keluh kesah Fakhrul dibuatnya.

Setelah berbual panjang di dalam telefon.Akhirnya Fakhrul setuju dengan keputusan mamanya. "Siapalah insan yang terpilih itu yer?" Kata Fakhrul bersendirian.Boleh jadi gila Fakhrul jadinya.

**************

"Hah macam mana? Apa adik cakap?" Tanya Encik Azman pada isterinya.

"Beres! Adik pun setuju dengan cadangan saya.Lagipun saya memang yakin yang anak saya akan setuju." Kata Mak cik Halida senyum kemenangan.

"Anak awak,anak saya juga.Anak bongsu kita." Balas balik Encik Azman pada isterinya.Lalu tercetuslah ketawa mereka berdua.

Mesti Fakhrul dengan Aimi tak tahu mereka akan dijodohkan.

Apa akan jadi kalau diorang tahu yang diorang akan disatukan?!

Dan lagi satu,Hazrin Ex Aimi dah muncul!

Adakah Aimi akan menerima semula bekas teman lelakinya.

Sama-sama kita nantikan okay, teruskan vote yer..;)

Thank you....

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now