Bab 23

503 26 0
                                    

Kia K3 milik Fakhrul memasuki perkarangan rumah Fakhrul.Syukur alhamdulillah,dia sudah sampai,walaupun dah malam.Itu pun sebab jalan jem.Tapi penat jugak drive.Fakhrul keluar dari perut keretanya lalu membuka bonet,mengambil bagasinya.

"Assalamualaikum!" Salam Fakhrul dengan sederhana kuat.

Mak cik Halida menjawab salam dari dalam.Dia dengan suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

"Lahh dah sampai juga anak mama ni." Kata Mak cik Halida.Fakhrul menyalam dan mengucup lembut tangan mamanya selepas itu lantas menyalami tangan abahnya.

"Adik macam mana? Jadi tak nak pergi jumpa bakal isteri kamu esok nanti?" Tanya Mak cik Halida tidak logik.

"Apa mama tanya ni.Kalau adik dah balik sini dah tentulah jadi adik nak pergi esok." Jawab Fakhrul tersengih. 'Hai excited betul mama ni.' Monolog Fakhrul sambil tersenyum.

"Awak ni! Kalau ye pun bagilah dia duduk dulu,rehat kejap.Ini main serbu jer pasal nanti.Janganlah excited sangat." Sampuk Encik Azman dengan melayan telatah isterinya.

"Yelah,saya tanya jer.Kot kot adik ni terus kata tak setuju ker?" Balas Mak cik Halida risau.Manalah tahu Fakhrul balik terus tak setuju.

"Ma,adik ikut jer cakap mama.Kalau mama dah pilihkan untuk adik yang sesuai dan ok pun adik terima.Mama jangan risau tau." Kata Fakhrul untuk meredakan keadaan. "Hmm dah lah mama,adik masuk bilik dulu.Adik nak rehat kejap." Kata Fakhrul sambil menarik bagasinya masuk ke bilik.

"Kalau adik lapar,mama dah masakkan lauk favourite adik dekat dapur." Kata Mak cik Halida lagi.

"Okay." Jawab Fakhrul pendek,terus cepat-cepat masuk bilik untuk membersihkan untuk makanan.

Laju betul Fakhrul bila dengar lauk favourite dia,lagi-lagi kalau mama dia yang masak.

*************

Lagi tadi telefon Aimi asyik berdering sahaja dekat 2 jam telefonnya berbunyi.Aimi tahu siapa yang telefon dia kalau bukan Hazrin.

Sekali lagi telefon Aimi bunyi.Dengan geram Aimi ambil dan menjawabnya dengan kasar.

"Heyy Hazrin! Awak nak apa lagi?! Tak habis-habis lagi ker asyik nak call saya malam-malam ni,hah?!" Marah Aimi dekat talian tersebut.

"Ehemm hemm! Assalamualaikum cik Siti Nur Aimi Nazira Binti Baharudin,kenapa awak marah ni,dah kena rasuk ker?" Kata Anis lembut dengan memberi salam pada talian.

Terbuntang mata Anis bila dengar Aimi mengamuk tiba-tiba macam Hulk.Ini kalau dah kahwin macam manalah jadinya.Mesti tercetus perperangan laki bini.

"Eh Anis! Sorry Nis sorry.Aku ingatkan yang call aku sekarang ni Hazrin.Sorry sangat-sangat,sebab lagi tadi dia asyik call aku jer." Kata Aimi cemas ditambah lagi dengan rasa kesalnya menengking Anis.

"Hmm yelah,nasib baik gegendang telinga tak pecah disebabkan jeritan merdu kau tu." Balas Anis serta menyidir Aimi pasal tadi.

"Hah,ni kau call aku ada apa Nis?" Tanya Aimi sambil menghembus nafas lega.

"Hmm saja aku nak call.Sebenarnya aku wish good luck to you for tomorrow,sempena perkenalan kau dengan bakal suami kau.Hahaha." kata Anis sambil ketawa di buat-buat macam ahli sihir.

"Hmmmpphh! Itu jer.Ingatkan apalah tadi." Kata Aimi dengan muka menyampah.

Mereka berbual di dalam talian dengan lama.Yang Anis tak habis-habis nak menasihatkan Aimi macam-macam.Naik boring Aimi dibuatnya.

Setelah hampir satu jam berbual Aimu mengutuskan untuk dia tidur.Sebab esok ada banyak benda nak kena buat.

"Hmm okaylah,thanks atas ceramah nasihat free kau untuk aku.Aku nak masuk tidur dululah.Assalamualaikum." Ucap Aimi lalu mematikan panggilannya selepas Anis menjawab salam dia.

***************
Dengan sekali lafaz,Fakhrul telah menjadi seorang suami.Kini tibalah masa upacara pembatalan air sembahyang.

Fakhrul pergi ke pelamin mini,untuk di sebelahan dengan isterinya yang masih menutup mukanya.Fakhrul menyarungkan cincin pada jari isterinya.Selepas saja sarung cincin,isterinya pula menyalam tangan Fakhrul dan ditatap wajahnya ditangan Fakhrul lama.

Fakhrul membuka kain yang menutup wajah isterinya.Dengan lafaz bismillah Fakhrul membukanya

Dan akhirnya.....

Fakhrul terbangun dari katil secara tiba-tiba,mukanya berpeluh dan cemas.

Fakhrul memegang raup wajahnya dengan lembut. "Astaghfirullahalazim.Aku bermimpi ker." Kata Fakhrul dengan lafaz Istighfarnya.

Fakhrul mengerling pada jam dindingnya. "Ya Allah dah pukul 6.30 dah." Fakhrul bangun lalu pergi masuk ke bilik airnya untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat subuh.

Lagipun dia kena buat persiapan awal untuk menghadiri ke rumah bakal temam hidupnya.

Salam terakhir Fakhrul lepas solat terus dia berdoa kepada Yang Maha Esa. 'Ya Allah Ya Tuhanku,hanya Kau sahaja yang aku sembah.Hanya Kau sahaja tempat aku memohon pertolongan.Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini Ya Allah,dari segala dugaan yang Engkau berikan,Kau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini Ya Allah.Hanya Kau sahaja tempat aku berserah.Hanya pada-Mu sahaja tempat hamba-Mu ini sebenar-benar bertaqwa.Sesungguhnya,Kaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin.'

Lepas sahaja Fakhrul berdoa dan menyerahkan segalanya pada Dia.Fakhrul kembali tenang semula sejak dia terbangun tadi.Rupanya itu sebagai tanda supaya dia tidak terlepas dari waktu Subuh tadi.

*************

Aimi terduduk sahaja dan merenung sahaja jauh saja.Apalah yang difikirkan dia agaknya.

Mak cik Lin mengintai anak perempuannya lagi tadi,rasa macam tidak kena saja,lalu dia masuk ke bilik anaknya dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Termenung jauh nampak anak ibu ni." Tegur Mak cik Lin.Tersentak Aimi dibuatnya.

"Eh ibu.Bila masa ibu masuk?" Tanya Aimi.

"Baru jer.Aimi ada apa-apa masalah ker?" Jawab Mak cik Lin ringkas dan bertanya balik soalan pada anaknya.

"Takde papelah ibu,Aimi okay jer.Cuma Aimi rasa gementar tiba-tiba.Yelah,Aimi nak jumpa bakal suami Aimi kan." Jawab Aimi dengan tenang.

"Aimi kenapa cakap macam tu.Kalau Aimi tak suka,ibu nanti boleh bincang saja dengan keluarga diorang untuk batalkan saja." Kata Mak cik Lin risau kalau anaknya tak suka.

"Bukan ibu.Bukan macam tu maksud Aimi.Aimi sebenarnya terima dengan pilihan ibu,lagipun Aimi tahu pilihan ibu adalah terbaik.Cuma,Aimi rasa gementar.Yelah takut yang masuk minang masatu orang tua ker yang berumur macam tu." Kata Aimi dengan berfikiran tak logik.

"Apa pulak pikir ke situ,takkan ibu nak amik orang tua-tua nak dikahwinkan dengan kamu.Alah lagipun bakal suami kamu muda, sebaya lagi dengan kamu." Balas Mak cik Lin pada Aimi yang fikir tak logik.Ada pula nak dikahwinkan dengan orang tua.Hodohlah cucu dia nanti.

"Lah sebaya?! Kalau macam tu tenanglah sikit Aimi.Risau juga kalah orang tua yang kahwin dengan Aimi nanti,hehehe." Kata Aimi lega sambil ketawa.

"Hmm dah lah,daripada Aimi pikir bukan-bukan lebih Aimi pergi bersiap,dah nak pukul berapa ni.Dah jom ikut ibu masak dekat dapur.Nak jadi bini orang kan." Kata Mak cik Lin sambil menarik anaknya untuk memasak ke dapur.

-Adakah mimpi Fakhrul itu hanya mimpi semata-mata? Ataupun satu petanda untuk dia?

-Yang Aimi pula risau dengan siapa yang dia akan di jodohkan?

-Memang tak sangka yang diorang hanya akan ikut saja kehendak dan pilihan keluarga.Dah macam zaman dahulu pulak! Hahahaha.

Btw teruskan vote yang mana2 sudah vote okay,TQSM dekat korang yang sudi vote.

#vote&comment

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now