Bab 28

507 24 0
                                    

Pejam celik pejam celik,masa untuk mereka disatukan hampir tiba tidak lama lagi.Sepanjang tempoh masa tersebut,semua persiapan seperti barang hantaran,baju kahwin dan pelamin,kad jemputan telah di sponser sepenuhnya oleh keluarga mereka berdua.Yang Fakhrul telah mengambil cuti tidak lama,Fakhrul hanya mengambil cuti dari 2 hari sebelum nikah sehingga 2 hari selepas majlis resepsi.

Aimi pula,jangan cakap pasal cuti.Dia sudah menghantar surat perletakkan jawatan dia sebagai kerani pada seminggu sebelum nikah.Seperti yang Fakhrul minta masa mula-mula dulu.

Kad jemputan telah diedarkan pada rakan-rakan sekolah serta guru-guru mereka berdua.Masa Fakhrul memberitahu dan ingin menjemput semua classmate dia dekat group whatsapp kelas dia itu.Habis kecoh satu group masa itu.Ada yang beri ucapan tahniah,ada yang terkejut tiba-tiba yang kawan kelas dia nak kahwin.Pada masa yang sama juga,Fakhrul ingin membuat reunion untuk kelas 5SS diorang.Aimi pula hanya ikut saja apa yang Fakhrul nak buat.

***************

Malam sebelum mereka disatukan.....

Di rumah Mak cik Lin dan suaminya semua ahli keluarga,anak-anak,saudara-mara serta sahabat baiknya Anis sedang sibuk untuk membuat segala persiapan yang terakhir untuk Aimi dan Fakhrul disatukan pada esok petang selepas solat jumaat.

Aimi dengan sahabatnya Anis,hanya membuat persiapan untuk menghias bilik Aimi saja.Keluarga Aimi yang lain membuat persiapan yang lain diluar.

"Haih! Esok kawan aku ni dah nak jadi isteri orang dah.Lepas ni,aku sorang-sorang jelah dekat Kulai ni kan." Kata Anis suara yang agak sedih sambil menggantungkan langsir dibilik Aimi.

Aimi yang menyarung bantal di katil dia terdengar apa yang Anis luahkan tadi pun rasa macam sedih juga.Yelah selama ini,dengan Anis sajalah yang Aimi dapat luangkan masa bersama.Kawan-kawan dia yang lain,semuanya dah ada kerjaya diorang sendiri.

"Anis sini kejap." Panggil Aimi sambil menyuruh Anis duduk sebelah dia di atas katil.

Anis hanya menurut sahaja lalu mengambil tempat disebelah Aimi.

Mereka berdiam seketika.Tiba-tiba Aimi memeluk erat sahabat baiknya dengan seerat-eratnya pada tubuh Anis.Dengan tidak semena-mena tangisan Aimi mula didengari.

"Eh beb! Asal ni?! Kau nangis ker?" Tanya Anis sambil menggosok belakang badan Aimi.

"Anis! Esok aku nak nikah.So lepasni aku dah tak jumpa kau lagi dah.Lepasni aku tak dapat lagi spent time dengan kau macam dulu.Duduk pun berjauhan.Jadi,apa yang aku nak cakap sekarang,aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat kau.Selama ni kau dah banyak tolong aku,kau sentiasa setia bersama aku.Sebelum aku nak di ijab kabul esok,aku nak minta maaf dekat kau,andai kata selama ni aku banyak buat salah dekat kau,terguriskan hati kau.Sama ada kecil atau besar.Anis,kau halalkan segala apa yang kau bagi aku selama ini yer." Aimi meluahkan segalanya pada Anis untuk kali terakhir dengan deraian air mata Aimi yang berlinangan serta esakan yang dikeluarkan.

"Dahlah tu Aimi,aku dah lama maafkan kau dah.Aku halalkan semua yang aku pernah beri dekat kau." Pelukkan mereka berdua kali ini terlerai. "Sekarang ini,aku nak dengar apa yang aku nak pesan.Aku harap esok kau dapat terima Fakhrul untuk hidup kau,selepas saja kau diijab Qabul kan,secara automatik Fakhrul akan menjadi pembimbing untuk kau,pada masatu jugak kau sudah jadi tanggungjawab sepenuhnya pada Fakhrul selepas babah kau.Ingat! Syurga seorang isteri sekarang terletak di bawah telapak kaki seorang suami.Jadi,aku harap kau dapat jadi seorang isteri yang baik dan solehah,taat perintah suami,hormat dia.Dan yang paling penting jangan melawan segala arahan suami.Aku yakin dengan Fakhrul yang dia boleh jadi pembimbing kau yang ke Jalan Yang Benar,Insya Allah.Ini merupakan pesanan aku yang terakhir buat kau,aku harap kau dapat sematkan apa yang pesan ini dalam hati dengan sebaik-baiknya." Pesan Anis yang terakhir buat sahabatnya yang panjang dan mereka sekali lagi berpelukkan sesama sendiri.

**************

Fakhrul menggantungkan jubah putih yang sudah siap di seterika.Meriah rumah Fakhrul hari ini dengan kehadiran ketiga-tiga adik-beradik Fakhrul serta saudara-mara Fakhrul,dengan kekecohan dari budak-budak yang merupakan anak sedara Fakhrul sendiri.Anak-anak kedua kakaknya serta abangnya semuanya sudah membesar ada beberapa yang sudah sekolah.

Ahli keluarga Fakhrul serta saudara maranya sedang membuat persiapan untuk ke majlis pernikahan Fakhrul esok.

"Adik dah ready untuk esok?" Tanya kakaknya Airen tiba-tiba.

"InsyaAllah kak yin.Cuma adik rasa nervous jer,yelah adik kena jaga anak orangkan,besar tanggungjawab adik lepas ni." Jawab Fakhrul sambil duduk di kusyen di ruang tamu.

"Alah biasalah tu adik." Sampuk kakak dia lagi seorang Hafizan.

Fakhrul hanya mengangguk faham.Esok merupakan hari yang amat paling besar sekali buat Fakhrul.Fakhrul pun masih lagi ragu-ragu dengan perasaan dia sendiri.Sama ada dia boleh terima Aimi atau tidak dan lagi satu.Boleh ker Fakhrul hadirkan perasaan cinta dia untuk Aimi.Orang yang bakal menjadi teman hidup dia.Fakhrul cuma berharap dia dapat menunaikan tanggungjawab yang ada pada diri dia untuk gadis itu.

Fakhrul terus bangkit dari duduknya dan terus masuk ke bilik dia untuk tidur,memandangkan semua tengah sibuk.Mama dengan abah dia lagi,sudah tidur lagi tadi.Fakhrul sekarang hanya berserah sahaja pada Yang Maha Esa untuk hari esok.

*****************

Kini sudah tiba masanya pada hari ini.......

Semua ahli keluarga Fakhrul sudah sampai ke rumah pengantin perempuan.Segala perasaan yang Fakhrul rasa hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana keadaannya.

Fakhrul sudah mengambil tempat yang di khaskan untuk Fakhrul.Kini dia hanya perlu menunggu pengantin perempuan sahaja supaya majlis dapat diteruskan.

"Aimi kau dah ready ker?" Tanya Anis yang berdiri dibelakang Aimi yang sedang memandang diri dia di hadapan cermin.

"Aku nervous weyh!" Jawab Aimi ringkas.

"Kau rileks jer okay! Sebelum kau keluar,istighfar dan selawat banyak-banyak,Insya Allah semua akan jadi baik.Jangan risau,aku ada untuk iring kau." Balas Anis sambil menenangkan Aimi yang rasa gementar.

"Aimi dah siap ker? Pengantin lelaki sudah sampai.Dah boleh keluar dah sekarang." Panggil Mak cik Lin.

Aimi menarik nafas panjang serta dengan lafaz Bismillah lalu dia bangkit dari duduknya.

Anis pula sudah mengiring Aimi keluar bilik sehingga ke tempat Aimi yang di khaskan untuk mereka berdua.

Fakhrul memandang Aimi keluar dari bilik.Fakhrul terpegun bila melihat dia.Dengan baju serba putih pada dirinya.Tak terkata dalam diri Fakhrul,kerana hari ini Aimi nampak sangat cantik.

"Semua sudah ada,jadi boleh kita mulakan sekarang." Kata Mak cik Lin untuk meneruskan majlis.

Akhirnya inilah yang dinantikan oleh mereka berdua untuk di satukan.

Yeah Fakhrul dah menikah....hahahahahah,tapi boleh ker mereka berdua dapat menerima antara satu sama lain?

So,macam mana? Kalau ada apa-apa rasa lain macam jer silalah komen yerr,takut macam serba tak kena kan....okay itu jer...

#vote&comment

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now