Bab 42

515 22 0
                                    

"Hana,abang datang ni.Abang datang nak jumpa awak sayang." Panggil Fakhrul perlahan untuk mengejutkan dia.

Dalam beberapa saat mata Hana ada sedikit tergerak untuk dibuka.Dia kenal milik siapa suara itu.Fakhrul perasan yang mata Hana cuba di buka.

"Abang...." panggil Hana meleret bila nampak kelibat tunang kesayangannya tiba.

"Hana,ni abang sayang.Abang datang ni.Awak kenapa ni,apa dah jadi dekat awak.Hana tak bagitahu abang yang Hana sakit kenapa?" Kata Fakhrul sambil mendekatkan lagi diri dia dengan Hana sambil itu dia jaga batasan diorang walaupun dah tunang.

"Saya bukan tak nak bagitahu abang,cuma saya tak nak buat abang risau.Sebab tu saya minta pada ibu ayah dengan abang saya supaya jangan bagitahu abang.Tapi saya silap,sebab saya tak suruh mereka bagitahu abang yang saya sakit." Jawab Hana perlahan dalam keadaan tidak bermaya.

"Tak apa,sekarang ni apa yang saya nak sekarang yang awak kena kuat.Sebab abang dah janji dengan Hana supaya kita bersama kan." Balas Fakhrul pula.

"Abang,bila saya dah tak ada,saya nak abang kuatkan semangat,teruskan kehidupan awak tanpa saya dan...."

"Shhh shhh Hana,please jangan cakap macam tu.Abang kalau boleh tak nak kehilangan awak sekarang ni.Abang nak bersama dengan sampai bila-bila." Potong kata Fakhrul,dia halang Hana daripada kata yang tak sepatutnya.

"Abang saya harap awak dapat jumpa pengganti saya yang terbaik untuk awak.Saya nak abang cari perempuan yang boleh membahagiakan abang selamanya.Walaupun dia bukan yang pertama untuk abang.Dan saya nak abang bahagia dengan pilihan abang nanti.... dan tolong jangan bagitahu kawan-kawan kita tentang kita berdua dan tentang ketiadaan saya.Sebab saya tak nak mereka semua sedih untuk saya,cukup abang sorang saja."

"Tolonglah Hana,stop it,abang tak nak awak cakap macam tu please..." kata Fakhrul untuk Hana berhenti dari berkata begitu.

Tiba-tiba nafas Hana susah untuk bernafas,Fakhrul menjadi cemas tak menentu.Dia terus keluar menyuruh sesiapa ahli keluarganya untuk panggil doktor.

Dalam beberapa minit,doktor dengan beberapa orang jururawat tiba.

"Encik,sila tunggu luar dulu yerr." Kata seorang jururawat itu untuk Fakhrul tunggu diluar.

Fakhrul keluar dari bilik wad itu.Lalu segera mendapatkan keluarga Hana apa yang dah berlaku pada dia.

"Mak cik pak cik apa yang sebenar yang dah berlaku ni?!" Tanya Fakhrul pada ibu ayah Hana tapi mereka diam. "Kenapa diam? Abang bagitahu Fakhrul,kenapa dengan Hana? Hana sakit apa?" Sambung Fakhrul tanya abang kepada Hana pula.

Lelaki itu memandang kedua-dua orang tua dia lalu ayah dia mengangguk untuk dia bagitahu tentang perkara sebenar.

"Fakhrul,kalau Fakhrul nak tahu yang Hana masuk hospital sebab demam denggi berdarah.Pada mulanya,abang dengan ibu ayah abang ingatkan demam biasa.Tapi suatu hari tu Hana jatuh pengsan dan lemah kami terus bawa dia ke hospital.Lepas di periksa,barulah doktor bagitahu yang Hana kena penyakit itu." Abangnya Hana menceritakan ke semuanya dari awal. "Kami masatu ingat tak nak bagitahu Fakhrul,sebab Hana tak nak Fakhrul risau." Sambung abang Hana lagi.

Tiba-tiba doktor keluar dari wad Hana. "Doktor,macam mana dengan keadaan tunang saya?" Soal Fakhrul cemas.

"Saya harap encik dengan ahli keluarga yang lain dapat bersabar.Kami dah buat yang terbaik,tapi Allah lebih sayangkan dia." Kata doktor itu dengan simpati.Serta merta Fakhrul jatuh melutut dan menangis. "Saya minta diri dululah kalau dah tak ada apa apa." Kata doktor itu lagi dan terus beransur pergi.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now