Bab 36

494 27 0
                                    

Seminggu kemudian....

Fakhrul sudah pergi kerja seperti biasa,tapi kali ini Fakhrul pergi lebih awal sebab ada meeting.Hubungan Fakhrul dengan Aimi masih tidak berubah.Walaupun mereka sudah menimbulkan rasa suka sama suka.Tapi itulah,masih tak diluahkan perasaan mereka itu.Hmmmm apalah nak jadi dengan diorang ni? Kalau parents mereka berdua call tanya khabar tentang hubungan mereka pun,Fakhrul dan Aimi hanya berkata 'ok' saja.Hishhhh!

Dan seminggu juga Hazrin tidak mengganggu Aimi.Pelik! Tapi lagi bagus kalau dah tak kacau Aimi lagi.Bukan apa,cuma Aimi tak nak suami dia tahu yang Hazrin itu asyik ganggu dia.Aimi juga terasa nak bagitahu tentang dia dan Hazrin itu juga.Kalau dibiar rahsia nanti lama kelamaan Fakhrul akan tahu juga.Aimi kena cari masa yang sesuai untuk bagitahu perkara sebenar dalam masa yang sama juga Aimi juga takut nak cakap perkara itu.Hmmmmmm.

*****************

Aimi membuka laci pada meja tv untuk membuka apa-apa movie dvd yang Fakhrul ada di rumah dia.Lepas sahaja dia mengemas rumah tadi.Mungkin dah bosan agaknya.Sekali Aimi tengok isi dalam itu,buat kan dia ternganga.

"What! Serius lah apa yang aku tengok?! Punya banyak dvd Anime Naruto dari episod pertama sampai yang last.Dvd korea pun cuma ada 2,tapi tak minat pula tajuk citernya.Huhhhhh!" Kata Aimi mendengus bosan.Aimi terus menutup laci itu semula.Namun Aimi mendapat satu idea,baru dia perasan dia tidak tengok bilik-bilik yang,dah seminggu dia pindah baru dia sedar dia tak bilik yang ada 4 lagi yang tinggal.Tanpa berfikir panjang,Aimi bangun terus pergi ke atas.Rasanya dia tak tengok bilik lain lagi.

"Nak tengok bilik mana satu yer?" Fikir Aimi sambil memilih mana satu bilik yang dia nak masuk. "Hmm aku masuk bilik hujunglah." Putus Aimi terus masuk ke bilik hujung diantara dua bilik mereka berdua berhadapan dengan 2 bilik dia.Semenjak ini,Fakhrul asyik keluar masuk bilik hujung,membuatkan Aimi rasa ingin tahu apa yang ada dalam bilik itu.

Aimi hendak memulaskan tombol pintu itu dengan perlahan.Saat Aimi memulaskan tombol pintu,tiba-tiba perasaan Aimi berubah semacam. "Apahal aku rasa lain macam ni! Perlu tak aku masuk?" Aimi terasa macam rasa serba tidak kena pula bila nak masuk. "Arhhh! Masuk jelah!" Aimi tidak tahu bilik yang dia nak masuk itu adalah bilik private Fakhrul,yang Fakhrul masuk semalam

Aimi memulaskan tombol pintu dan terus masuk dan lagi sekali mulut Aimi ternganga lagi,tapi kali ini agak besar sedikit.Aimi melihat seluruh ruang bilik dia itu dengan pelik.Sebab bilik ini dipenuhi dengan segala koleksi-koleksi barang-barang Naruto.Semuanya ada Fakhrul perolehi,poster,senjata,pengikat kepala dan komik.Aimi pergi ke rak pameran terdapat patung figura dari watak Naruto yang Fakhrul letak.Boleh dikatakan semua watak patung figura yang Fakhrul ada semuanya lengkap dari watak Naruto sehinggalah watak guru dan rakannya.

Senjata-senjata dia juga disusun rapi dalam rak pameran satu lagi.

"Hishhh Fakhrul ni,dari zaman sekolah sampai jadi suami aku,perangai dan minat dia pada Anime ni tak berubah langsung." Aimi menggelengkan kepalanya seraya berkata macam-macam tentang perangai suaminya.Ini baru sikit,dekat rumah mama dengan abahnya itu,masih ada lagi cuma dia tak tahu lagi.

"Eh? Dah kenapa ada almari D.I.Y dekat sini?" Cetus Aimi pelik seraya dia melangkah ke arah almari itu dan membuka zip almari tersebut.

Sekali Aimi buka terbuntang mata dia,habis penuh satu almari dengan segala costume Naruto yang dia gantung,Aimi meneliti segenap ruang almari itu dan melihat satu per satu baju yang dia ada.Semua baju costume Fakhrul ada,dari baju naruto hingga baju ahli akatsuki yang jahat itu.

"Haih! Suami aku ni obses betul dengan Naruto dia,entah-entah kalau ada pertandingan costume confirm dia masuk." Kata Aimi lagi seraya menutup semula almari D.I.Y Fakhrul itu.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now