Bab 15

578 34 0
                                    

"Fakhrul! Kau gi mana hah?! Asal kau tak round blok tadi?!" Marah Aimi setelah sampai pada mereka bertiga.

"Aimi sabar Aimi.Kau cuba bawa bertenang,kita bincang elok-elok." Sampuk Lokman tiba-tiba menjawab sambil menenangkan keadaan.

"Kau diam Lokman,kau tak tahu apa-apa kau diam!" Tengking Aimi sambil dia menunding jari pada Lokman.Huisshh! Berani Aimi buat macam gitu pada budak lelaki,hebat. "Fakhrul! Aku tanya kau lagi ni.Asal kau tak jaga blok hah?! Kenapa,dah malas sangat ker nak buat tugas ni?! Kau tau tak dekat blok belakang tu ada budak merokok! Patutnya kau kena ada kat sana untuk pastikan takde budak kat sana.Tapi kau pergi mana? Hah?!" Marah Aimi lagi,Lokman dan Asri tak tahu nak buat apa.

"Okay okay kau nak jawapan dari aku sangatkan.Begini untuk pengetahuan kau, aku bukannya sengaja tak nak round or taknak bertugas,kalo ko nak tahu aku harini punya gelabah nak tugas awal sebab apa tau tak? Sebab aku bergegas nak pergi bilik guru nak jumpa cikgu sebab aku ada hal tau tak! Aku siap bawa Asri lagi untuk teman aku." Fakhrul berhenti seketika lalu mengambil nafas untuk bercakap lagi. "And then,bila aku dah settle aku ingat nak cepat dengan Asri pergi kantin nak beli sikit makanan untuk aku alas perut.Tapi,masa aku gi kantin ada budak gaduh tau tak? And masatu Lokman berseoranga untuk leraikan pergaduhan itu.Takkan aku dengan Asri nak biarkan Lokman sorang nak gi leraikan! Aku dengan Asri tolonglah dia nak leraikan.Jadi apa masalahnya sekarang?! Hah?! Kau nak kata aku tak jaga,padahal aku ada banyak nak kena hadap tahu tak! Tambah lagi nak kena hadap dengan kau.Apa lagi masalahnya." Marah Fakhrul luahkan segala perasaan dia pada Aimi.Hah kau Aimi baru tau taring Fakhrul dah keluar.

"Alah Fakhrul kau tak payah nak bagi apa-apa alasan lah...kau kalau dah malas nak jaga cakap jelah.Kau tahu tak,aku yang tak pasal-pasal aku yang nak kena bawak budak yang merokok tu,bawak gi jumpa GPK HEM.Aku sorang je tau,patutnya itu tugas masa kau round tu." Aimi cuba tak nak mengalah dengan Fakhrul walaupun dia bagi alasan yang muhasabah sekali pun.Langsung tak nak bagi peluang.

"Jadi apa masalahnya,kau dah bawak budak tu kira okaylah,tak salahkan kalau kau tolong." Sampuk Asri bagi mempertahankan Fakhrul,tak pasal-pasal Fakhrul kena tuduh bukan-bukan.

"Eiiii Asri! Patutnya kau penolong kau kena back up aku,bukannya Fakhrul.Asal kau nak marah-marah aku pulak ni?! Balas Aimi tak puas hati.

Masuk Lokman lagi tiba-tiba. "Ini bukan pasal Asri nak back up Fakhrul atau kau,ini pasal kau suka sangat tuduh melulu sebelum tanya kitorang tau tak?! Macam Asri cakap tadi,apa salahnya kau tolong Fakhrul tangkap budak tu,takkan semua nak bergantung pada Fakhrul sendiri.Fakhrul pun ada rasa penat dia tau.Kau pernah fikir yang Fakhrul ni kalau lambat keluar waktu rehat awal,lepastu terus dia bertugas sepanjang waktu rehat,entah Fakhrul sempat makan atau tak.Aku sampaikan belikan makanan sikit tau untuk Fakhrul walaupun Fakhrul selalu tolak.Ada kau fikir selama ni Aimi? Ada tak?!" Marah Lokman bertalu-talu.

Memang Lokman sebelum ni pernah bagi Fakhrul sedikit makanan.Sebab dia tahu kalau dia keluar lambat terus bertugas tentu dia tak sempat makan,apatah lagi mengalas perut semasa waktu tugas.Itu yang Lokman kadang-kadang belikan makanan walaupun tiga biji kuih untuk Fakhrul kadang-kadang Fakhrul menolak pemberian Lokman kerana Fakhrul tidak suka menyusahkan siapa-siapa.

"Penat lelah Fakhrul bertugas kau tak pernah ambil tahu pun,kau tahu cuma complain itu ini.Pastu marah orang tiba.Aku rasa Fakhrul baru first time tak bertugas harini tau.Kau dah mula kecoh.Kau ni aku gelarkan kau orang yang gila kuasa tau tak.Sebab kau boleh buat sesuka hati tau tak." Sambung Lokman lagi dengan memberi kata-kata yang amat mendalam.

"Heeee what ever lah,lantak korang lah lepasni nak buat apa." Aimi dah fed up dah mengalah terus pergi dari situ dan balik ke kelas.

"Dahlah Fakhrul kau pedulikan aje si Aimi tu.Kalau dia report pun kitoran boleh jadi saksi kau untuk semua ni." Kata Lokman sambil menenangkan Fakhrul yang dah serabut.

"Terima kasih korang,kalo korang takde aku tak tau apa lagi dia kata bukan-bukan dekat aku." Ucap Fakhrul pada mereka berdua.

"Alah takde hal lah.Kitorang kan kawan.Mesti tolong menolong kan." Balas Asri. 'Kriiinnggg'

"Dah bunyi loceng jomlah masuk kelas." Ajak Fakhrul untuk mereka bertiga masuk kelas.

Selepas saja pertengkaran yang besar itu berlaku terus mereka masuk kelas untuk sesi pembelajaran.

'Kebishhh!' Pukulan terakhir oleh guru disiplin dengan bersaksikan GPK HEM kepad salah seorang murid yang terakhir yang ditangkap atas kesalahan membawa dan merokok di kawasan sekolah.

"Bapak arhh! Bengan siak! Tak pasal kita kena sebat harini.Ini semua sebab pengawas pompuan tak guna tu lah." Kata budak yang bernama Haziq itu.

"Habis tu,sekarang ni apa kau nak buat?" Tanya salah seorang antara budak empat orang itu.

"Apa aku nak buat yer?" Fikir budak Haziq itu. "Hah! Aku ada plan baik ni untuk kena kan pompuan tu.Korang meh sini kita bincang." Kata Haziq dengan mengumpulkan tiga orang kawannya dan berbincang. "Amacam okay tak?" Kata Haziq bagi mendapatkan persetujuan antara mereka bertiga. Mereka bertiga hanya menunjukkan ibu jari mereka tanda setuju. "Hah bagus.Ko tunggulah pompuan jangan ingat kau selamat hari ni." Kata Haziq dengan ketawanya yang sungguh sinis.

Pada waktu balik....

"Ok terima kasih kelas." Ucap Cikgu Aliff. "Terima kasih Cikgu Aliff." Balas murid satu kelas lalu cikgu itu beredar.

Semua murid di kelas turut beredar.Namun Fakhrul sempat lagi memandang Aimi yang masih bengang. 'Hmm lantak kau lah Aimi.' Desis hati Fakhrul.

"Fakhrul." Panggil Afif tiba-tiba.

"Hmm ada apa?" Balas Fakhrul.

"Ni kau punya barang takkan kau tak nak." Afif mengeluarkan sesuatu dalam begnya.

Sekali Fakhrul baru teringat. "Owh ha' ah,aku punya senjata Asuma yang dalam citer Naruto tu." Kata Fakhrul serta merta terus ambil bungkusan tersebut.[imej diatas rupa senjatanya.]

Fakhrul ada menyuruh Afif buat senjata itu dua bilah,saja Fakhrul nak buat koleksi tambahan Naruto dia tu.Mentang-mentang Afif pandai welding ada jer yang Fakhrul nak suruh Afif berapapun dia boleh bayar.

"Baiklah Afif kau dah buat,berapa semuanya Afif?" Tanya Fakhrul tentang bayarannya.

"Alah harga member-member aku bagi 45 ringgit jelah." Jawab Afif tentang harga tersebut.

"Hmm yelah minggu depan aku bayarlah,duit kau aku tak bawak.Kau pun tak cakap kau nak bawak." Kata Fakhrul minta tangguh bayarannya.

"Hmm okaylah,kau bukannya tak bayar langsung kan." Balas Afif mudah.

"Hmm thank you,ok dah korang jomlah balik." Ajak Fakhrul pada semua rakan-rakannya.

Fakhrul dengan rakan-rakan dia terus beredar untuk pulang.

Vote&comment guys..

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now