Bab 17

564 35 0
                                    

"Wah! Berani betul kau.Kalau berani sangat one by one dengan tangan kosong.Amacam?" Cabar budak Haziq itu.

"Tangan kosong? Boleh jer." Fakhrul mencampakkan lagi satu penutup tong sampah satu lagi dengan jauh.

Fakhrul terus membuka langkah pertahanan diri dia walaupun itu bukan basic buka langkah untuk taekwondo.[macam gambar diatas.]

"Wuuu...dah standby dah.Kau pergi settle kan dia!" Arah Haziq kepada salah seorang antara tiga orang itu.Budak itu lalu datang ke tempat Fakhrul untuk memulakan pertarungan.

'Huh! Silap orang kau nak tunjuk samseng.' Monolog Fakhrul sinis.

Budak samseng yang sudah masuk ke dalam gelanggang sudah siap sedia.Apabila Fakhrul sudah membuat gaya tangan untuk panggil ke mari,dia rasa tercabar.

"Hiarghhh!!" Budak itu datang untuk dengan nak menumbuk Fakhrul.Tetapi pergerakkan Fakhrul lebih cekap lalu menepis tangan budak itu dan memegang tangan kedua-duanya dan Fakhrul terus menampar muka budak itu dengan kuat berkali-kali.Huishh senangnya Fakhrul elak.Mentang-mentang belajar taekwondo.

"Apa ni,kata samseng.Samseng apa macam lembik jer.Serupa tak payah jadi samseng.Dasar samseng taik kucing." Kata Fakhrul sambil menampar muka budak itu dan tamparan tapak tangan Fakhrul kepada muka budak itu. 'Paappp!'

Habis budak itu terjatuh dan terbaring lemah.Aimi dengan tiga budak samseng terkedu melihat Fakhrul cara membalas serangan dengan mudah.

"Ok next,siapa lagi?" Tanya Fakhrul dengan lagaknya.

Si Haziq nya makin geram lalu menyuruh dua orang budaknya lagi untuk belasah Fakhrul.Budak dua itu hanya ikut sahaja perintahnya.

"Wah ni yang best ni,dua lawan satu.Hebat betul." Kata Fakhrul yang dah bersedia lagi untuk bertarung.

"Ahh! Kau tak payah banyak cakap lah." Kata antara mereka berdua lalu mereka terus menyerang Fakhrul melulu.

Fakhrul berlawan dengan mereka berdua dengan mudah sekali segala ilmu taekwondo yang dia ada dicampurkan lagi ninja Naruto yang dia pengaruh menjadikan dia lebih hebat dan cekap.

Dalam pada Fakhrul bergaduh secara berseorangan tiba-tiba budak samseng lagi seorang tadi datang mengunci badan Fakhrul.Fakhrul tak boleh bergerak kerana badannya di kunci ini mungkin menyebabkan Fakhrul mudah dibelasah dekat bahagian badan dia.Tapi Fakhrul hanya ambil mudah sahaja perkara itu.Kerana di saat badan Fakhrul dikunci Fakhrul ada teknik rahsia.

Budak datang merapat kepada Fakhrul kerana ambil peluang untuk menumbuk perut Fakhrul,bila budak itu hendak menumbuk sahaja Fakhrul,dengan pantas Fakhrul menepis tumbukan dia dengan menggunakan kaki kirinya.Tangan budak itu rasa sakit bila terkena kaki Fakhrul yang keras macam besi itu.Lepas itu,tanpa berlengah lagi Fakhrul menggunakan kaki kanannya untuk menendang 'battery' dia lalu terus melutut kerana rasa senak dan peluang bonus.Alang dia dah melutut itu,Fakhrul terus menendang kepalanya budak itu.Terus terbaring lemah budak itu.

'Isyy,serius lah Fakhrul buat macam tu.' Bisik hati Aimi.Aimi ingatkan selama ni Fakhrul lemah kalau dibuli sebelum ini walaupun hanya di ejek atau apa saja.Rupa-rupanya Fakhrul ini diam-diam ubi berisi.

Badan Fakhrul masih dikunci,Fakhrul terus menggunakan teknik dia iaitu Fakhrul memutarkan badannya selaju mana boleh dan secara automatik kaki budak itu terangkat sekali semasa Fakhrul memutarkan badannya.Agak laju juga Fakhrul berputar.

Yang Haziq seperti cacing kepanasan rasa risau pula pada dirinya.Takut dia kena lagi teruk.

Bila Fakhrul berhenti buat teknik putaran dia,automatik budak yang telah mengunci badannya melepaskan Fakhrul kerana dia berasa pening dan mabuk.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now