Bab 30

609 29 0
                                    

Fakhrul menghempaskan tubuhnya diatas katil bersaiz king miliknya,hari ini dia rasa begitu penat sekali dan akhirnya segala kepenatan dia dapat dilepaskan diatas katilnya.Kini bilik Fakhrul sudah berubah rupa bentuk dan dipenuhi dengan hadiah yang diberikan oleh para tetamu yang hadir ke majlis dia tadi,ada yang kecil,sederhana ada yang besar,dan pelbagai bentuk lagi.

Kalau dulu zaman sekolah sampai sebelum dia dah jadi suami orang,biliknya penuh dengan barang-barang Naruto yang dikumpul,dinding yang dipenuhi dengan poster Naruto dia.

Kini semuanya sudah tiada lagi.Barang-barang dia semua sudah dipindahkan ke stor termasuk koleksi senjata dengan patung figura Naruto dia yang dikumpul selama ini.Kalau diikutkan hati mamanya dah lama mama dia buat BBQ dah besar panjang pun masih nak main lagi dengan kartun mengarut itu.

Daun pintu bilik Fakhrul dibuka lalu muncul lah seorang gadis yang kini menjadi isteri Fakhrul.Fakhrul hanya menghantarkan pandangan dia wanita itu setelah dia masuk ke bilik dia.

Aimi terkejut melihat Fakhrul yang sudah menyandarkan tubuh dia pada kepala katil,dengan pakaian baju yang tidak berlengan sajalah tu nak tunjukkan otot-otot Fakhrul yang sasa itu,sambil memberi senyuman yang amat gatal. Ewww! Gelinya.

Hari ini Aimi sudah boleh mula duduk bersama suami dia,atas terpaksa.Dah ibu dengan babah dia suruh kena ikut suami lepas saja majlis resepsi.Jadi kenalah ikut suami balik juga.Kalau tak memang dia suruh Fakhrul balik rumah dia saja.

"Come here to me sayang." Panggil Fakhrul dengan nada menggatal sambil menepuk-nepuk tempat tidur Aimi di sebelahnya.

'Eeee gelinya buat macam,ingat aku boleh termakan dengan ajakkan kau tu,lagi satu suka hati jer panggil aku sayang yer!" Monolog hati Aimi menyampah.

"Err baju-baju ni saya nak letak mana?"

"Letak jer kat bilik air! Kan ada almari itu takkan kau tak nampak." Jawab Fakhrul selamba saja.

Tak gentle lah Fakhrul,isteri dia dah mula tukar panggilan awak-saya,yang dia masih bahasakan diri dia kau-aku lagi.Hmmphh!

Aimi pergi ke almari tersebut untuk menyusun semua baju dia dan digantungkan ke dalam almari.Terdengar Fakhrul sudah berdengus sedikit,tidur juga mamat tu.Nanti tak pasal-pasal ada jer dia nak buat.

***************

"Syukur Alhamdulillah bang,akhirnya semua anak-anak kita dah mendirikan rumah tangga juga." Ucap syukur Mak cik Halida dengan lafaz lega.

"Hmmm saya juga bersyukur,kalau tak disebabkan awak tak bertindak melulu nak masuk minang untuk adik masa tu,mungkin adik sekarang ni membujang sampai ke tua,umur pun makin meningkat dah anak kita tu." Kata Encik Azman sambil mengingatkan masa mula-mula dia masuk meminang menantu dia dulu.

"Alah awak tu pun sama,kalau awak masatu tak habis-habis rasa curiga and tak yakin masa tu,saya kita dah tak macam ni dah sekarang." Balas balik Mak cik Halida sambil ketawa tentang itu.

Ketiga-tiga anak dan menantu dia yang dengar juga tadi turut mencetuskan tawa mereka.

"Ha ah mama,mana pulak Fakhrul?" Tanya kakak sulung dia Airen.

"Mana lagi kak,dekat bilik lah tu.Biasalah pengantin baru masuk tidur awal,hahahahaha!" Jawab Akim serta-merta mereka sekeluarga semua ketawa dengan riang.

*******************

Selesai saja menggantungkan semua baju miliknya,Aimi mula membuka beberapa pin pada shawl dia yang dililit simple dan menanggalkannya dari kepala Aimi scarf rambutnya juga ditanggalkan lalu terkeluarlah rambut dia yang diikat seperti kucir kuda tapi hanya paras tengkuk dia saja lalu getah rambutnya dilepaskan.Tudung shawl Aimi serta getah rambut dia digantungkan lalu terus menutup almari tersebut.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now