Bab 4

867 42 3
                                    

Hari pertama sekolah yang memenatkan.Fakhrul menggantungkan beg sekolahnya hanya di belakang kerusi belajar lalu dia terus merebahkan dirinya diatas katil dan menghilangkan rasa penat yang ada dalam diri Fakhrul,tetapi disamping rasa penat terhimpit sikit perasaan rasa bengang pada diri Fakhrul.Bukannya bengang pasal pelajaran,tapi dengan rakan kelasnya si Aimi itu.

Waktu balik...

Kringg!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sesi pagi sudah habis,kini tiba untuk sesi petang pula untuk menyambung sesi persekolahan pada hari pertama pada waktu petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2.

Fakhrul dengan rakan-rakan sedang bersiap untuk mengemas segala peralatan tulis Fakhrul di dalam bekas alat tulisnya sendiri lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Eh Fakhrul,lincah lah kemas kita gerak saing." Kata Lokman yang sedang mengzipkan beg sekolahnya disamping rakan-rakan Fakhrul yang lain sedang menunggunya untuk bergerak bersama.

"Errhh korang gerak jelah dulu,aku lambat sikit sebab aku nak gi surau solat kejap." Kata Fakhrul yang masih lagi mengemas dan menyusun segala kertas kerja rumah dengan buku latihan,buku teks yang tebal ataupun tidak digunakan pada hari esok di tinggal di laci bawah meja,nasib kelas mereka tidak berkongsi dengan pelajar sesi petang.

"Hmmm....oklah kau dah cakap macam tu,kitorang chaw dulu lah." Kata Lokman dan Fakhrul menunjukkan jarinya berbentuk 'O' menandakan dia okay lalu mereka semua telah bergerak balik ke rumah masing-masing.

Masa Fakhrul telah siap mengemas,Fakhrul terpandang Aimi yang baru sahaja hendak mengemas barang-barang dia,ingatkan tinggal Fakhrul seorang sahaja.Tiba-tiba Fakhrul teringat perkara yang berlaku pagi tadi.Fakhrul masih rasa bersalah lagi kepada Aimi tentang kejadian yang menimpa pagi tadi lalu Fakhrul datang ke meja Aimi untuk meminta maaf lagi,kalau-kalau Aimi masih lagi berang dengan Fakhrul.

"Ehem ehem! Err Aimi.Kau masih marah lagi ke dengan aku pasal pagi tadi? Hmm...aku tau aku salah aku betul-betul minta maaf tau." Kata Fakhrul dengan meminta maaf untuk kali kedua dalam hati dia berharap agar Aimi dapat memaafkan Fakhrul.

"Hmmm.....yelah." Kata Aimi sambil dia mengemas barang-barang dia.

"Hah,yelah jer.Kau dah maafkan aku lah ni?" Tanya Fakhrul untuk kepastian.

"Yelah,aku dah maafkan.Habis tu kau nak buat apa lagi?" Kata Aimi yang macam nak marah,tangannya lincah mengemas barang-barang dia.

"Lah..kau janganlah nak marah aku cuma..." belum habis lagi Fakhrul nak cakap,Aimi dah potong.

"Eeee,dah lah aku nak baliklah." Aimi terus menyandang beg sekolah dengan bawa tote beg dia yang berisi beberapa buku lalu meninggalkan Fakhrul bersendirian.

'Cuba cakap elok sikit,macam nak gaduh pulak.Hisshhh! Bengang betul aku.' Kata Fakhrul bermonolog di dalam hati.

"Haih adik,penat sangat ker? Balik sekolah terus baring tiba-tiba dengan tak mandi tak apa lagi." Kata Mak cik  Halidah tiba-tiba muncul.Terkejut Fakhrul dibuatnya.

"Mama ni,terkejut adik tau tak." Kata Fakhrul.

"Dah solat zuhur ke belum?" Tanya Mak cik Halidah kepada anaknya.

"Dah,adik dah solat kat sekolah lah mama." Jawab Fakhrul terus bangun dari pembaringan dia.

"Hmm...yelah.Ni mama dengan abah nak keluar ni,nak ikut tak?" Tanya Mak cik Halidah lagi.

"Hmmm...malaslah adik nak ikut.Orang nak duduk rumahlah nak tidur penat." Jawab Fakhrul.

"Hmm yelah,kalo dah taknak ikut dah lah,jaga rumah elok-elok,mama pergi dulu." Kata Mak cik Halidah lalu terus berlalu pergi.

Fakhrul hanya membalas jari berbentuk 'O' menandakan dia okay sahaja.Fakhrul terus bangun dari katilnya dan mencapai tuala lalu terus dia ke bilik air untuk mandi.

Pada waktu malam,Fakhrul tidak ada buat apa-apa,Fakhrul hanya menyiapkan kerja sekolah yang cikgu beri,nasib tak banyak kerja sekolah untuk hari first ini dan juga melengkapkan borang maklumat murid dan ibu bapa yang cikgu bagi masa di sekolah tadi,nasib dekat rumah ada printer jadi tak payah nak membazir photostat ic dekat luar membazir.

Setelah selesai menyiapkan kerja sekolah,kemas buku untuk hari esok untuk sekolah,Fakhrul terus ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak.

Setelah solat isyak,Fakhrul terus ke katil lalu membaring ke atas tilam yang empuk tak lupa juga dengan patung Naruto Shipuden dia yang selalu dia buat peluk.Kalau takde patung memang Fakhrul tak boleh nak tidur lah.Maklumlah peminat tegar Anime Naruto.

Elok-elok Fakhrul dah lena,tiba-tiba nada dering lagu naruto dekat telefon Asus Fakhrul berbunyi.Haihh,sampai ringtone pun lagu naruto apa lah Fakhrul ni.

Fakhrul melihat nama pada telefonnya iaitu tertera yang bernama 'Lokman'

"Apalah mamat ni call aku malam-malam nih." Fakhrul menarik button ke arah hijau untuk menjawab panggilan itu. "Hah! Hello Lokman! Ada apa call aku malam-malam ni,aku baru nak lena tau tak." Fakhrul menjawab panggilan dengan geram.Tiba-tiba nak call orang malam-malam buta,memang mengamuklah Fakhrul.

"Ehh,Fakhrul kau dah tidur ke?" Lokman bertanya soalan yang tak masuk akal.

"Eh tak lah,aku tengah menyelam dekat laut tengah-tengah malam ni." Jawab Fakhrul macam nak tengking sahaja dekat telefon dia tu.Boleh pula tanya soalan bengong.Huhhh! "Yelah aku tengah tidur ni.Kau nak apa??!!" Tanya Fakhrul dengan geram.

"Tak aku nak ingatkan esok jangan lupa bawak kertas mahjong untuk present Sains Sukan esok." Bagitahu Lokman pada Fakhrul.

"Hek eleh,kau call aku semata nak ingatkan benda tu jerr.Aku standby lah awal-awal mangkuk.Memang muka aku ni tukang bawak kertas mahjong jer untuk present.Kalo takde pun,tuh kertas scroll naruto aku ada banyak guna jerr yang aku beli." Bebel Fakhrul yang dah macam mulut murai.

Bukan scroll naruto je yang Fakhrul ada,malah semua costume-costume dari watak-watak naruto pun Fakhrul ada,senang semua koleksi barang naruto Fakhrul ada kesemuanya.

"Ahhh...takpayah nak ngade-ngade nak guna entah apa-apa barang naruto kau tu." Kata Lokman yang naik fed up dengan Fakhrul pasal naruto dia tuh.

"Dah tu jer aku nak bagitahu,assalamualaikum,selamat malam." Kata akhir Lokman lalu mematikan panggilannya.

"Hishh!!!! Geram aku!" Fakhrul meletakkan telefonnya di meja kecil di sebelah katilnya,lalu Fakhrul meneruskan niatnya yang nak tidur tadi sambil memeluk patung narutonya sendiri.Ada-ada sahajalah Fakhrul ni.

Pagi esoknya Fakhrul bangun seperti biasa pada waktu untuk bersiap ke sekolah,kalau lambat bangun mahu kena siram air lagi dengan mamanya.Nasib baik pagi itu Fakhrul hanya memakai baju sukan sebab hari ini dia subjek pendidikan jasmani.Jadi senang Fakhrul nak bersilat untuk menyiapkan dirinya.

Setelah bersiap,Fakhrul akan bersarapan,selesai sarapan Fakhrul pergi ke sekolah seperti hari pertama persekolahan.

Don't be a silent reader please.Please comment about my chapter and also vote my story...








Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now