Bab 27

509 22 0
                                    

Suasana di ruang pejabat Fakhrul agak sunyi dan sepi.Dia menyandarkan badannya pada kerusi pejabatnya.Masa sedang berjalan untuk dia melangkah ke arah yang lebih mencabar dalam diri Fakhrul.

Perkahwinan diorang akan berlansung bermula 3 bulan dari sekarang,segalanya akan dirancang rapi sendiri oleh keluarga mereka sendiri,cuma tarikh kursus kahwin dan selanjutnya tentang pernikahan akan diuruskan oleh Fakhrul dan Aimi sendiri.

Fakhrul meluru ke meja hadapannya dan meletakkan tangannya lalu menongkatkan dagunya diatas.

Fakhrul meluru ke meja hadapannya dan meletakkan tangannya lalu menongkatkan dagunya diatas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia berfikir sejenak,tentang dirinya yang akan bersama dengan Aimi.Risau juga pada dirinya,kalau dah duduk bersama takut berperang macam dulu.

"Ahhh Fakhrul! Kau tak yah nak fikir sangatlah! Inilah masanya kau nak balas dendam balik.Kalau dulu masa sekolah boleh pulak dia kenakan kau marah kau tak tentu pasal.Kali ni dia dah duduk serumah dengan kau,boleh kau buli dia.Hehehehehe." kata Fakhrul sendirian sambil ketawa jahat dengan adanya satu rancangan jahatnya.

'So Aimi bersiap sedialah kena berdepan dengan aku.Muahahahaha.' monolog Fakhrul jahat.

Fakhrul terus lakukan kerja dia selepas memikirkan tentang plan dia.

***************

"Weyh Nis,aku nak cakap something dekat kau boleh tak?"

"Kau nak cakap apa?" Kata Anis sambil menyuap makanan dalam mulutnya.

"Tapi kau jangan terkejut pulak!" Balas balik Aimi.Anis mengangguk saja.

"Aku sebenarnya nak berhenti kerja." Ternganga mulut Anis bila dengar apa yang Aimi baru kata tadi.

"Kau nak berhenti?!"

"Tapi bukan sekarang seminggu sebelum aku nikah." Terang Aimi tentang perkara sebenar.

"Owh! Ingatkan kau nak berhenti sekarang lambat lagi rupanya.Tapi asal kau nak bagitahu aku.Kau bagitahu jelah dekat boss." Balas Anis balik.

"Takdelah aku tak nak kau terkejut itu jer." Kata Aimi sambil menyedut air minuman dia.

"Buat apa aku nak terkejut,kau tahu kan Fakhrul kerja dekat mana? KL kan.So,kau kenalah ikut dia duduk sana pastu kau carilah kerja kat sana." Jawab Anis mudah saja.

"Huh,kau pikir dia bagi aku kerja?! Memang takkan punya! Dia letak syarat masatu lepas aku nikah jer tak payah kerja,duduk aje rumah." Kata Aimi menyampah.

"Isyhh kira okaylah tu,lagipun dah sah-sah Fakhrul kena tanggung kau.Itu tandanya dia mampu nak tanggung kau,jaga makan minum dengan pakai kau." Ujar Anis serius.

"Huh! Okay konon.Entah-entah dia dah plan macam-macam nak kenakan aku lepas kahwin nanti." Duga Aimi macam-macam.

"Kau ni ada-ada aje nak fikir yang bukan-bukan.Dahlah makan cepat kejap lagi nak masuk balik kerja." Kata Anis lalu mereka berdua lekas menghabiskan makanannya untuk memasuki kerja semula.

Sudah habis lunch tadi,mereka segera ke kereta untuk pulang semula ke pejabat.

Masa Aimi mahu buka pintu keretanya,tiba-tiba ditahan oleh seseorang. "Hazrin!" Itu yang keluar dari mulut Aimi.

"Alamak! Better aku masuk dulu." Kata Anis seraya masuk ke kereta Viva milik Aimi.

"Apa yang awak nak lagi Hazrin?!" Tanya Aimi marah.

"Aimi please,kali ni saja,tolonglah bagi saya peluang lagi untuk teruskan hubungan kita." Rayu Hazrin tidak berputus-asa.

"Hazrin.Saya tak tahulah nak cakap dengan awak bahasa apa lagi? Saya dah penat nak cakap benda sama,yang saya tak nak awak,tak nak apa hubungan lagi dengan awak dan tak nak awak kejar saya lagi.Awak masih tak faham lagi jer hah!" Marah Aimi dengan rasa fed up.

"Aimi saya takkan putus asa untuk awak Aimi.Saya yakin masih ada lagi ruang hati awak untuk saya kan.Selagi saya takkan give up untuk awak.Tolonglah Aimi." Segala pujuk rayu yang ada pada Hazrin tidak dapat menawan hati Aimi.

Tiba-tiba Anis keluar dari perut kereta. "Weyh jantan! Kau ni tak serik-serik kan?! Dah Aimi tak nak dekat kau,kau buat apa lagi nak terhegeh-hegeh lagi dekat kawan aku ni.Lagi satu,tak lama yang Aimi ni dah nak kahwin kau tau tak?!"

Aimi terus pandang Anis dengan serius. 'Asal kau bagitahu Anis pasal benda tu!' Desis hati Aimi.Tak pasal-pasal Anis kena amukan dari saka Aimi.

Hazrin yang mendengarnya seakan tak percaya apa yang di katakan oleh kawannya. "Awak betul ke apa yang saya dengar ni,saya ia bukannya betul kan? Ini cuma gurauan saja kan?" Tanya Hazrin tak tenteram.

Haih nak tak nak kenalah cakap juga. "Tak Hazrin,ni bukan gurauan yang awak sangka.Ye,tak lama lagi saya akan berkahwin.3 bulan dari sekarang." Kata Aimi tentang perkara sebenar.

"Tak! Tak mungkin! Awak akan bakal berkahwin? Tapi dengan siapa?!" Tanya Hazrin masih tidak tenang pada dirinya.

"Siapa orang yang bakal saya kahwin awak tak berhak untuk tahu siapa orang itu.Apa yang saya boleh katakan orang tu tidak pernah menipu macam awak.Dahlah Hazrin saya dah penat dengan semua ni,anggaplah semua perkara ini bukan jodoh kita.Awak kena terima semua.Lepasni,saya tak nak awak cari saya lagi,kalau awak berani lagi muncul depan saya lagi.Saya tak teragak-agak nak telefon polis.Saya pergi dulu." Jawab Aimi panjang seraya memberi amaran.

Aimi terus memasuki ke dalam perut keretanya,Anis sudah berada di dalam setelah sekali dia sound Hazrin.Aimi mengundurkan kereta dia lalu meninggalkan Hazrin keseorangan di situ.

Sepanjang perjalan ke tempat kerja,Aimi hanya mendiamkan diri.Anis apatah lagi,memang tak lah dia nak kacau,tak pasal kena halau dari kereta pula.

"Anis asal kau cakap dekat mamat tu yang aku nak kahwin?"

Anis tersentak sekejap. "Aku rasa lagi elok kalau dia tahu.Nanti bila-bila dia takkan kacau kau lagi." Jawab Anis dalam keadaan serba salah.Tapi memang patut Anis cakap pasal benda itu tadi.

"Hmm it's okaylah Anis." Kata Aimi buntu.Lagipun dia tengah serabut sekarang nih.

Lagi sekali suasana menjadi sunyi di dalam kereta Aimi

****************

Suasana bilik agak suram saja.Hazrin menjadi tak tentu hala lepas apa yang dia dengari tengah hari tadi.

"Tak! Tak mungkin semua tu! Aimi milik aku sorang saja!" Marah Hazrin sambil mengetuk meja di sebelah katil dia. "Aku takkan putus asa untuk dapatkan Aimi.Aku takkan lepaskan apa yang aku nak.Aku akan pastikan Aimi akan jadi milik aku.Kalau aku tak dapat dia,orang itu pun takkan dapat dia.Muahhahahahhaha!" Kata Hazrin dengan ketawa sendirian.

"Kau hanya untuk aku saja Siti Nur Aimi Nazira aku takkan biarkan kau terlepas.Hahahahahahahaha!" Kata Hazrin lagi dengan ketawanya tak henti-henti.Dah mental sangat dia nih.

Apakah yang Hazrin akan buat pada Aimi?

Apa akan jadi pada Hazrin nanti pada Aimi?

Risaunya!

Teruskan membaca karya saya,terima kasih sudi menunggu karya bila untuk di publishkan.....Dan teruskan vote yer...

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now