Bab 34

528 27 0
                                    

"Aimi...Bangun Aimi." Fakhrul mengejutkan Aimi yang masih tertidur.

Aimi tersedar sedikit bila dikejutkan. "Kenapa ni,kejut saya tiba-tiba." Kata Aimi yang masih rasa lagi mamai mengantuk.

"Bangun,dah subuh ni."

Aimi membuka mata sedikit.

"Bangun lah cepat,nak saya dukung ker?" Kata Fakhrul perlahan tapi sedikit tegas.

"Saya nak bangun lah ni." Balas Aimi lalu menguatkan diri dia untuk bangkit dari pembaringan dia.

Fakhrul hanya menggelengkan kepalanya sahaja bila melihat isterinya yang masih mamai lagi.

"Kau pergi ambik wudhu dulu,lepas tu kita berjemaah." Kata Fakhrul sambil membentangkan sejadah mereka berdua.

Aimi hanya mengangguk saja lalu segera ke bilik air untuk mengambil wudhuk.Fakhrul menunggu saja Aimi yang telah mengambil air sembahyang.

***************

Fakhrul terus melafazkan iqamat setelah Aimi sudah bersiap memakai telekungnya.Akhir mereka berdua solat secara berjemaah.

Fakhrul memberi salam terakhir dan diakhiri dengan doa,Aimi pun turut mengikut berdoa bersama serta meng amin kan doa yang telah dibacakan oleh Fakhrul.Setelah habis berdoa,Fakhrul terus bangun segera dan melipatkan sejadahnya.

Aimi pandang rasa hairan. "Awak kenapa nak bergegas sangat ni?" Soal Aimi.

"Aku nak bersiap pergi kerjalah,aku cuti tak lama." Jawab Fakhrul sambil membuka almari bajunya dan mengambil kemeja kerja yang sudah siap di seterika,seraya Fakhrul mengambil tuala dan segera ke bilik air.

Aimi boleh terlupa pula yang Fakhrul sudah masuk kerja semula hari ini.Aimi terus segera membuka telekung dan melipatkan telekung serta sejadahnya.Aimi terus bergegas keluar bilik dan turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk suami dia sebelum pergi ke pejabat.

Hari ini juga mulanya tugas Aimi sebagai seorang isteri terhadap suami dia.Aimi yang berada di dapur tidak tahu nak menyediakan sarapan apa untuk suaminya,akhirnya dia membuat keputusan untuk menyediakan sandwich telur,jem dan nuttela serta menggorengkan sosej yang dibeli semalam.Untuk minuman pula,Aimi membuat air teh susu saja serta menyediakan susu kotak segar yang ada dalam peti sejuk.

Setelah siap kesemuanya,Aimi terus menghidangkan sarapan yang dia buat diatas meja.

Kebetulan masa dia sudah siapkan segalanya,Fakhrul pun turun tapi dia terus ke pintu rumah dia.

"Err awak!" Panggil Aimi segera mengejar Fakhrul yang dah nak ke pintu utama rumahnya.

"Hmm ada apa?" Sahut Fakhrul macam tak ada perasaan.

"Awak nak pergi kerja sekarang ker? Sarapanlah dulu,saya dah siapkan semuanya." Jawab Aimi lembut.

Fakhrul memandang meja makan di ruang makannya sudah tersedia ke semuanya.

Rasa serba salah pula kalau tak nak makan,lagipun dia dah siapkan semuanya.

"Hmm yelah." Jawab Fakhrul terus ke meja makannya.

Aimi mengekori Fakhrul dan tersenyum lega,tatkala Fakhrul sudi nak makan hidangan yang dia buat.

"Ini jer yang kau dapat sediakan?"

"Maaflah,saya cuma sempat buat yang ini jer,kalau nak masak benda lain takut tak sempat." Jawab Aimi perlahan sambil menuangkan air di dalam cawan Fakhrul.

Fakhrul mengangguk seraya menarik kerusi dan duduk.Fakhrul menikmati sandwich yang di buat oleh Aimi sendiri. 'Hmm boleh tahan.' Monolog hati Fakhrul serta menambahkan lagi beberapa potong sandwich untuk dia.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now