Bab 52

748 27 0
                                    

8 bulan kemudian.....

Aimi duduk bersendirian diatas kerusi yang disediakan di taman sebuah taman rekreasi yang boleh menghadap tasik di hadapannya. Sambil-sambil dia tengah duduk itu dia mengimbau semula kenangan dia masa zaman sekolah dahulu sehinggalah tamatnya dia dan Fakhrul di sekolah itu. Tiba-tiba Aimi teringat satu peristiwa yang masa disekolah dulu dengan suaminya. Masa itu,Aimi dengan Fakhrul masih lagi tidak rapat walaupun dia dah berbaik.

Flashback.......

31 Ogos 201X

Seperti yang kita ketahui...tarikh itu merupakan tarikh yang bermakna sekali untuk negara kita ini,iaitu Hari Kemerdekaan. Jadi disekolah juga telah membuat pelbagai program sempena hari kemerdekaan. Tapi program yang paling mereka harus sertai adalah pertandingan menghias kelas bertemakan hari kebangsaan.

Jadi mereka tidak akan melepaskan peluang ini dan mereka terus mula merancang untuk memikirkan bagaimana untuk menghias kelas mereka bagi lebih cantik dan dipenuhi dengan benda yang bertemakan hari kebangsaan.

"Weyh Anis,Norish! Mana lagi yang lain? Budak laki semua? Takkan sorang pun tak datang?" Tanya Aimi yang sedang menampalkan pelbagai bendera negeri tempat pergantungan langsir. Rakan dia yang lain tengah sibuk menyusun dan mengemas kelas sampai bersih. Kalau hias jer lebih tapi kelas tak bersih tak guna juga...kata nak menang kan...

"Entahlah Aimi diorang lambat kot...tapi,adalah juga budak laki kelas kita 2 ke 3 orang nak datang...itupun sebab kitorang paksa antara 3 ekor makhluk tu..." jawab Norish sambil mengeluarkan bahan-bahan hiasan kelas dia.

Yang hadir ke sekolah untuk menghias harini tidak ramai pun...cuma Aimi,Anis,Norish dan Fatiha...itu pun si mak cik Rimau tu pun lambat. Sekarang ni,cuma tunggu budak lelaki jerrr....heyshhh!

"Korang!" Pekik Fatiha tiba-tiba,terus terkejut mereka bertiga.

"Hey kau ni Tiha...kalau ye pun beri salam dulu!" Tegur Anis pada si Fatiha itu.

"Hehehehe! Sorry.....assalamualaikum..." Fatiha tersengih lalu dia beri salam. Mereka yang bertiga pun jawab salam tersebut. "Ehh korang! Ni aku ada pinjam tangga dari seorang makcik cleaner ni.Nanti bolehlah tampal gambar keenam-enam gambar pemimpin negara kita ni dekat bahagian atas." Kata Fatiha lagi sambil menunjukkan tangga yang tak berapa tinggi itu yang dibawa oleh dia.

"Hmm bagus jugak ada tangga,tak payah nak naik kerusi kalau nak tampal gambar tu. Tapi,siapa yang nak tampal gambar ni dekat atas?" Kata Norish sambil memikirkan siapa yang nak buat kerja ni.

"Suruhlah budak lelaki!!" Balas Fatiha pendek.

"Tapi,sekarang ni ada ker budak lelaki yang kau nampak Tiha oiii!" Anis mencelah.

"Heeee! Budak lelaki ni,dah kena marah dengan aku pun masih tak datang juga! Geramnya aku!" Bentak Fatiha dengan geram.

"Alah....nanti datanglah budak laki tu,tak apa lah,nanti biar aku panjat tangga tu and tampal,aku ni dah biasa panjat tangga dekat rumah kalau nak pasang langsir." Kata Aimi tiba-tiba lalu dia menawarkan diri untuk membuat kerja itu.

"Kalau kau dah kata macam tu,aku okay jelah." Kata Tiha biasa sambil meletakkan tangga dan disandarkan pada dinding. "Eh Norish! Tolong aku jap amik barang dekat bawah." Sambung Tiha seraya menarik tangan Norish untuk menolong dia.Norish pun ikut jerrr.

"Eh Aimi,aku nak gi tandas kejap. Kau stay sini jap. Ni aku nak bagitahu ni,kalau kau naik tangga tu elok-elok,kang nanti jatuh pulak." Kata Anis dan berlalu keluar dan sempat lagi pesan dekat rakannya supaya jaga keselamatan masa naik tangga itu walaupun dah biasa.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now