Bab 14

533 30 0
                                    

3 bulan kemudian...

Alhamdulillah hubungan persahabatan Fakhrul antara Asri dengan yang lain sudah terjalin seperti biasa.Tiada lagi pergaduhan ataupun rasa tidak puas hati,kalau ada juga kita kena selesaikan masalah itu pada hari itu juga.Tugas pengawas masih lagi berjalan seperti biasa,tapi sekarang ramai diantara pengawas yang lain sudah mula tidak menjalankan tugas dengan alasan tidak muhasabah.

Tugas Fakhrul sekarang juga sudah semakin mencabar dan memenatkan sehinggakan Fakhrul tak sempat nak rehat untuk mengalas perut.Yelah,dengan round blok,nak cari budak yang tidak berada di blok untuk jaga,tambahan pula dengan perangai murid yang kepala batu tak nak keluar dari kelas pada waktu rehat sampaikan Fakhrul hampir nak bergaduh dengan murid tersebut.Nasib baik Fakhrul ni tinggi kalau nak dibandingkan semua murid dekat sekolah itu.Dah Fakhrul seorang murid paling tinggi.

Tapi,masih ada lagi hubungan Fakhrul masih bergelora.Siapa tak lagi kalau bukan Aimi.Sampai sekarang tak tahu lagi apa masalah mereka berdua.

Hari ini Fakhrul jadi agak kalut pada dirinya.Pada waktu rehat,dia bergegas ke bilik guru untuk jumpa seseorang.Tapi dia bukan pergi seorang,Fakhrul pergi bersama Asri.

"Weyh Fakhrul rilek ahh,jangan cepat sangat." Asri mengeluh dekat Fakhrul dengan termengah-mengah nafasnya.

Jalan laju sangat Fakhrul ni,mana tak penat Asri dibuatnya.

"Aduh aku nak kena cepatlah,aku nak jumpa cikgu,nak gi kantin pastu nak round blok lagi.Kau tau kan Aimi tu.Kalau tak nampak aku tugas jer,mulalah buat andaian dia sesuka hati dia." Kata Fakhrul kakinya masih laju lagi langkahnya.

"Alah kau rilek jer dengan Aimi tu.Lagipun aku ada dengan kau.Aku boleh back up kau.Bukannya kau tak tugaskan." Balas Asri mudah.

"Hmm yelah dah nak sampai bilik guru ni aku masuk dulu kau tunggu kat luar jap." Pinta Fakhrul lalu masuk ke bilik guru.

Asri pula hanya menunjukkan jarinya berbentuk 'O' tandanya okay.

Aimi mula tugasnya untuk memeriksa semua tempat pengawas bertugas.

"Hisyyhhh,asal makin ramai pengawas tak tugas ni.Makin lama makin melampau pula diorang ni." Cetus Aimi geram.Lalu Aimi pergi ke setiap kelas untuk check pelajar yang berada di dalam kelas.

'Mana semua pengawas ni,lagi satu bukan ni tugas Fakhrul ker.Yang Fakhrul gi mana pulak?! Dia pun dah mula tak nak buat tugas dia ker?!" Geram Aimi dengan perangai diorang.

Fakhrul keluar dengan muka resah Asri yang tunggu di luar pun rasa pelik.

"Asal Fakhrul resah sangat tiba-tiba ni?" Tanya Asri pelik.

"Aduhh makin stress aku tau tak! Esok Sir Taufik nak tengok group dancers aku trainning esok.And then,Sir nak tengok semua perfect.Baru seminggu aku train diorang nak perfect macam mana beb.Dahlah aku yang leader apa-apa hal aku yang kena tau tak! Dahlah kena menari kpop." Keluh Fakhrul pada Asri. "Hah! Kpop?! Serius lah?" Kata Asri macam tak percaya.

"Yerr,sir nak tema kpop tarian kitorang untuk teater tahun ni.Kau ingat senang nak menari kpop ni.Tarian dia dahlah semuanya nak kena laju.Nasib baik aku minat kpop sikit,kalau tak memang aku zero pasal kpop ni.And pasal tarian kpop ni lah aku dah mula minat kpop tau tak!" Luah Fakhrul dengan semua itu.Makin stress Fakhrul dibuatnya.

Fakhrul pun satu,nak sangat join kelab teater dari tahun lepaskan.Nah ambik kau kesengsaraan dalam teater ni,ingat senang ker dalam bidang teater ni.Apatah lagi jadi ketua dalam department dancers.

"Sabar jelah Fakhrul,nanti kau dapat sijil antarabangsa kan untuk kelab." Kata Asri sambil menenangkan Fakhrul yang dah tertekan.

"Hmmm yelah,jomlah gi kantin.Pastu aku nak round." Ajak Fakhrul untuk pergi kantin.

Semasa mereka berdua berjalan ke kantin.Tiba-tiba dengar bunyi yang sangat kecoh.Rupanya ada dua orang pelajar cina sedang bergaduh.Kebetulan dekat sana ada Lokman,tapi takkan Lokman nak leraikan budak yang gaduh tu sorang-sorang.Fakhrul dengan Asri cepat-cepat pergi tolong Lokman meleraikan pergaduhan tersebut.

Aimi pergi ke kawasan tandas blok belakang untuk memantau kawasan tersebut.Bila Aimi sampai saja tempat itu,dia terbau sesuatu.Dan dia kenal bau itu.Bau itu seperti. "Rokok." Cetus Aimi.Tapi bukan dekat tandas,tapi dekat kawasan belakang tandas.

Dengan serta merta Aimi pergi mengintip kegiatan diorang dan mengenal pasti pelajar yang merokok itu.Semuanya ada 4 orang.

"Budak form 4 rupanya.Macam gini aku terjah jelah.Tak guna punya Fakhrul,sepatutnya kau yang kena buat,sebab ni tugas kau kalau kau round!" Cetus Aimi sempat lagi merungut pasal Fakhrul.

"Woi!! Berani kau merokok kat sekolah yer!" Sergah Aimi pada pelajar itu.Terus kaku budak itu dibuatnya.

"Aduh kantoi pulak!" Kata salah seorang pelajar tersebut.

"Hah! Korang jangan nak lari! Kau tunggu sini jap." Kata Aimi dengan tegas. "Ni siapa yang bawak rokok ni cakap?!" Tanya Aimi pada salah seorang antara 4 orang pelajar tadi.

"Jawablah! Dah bisu ker?!" Marah Aimi.Tiba-tiba salah seorang pelajar tersebut menjawab. "Aku.Aku yang bawak." Selamba saja budak yang  bertanda nama 'HAZIQ' pada baju sekolahnya.Dengan baju terkeluar serupa macam samseng sekolah.

"Dah sekarang ni aku nak korang berempat ikut aku jumpa GPK HEM sekarang." Arah Aimi dengan tegas.

"Alah rilek,hal kecik jer,nak bawak gi jumpa GPK HEM." Jawab pelajar yang bernama 'Haziq' itu lagi.Senang betul dia jawab hal kecil dia boleh kata.

"Dah takyah nak banyak cakap ikut aku sekarang!" Marah Aimi pada pelajar itu.Mereka berempat pun hanya mengikut sahaja Aimi.

'Tunggu kau! Jangan ingat kau boleh terlepas dekat luar.' Monolog dalam hati budak Haziq itu.

Di kantin pula masih ada lagi pergaduhan yang belum selesai.Serta merta Fakhrul dan Asri datang untuk menghentikannya daripada ia berterusan.

"Woi! Sudah,sudah! Asal kau berdua nak bergaduh nak kecoh-kecoh tiba-tiba ni hah?!" Marah Fakhrul bila dah muncul dan meleraikan pergaduhan tersebut

"Dah yang lain jangan nak masuk campur." Arah Asri pada pelajar lain sambil menunggu Fakhrul yang menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

"Sudah,sekarang ni,saya mahu kamu berdua ikut saya jumpa cikgu disiplin sekarang.Asri,Lokman jom kita bawak mereka berdua jumpa cikgu disiplin." Arah Fakhrul pada 2 orang budak cina itu sambil mengajak Asri dengan Lokman.

Setelah Fakhrul,Asri dan Lokman hantar budak cina yang gaduh sebentar tadi,mereka bertiga beredar dari bilik disiplin.

"Weyh,dah pukul berapa sekarang?" Tanya Fakhrul pada mereka berdua.

"Lagi 10 minit nak habis rehat." Jawab Lokman lepas dia melihat jam di pergelangan tangan dia.

"What!!" Terbuntang mata Fakhrul bila dengar waktu rehat nak habis. "Aku dah tak round blok lagi.Nanti Aimi kata apa pulak kat aku." Sambung Fakhrul risau.

"Alah,kau nak round pun tak guna dah,lagi dah nak masuk kelas dah.Kalau Aimi nak marah kau pasal tugas kau cakap jelah yang kita leraikan budak." Kata Lokman sambil memberi idea. "Alah,kalau dia nak marah kau nak kata kau bukan-bukan takpe kitorang back up kau Fakhrul.Lagipun ni baru pertama kali kau tak tugas." Sambung Lokman dengan memberi cadangan pada Fakhrul.

"Hmmm yelah.Jomlah kita gerak balik kelas." Ajak Fakhrul dalam keadaan risau.

Dalam perjalanan nak ke kelas,tiba-tiba Aimi terpandang Fakhrul dengan Lokman dan Asri baru turun tangga dari bilik disiplin.Serta merta Aimi panggil.

"Fakhrul!" Laung Aimi sedikit kuat yang menyebab mereka bertiga boleh dengar panggilan dari Aimi.

Fakhrul pandang ke belakang dengan terkejut dia tahu siapa pemilik suara itu. 'Aduhh,dah mula dah lepas ni.' Cetus hati Fakhrul.

Apa yang berlaku dengan Fakhrul?

Tunggu yerr.

#vote&comment



Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now