Bab 33

517 25 0
                                    

Malam itu mereka berdua keluar bersama,sekali mereka mencari barang dapur sekali dan segala isi rumah yang perlu sahaja.Beli yang perlu sahaja,tapi isi dekat troli punya lah penuh macam beli barang untuk setahun.Padahal duduk berdua saja.

"Awak banyaknya kita beli barang dapur?" Tanya Aimi sambil menolak troli yang dipenuhi segala makanan dan keperluan dapur.

"Alah,tak salah kita beli lebih sikit,untuk masa sebulan." Jawab Fakhrul sambil memilih biskut yang berlainan jenis.

Aimi hanya mengangguk saja apa yang Fakhrul cakap.Tak nak cakap lebih-lebih nanti jadi macam tadi,masa dekat rumah.

"Okaylah,dah cukup semuanya." Kata Fakhrul seraya membawa troli yang ditolak Aimi pergi cashier untuk Fakhrul membayarnya.

Setelah Fakhrul membayarnya,baru mereka terus pergi ke restoran yang rasa ingin makan.

****************

Setelah mereka pulang dengan segala peralatan dapur yang mereka beli.Banyak betul Fakhrul beli macam beli untuk setahun.Mereka berdua semua barang dekat tempat-tempat yang sepatutnya.

"Aimi kau tolong kemaskan semua barang yang tinggal sikit,aku naik,nak solat isyak kejap." Kata Fakhrul tiba-tiba,lantas terus keluar dari dapur dan bergegas naik ke atas.

Aimi tak sempat balas apa-apa lagi,Fakhrul dah meninggalkan dia di dapur. 'Hmm takpelah lagi sikit je tinggal.' Monolog hati Aimi.

Segala barang mentah telah di letakkan dalam peti sejuk dan akhirnya siap kesemuanya.

Telefon Aimi berbunyi.....

Aimi mencari dan mengeluarkan telefon dia di dalam beg  seraya melihat nama pemanggilnya 'Anis'lalu segera mengangkatnya.

"Hello,assalamualaikum." Jawab Aimi dengan salam.

"Waalaikumsalam beb!" Balas Anis. "Weyh kau ni terus tak contact aku yer lepas pindah dengan Fakhrul! Whatsapp aku pun tidak! Sampai hati." Sambung Anis dengan suara pura-pura nak merajuk.

"Sorrylah Nis,aku betul-betul lupa nak bagitahu dekat kau,yang aku dah ikut Fakhrul balik sini tengah hari tadi." Kata Aimi sambil duduk di kerusi yang ada di dapur. "Ni siapa yang bagitahu kau yang aku dah duduk KL dengan Fakhrul ni?" Sambung tanya Aimi dalam telefon.

"Siapa lagi,Ibu kaulah,itu pun sebab aku terjumpa dia dekat supermarket tadi.Alang-alang  aku jumpa aku tegur lah ibu kau.Pastu aku tanya ibu kau,yang kau dah mula duduk dengan Fakhrul ker macam tu.Lepas itu ibu kau pun 'ia' jelah." Jawab Anis berjela.
Aimi yang dengar dari telefon hanya mengangguk saja. "By the way,kau tengah buat apa nih?" Sambung Anis tanya balik pada Aimi.

"Aku dengan Fakhrul baru balik dari beli barang dapur and then makan luar terus,dekat rumah ni pun tak ada benda,sebab kitorang pun baru masuk rumah ni,Fakhrul pun beli rumah ni pun dah lama,cuma dia tak duduk sini.Sebelum ni kan Fakhrul duduk dengan kawan dia." Jawab Aimi pada Anis.

"Owh macam tu ker.." kata Anis pendek. "Kau dengan Fakhrul okay ke sekarang ni?" Tanya Anis tiba-tiba tentang mereka.

Aimi lambat sedikit untuk jawab soalan itu.Seperti nak taknak saja.

"Aimi kau dengar tak?" Panggil Anis tiba-tiba Aimi diam bila dengar soalan itu.

"Err yer Nis,aku okay jer dengan Fakhrul." Jawab Aimi perlahan.

"Aimi,aku tahu apa yang kau rasa sekarang.Kau banyakkan bersabar yer.Aku tahu kau susah nak terima semua ni.Kau anggap je ini semua dugaan kau yer.Allah tak akan uji hambanya kalau hamba Dia tak mampu.Lagi satu kau kena turunkan ego kau tu dan lagi satu,kau jangan ingat sangat pasal zaman sekolah dulu yang kau dulu anti Fakhrul sangat.Benda itu dah lama dah lepas,kau tak perlu nak ingatkan lagi.Sekarang ni aku cuma boleh doakan yang terbaik saja untuk kau,supaya rumah tangga kau dengan Fakhrul kukuh untuk selamanya.Kalau ada masalah besar sekalipun antara kau dengan Fakhrul,cuba selesaikan dengan cara baik.Aku yakin dan pasti sangat yang Fakhrul mampu membahagiakan kau.Lagi satu benda yang aku nak kau sentiasa ingat,Syurga kau sekarang dibawah telapak kaki suami kau.Kau kena ingat benda itu sampai bila-bila." Nasihat Anis panjang berjela.Anis memang suka nasihatkan benda berkaitan agama apatah lagi bila dalam bab rumah tangga,walaupun Anis ni belum kahwin lagi.

Aimi mendengar segala nasihat dan pesanan yang diberi oleh sahabat dia.

Setelah 10 minit mereka berbual,mereka mengutuskan untuk menamatkan perbualan mereka.

"Okay dahlah Aimi,aku nak letak dulu,esok pagi aku nak kerja.Kau tu takpe sebab ada Fakhrul hehehehe." Kata Anis dengan ketawa sedikit.

"Hmm okaylah,assalamualaikum." Balas Aimi dengan memberi salam dan menutup telefon selepas Anis menjawab salam dia.

Aimi terus pergi naik ke atas bilik tidur dia dan suaminya.Aimi pergi ke pintu bilik itu,perlahan perlahan dia membuka pintu bilik tersebut.Sunyi sepi saja bila masuk.Sekali Aimi pandang pada katil.

"Lah,dah tidur rupanya." Kata Aimi tatkala melihat Fakhrul sedang lena diatas katil dengan kopiahnya masih di kepalanya.

Aimi terus menanggalkan tudung shawl dia dan capai tualanya seraya terus bergegas ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat isyak.

****************

Selesai saja Aimi menunaikan solat isyak,Aimi melipatkan sejadah dan telekungnya dan letakkan di tempat yang disediakan.

Aimi terus pergi ke katil tidurnya,untuk dia tidur.Aimi mendaratkan punggung dia untuk duduk di atas katil itu.Aimi sempat lagi memandang Fakhrul yang masih tidur lena disebelahnya.Masih lagi dalam keadaan yang sama masa dia tengok Fakhrul mula-mula tidur tadi.Aimi tidak mahu membuang masa lagi,dia pun sudah penat ditambah pula dengan mengantuk.Aimi melepaskan ikatan getah rambut dia dan terus dia membaringkan badannya diatas katil yang empuk itu.

Setelah beberapa minit Aimi masih tidak boleh lelapkan mata dia.Tiba-tiba dia susah nak tidur pula kalini.

'Asal susah nak tidur ni!' Aimi melihat jam pada telefon dia menunjukkan pukul 12.45 tengah malam.

Tiba-tiba saja,tangan Fakhrul melingkar pada badan Aimi.Aimi terkejut dan membulat mata dia kerana dilakukan sedemikian oleh itu.Bila nak di alihkan tak boleh makin kuat adalah pelukkan dari Fakhrul.Aimi tak boleh nak buat apa-apa,dia membiarkan saja tangan Fakhrul berada di badannya.

Tiba-tiba Fakhrul menarik pula badan Aimi rapat pada tubuh Fakhrul dan makin di eratkan lagi pelukkannya,macam tak nak bagi Aimi terlepas dari Fakhrul.Aimi hanya redha jer Fakhrul buat macam tu dekat dia.Aimi terasa sedikit nafas Fakhrul dari belakangnya.

Bila dibiarkan Fakhrul buat macam begitu dekat Aimi,perasaan Aimi rasa lain macam pula.Seolah-olah Aimi rasa selesa bila berada bersama dan di sisi Fakhrul,rasa lebih selamat.

'Adakah aku masih ragu dengan perasaan yang ada pada diri aku ni?'

Dan lama kelamaan Aimi dalam keadaan begitu,akhirnya Aimi telah hanyut dalam lena dan dibuai mimpi,di samping bersama Fakhrul.



#vote&comment

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now