Bab 39

500 26 0
                                    

Perjalanan mereka ke destinasi yang Fakhrul ingin tuju mengambil masa agak lama dan beberapa jam mereka nak sampai.Sepanjang perjalanan mereka juga tiada apa-apa halangan dan masalah.Sepanjang Fakhrul memandu Fakhrul langsung tidak mengantuk dan dia tidak mudah mengantuk bila memandu waktu malam.Sudah terbiasalah agaknya,tapi kalau Fakhrul ngantuk juga dia akan berhenti berehat dahulu.Namun,tak nak tidur punya pasal dia beli jer air Redbull terus rasa segar matanya.

Aimi pula,jangan cakaplah sepanjang perjalanan dia tidur memanjang.Seronok betul dia tidur,jadi nak elakkan dari rasa sunyi dia pasang cd lagu kpop favourite dia iaitu group EXO jadi biar dia tak bosan sepanjang dia memandu.

Setelah beberapa jam Fakhrul memandu,akhirnya Fakhrul sudah sampai ke destinasi yang dia ingin tuju.Lagipun tempat juga tempat favourite dia.

Fakhrul tiba saja ditempat itu,dia mematikan enjin kereta Kia dia dan keluar dari perut kereta dia.Fakhrul keluar dan meregangkan sedikit badannya yang sudah lama dia duduk untuk memandu seraya dia pun menghirup udara di kawasan luar.Sungguh nyaman rasanya dan rasa segar.

"Aku harap sangat Aimi suka tempat ini dan juga aku harap dapat bagitahu dia tentang perasaan aku selama ni.Lagipun sampai bila aku nak berdiam diri." Kata Fakhrul sendiri tentang niat dan tujuan dia ke sini seraya boleh dia hilangkan sedikit tekanan kerja dia dekat office itu,walaupun Fakhrul ni cekap menyelesaikan kerja dia di office.

Lagipun ini semua cadangan kawan baik dia Hakim itu.Teringat lagi masa Fakhrul masa Hakim beri cadangan tentang itu.

"Fakhrul aku cadangkan kau,kau pergi bawa isteri kau ke mana-mana jer,and then kau luahkan semuanya,bagitahu dia yang kau sebenarnya cintakan dia.At the same time,kau honeymoon sekali.Aku rasa sejak kau dah kahwin ni,kau tak pergi honeymoon dekat mana-mana kan? So kau gunakan peluang ini." Cadang Hakim masa itu.

Fakhrul menggelengkan kepalanya sambil tersengih sengih suka seraya Fakhrul berpaling semula pada keretanya.Ternyata isterinya Aimi masih lena lagi.Haih isteri siapalah ni,hehehe.Fakhrul bergerak ke kereta menuju ke tempat dimana isteri dia tengah tersandar tidur lalu pintunya Fakhrul membuka dan merendahkan sedikit diri dia supaya dia sama paras dengan isteri dia yang tengah tidur supaya Fakhrul boleh mengejutkan dia.

Semasa Fakhrul nak mengejutkan Aimi yang masih tidur itu,Fakhrul perasan yang rambut Aimi sedikit keluar. "Heyh! Ni rambut terkeluar ni,aurat mesti kena jaga walaupun sedikit." Kata Fakhrul sedikit perlahan.Fakhrul terus memasukkan rambut Aimi yang sedikit terkeluar serta memperbetulkan sedikit tudung dia yang senget sedikit.Secara tiba-tiba Aimi tersedar dari tidur dia.

"Huh! Awak?! Awak cuba nak buat apa dekat saya?!" Aimi tersedar dari tidur lalu perasan tangan Fakhrul berada dimukanya tiba-tiba,serta merta Aimi dah rasa lain bila dibuat begitu.

Fakhrul terkejut tiba-tiba isteru dia dah sedar.Aduhh! Kantoi pula! Fakhrul tak sangka pula,yang isterinya boleh berfikir sebegitu pada diri dia.Padahal niatnya cuma nak betulkan tudung dia itu saja.

Aimi masih memeluk badan dia,seolah olah ditutup takut dilakukan yang bukan-bukan oleh Fakhrul.Fakhrul tengok dia pun nak tergelak.Hmmm takut sangatlah dia ni!

"Dahlah awak tak payah nak takut sangat.Saya tak buat apa-apa pun dekat awak jangan nak fikir bukan-bukan.Tu betulkan tudung awak yang senget tu,rambut tu jaga nanti tak pasal-pasal saya yang kena tanggung." Aimi terus menurunkan cermin di bahagian atas itu dan memperbetulkan tudung dia.Memang senget pun tudung dia dan memasukkan rambut dia ke dalam yang terkeluar sedikit itu. "Dan lagi satu,kalau saya nak buat apa-apa dekat awak,apa salahnya saya ni kan suami awak." Sambung Fakhrul lagi sambil tersengih.Best pulak usik isteri dia tu.Fakhrul Fakhrul hmmm.Yang Aimi,dah mula buat muka annoying dia.Gatal betul.

Setelah Aimi memperbetulkan tudung dia jadi lebih elok,dia keluar dari kereta dan melihat dia dimana.Aimi serta merta rasa teruja pulak.

'Betul ker aku dekat sini ni? Macam tak percaya?!' Monolog hati Aimi teruja.

"Awak! Kita dekat mana ni?!" Soal Aimi teruja.

"Awak rasa?" Soal Fakhrul balik.

"Cameron Highland!" Jawab Aimi lagi teruja.Fakhrul mengangguk sambil tersenyum bagi peluang dekat isteri dia rasa happy dulu.

"Awak kenapa tak cakap awal-awal,yang awak bawak saya pergi sini?!" Soal Aimi rasa riang.

"Saja,nak suprise sedikit dekat awak." Jawab Fakhrul sambil tersenyum,lega hati Fakhrul bila tengok isteri dia sungguh excited.

Sesungguhnya Aimi sudah lama tidak datang ke sini.Kali terakhir Aimi datang sini masa dia kecil dengan family dia.Macam manalah Fakhrul boleh terdetik hati nak bawa dia ke sini.Dia memang suka tempat yang dingin macam ni.

Setelah beberapa minit tadi,mereka berdua mengambil beg mereka sendiri dari boot kereta dan terus pergi check in hotel.Mereka berdua menginap disebuah hotel 5 star.Fakhrul juga sudah booking bilik ini dari awal dan juga segala aktiviti-aktiviti yang menarik juga dia booking untuk dilakukan selama seminggu.

Habis sahaja proses check in,mereka berdua terus ke bilik diorang yang telah ditempah.Fakhrul menggunakan kad pengimbas untuk membuka pintu bilik mereka yang mereka akan menginap selama seminggu.

Mereka berdua memasuki bilik tersebut.Aimi tergamam seketika bila melihat bilik yang Fakhrul pilih.Sungguh luas biliknya siap ada ruang tamu sekali,katilnya dihias dengan taburan bunga ros merah serta tuala yang membentuk 2 ekor angsa yang bercium yang nampak bentuk hati dan lagi seronok bilik dia ada balkoni yang menghadap kawasan luar yang nyaman dari situ dia boleh nampak ladang teh yang dari balkoni itu.

Fakhrul pun asyik tersengih saja lagi tadi melihat isteri dia yang begitu gembira sekali.Tak sia-sia dia bawa ke sini.

Kini rasa penat Fakhrul yang lagi tadi asyik memandu dari mula lagi.Jadi Fakhrul mengambil keputusan untuk baring diatas sofa yang ada disitu seraya dia melelapkan matanya.

"Awak! Cantik betul tempat ni,pandai awak pilih." Panggil Aimi pada suami dia.Aimi yang lagi tadi masih berada di balkoni itu tidak habis-habis menyaksikan pemandangan diluar sampai tidak sedar yang suaminya tertidur.Aimi terasa hairan tiba-tiba.

"Asal sunyi jer nih?" Aimi terus masuk menjenguk seketika didalam biliknya.Aimi terlihat sekujur tubuh yang sedang lena diatas sofa.Aimi hanya tersenyum saja melihat dia sedang tidur.Aimi memandang saja Fakhrul yang sedang tidur nyenyak itu.Aimi duduk di bawah sofa itu dan terus menatap seketika wajah suami dia yang cerah itu serta merta Aimi tersenyum bila melihatnya.

"Kesian awak.Mesti awak penatkan,awak memandu tak ada berhenti.Awak terima kasih yer." Kata Aimi perlahan serta mengelus wajah suami dia dengan tangan dia yang sungguh lembut.Handsome betul bila dia tidur.Hmmmm.

Aimi terus bangun dan berlalu ke almari baju yang tersedia itu,dia membukanya untuk mencari sesuatu.Ada tiga helai tuala.Aimi mengambil satu untuk dia selimutkan tubuh Fakhrul.Dekat bilik dia memang rasa sedikit sejuk,walaupun tidak menghidupkan penghawa dingin sekali.Maklumlah inikan Cameron mesti rasa sejuk.

Setelah Aimi buat itu,dia terus menanggalkan tudung dia dan mengeluarkan beberapa helai baju dia serta tuala lalu dia ke bilik air untuk membersihkan diri dia.

Selesai saja Aimi membersihkan diri.Dia juga mengikut langkah yang sama seperti Fakhrul untuk merehatkan diri dia di atas katil yang masih lagi dalam keadaan yang mereka mula-mula masuk tadi.

Aimi mengalihkan tuala angsa tadi ke meja di hadapan katil dia lalu dia mendaratkan diri dia pada katil itu dan tidur.

Kini mereka berdua sudah dibuai dalam mimpi kerana rasa letih.

Teruskan baca and vote yerrr,thank you!

#vote&comment

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now