Bab 47

500 22 0
                                    

3 bulan berlalu......

Aimi sedang mengemas dan menyapu di kawasan luar diperkarangan rumahnya,selepas itu baru dia buat kerja yang dalam rumah.

Saat Aimi sedang menyapu semua sampah yang berselerak di kawasan rumah dia dan dibawa keluar rumah,Aimi selalu perasan ada sebuah kereta asing yang asyik sentiasa di kawasan yang menghampiri rumah dia.Ini bukannya sekali perkara ini berlaku,sudah jadi makin kerap dia nampak,bila dia menyidai baju or membersihkan halaman rumah.Nak kata jiran,tak mungkin sebab dia dah kenal semua jiran dekat sini,lagipun dia ada juga bertanya dengan jiran-jiran yang lain tentang kereta yang dia selalu nampak.Tapi bila dikatakan oleh jirannya,jiran dia pun tidak kenal milik kereta itu.Aimi ada bertanya juga pada Fakhrul,tapi Fakhrul menjawab dia tak ada nampak mana-mana kereta pelik yang ada di sekitar rumah dia.Hmmm pelik betul.

Sejak kejadian itu,Aimi dah mula rasa risau dan tidak sedap hati sampai sekarang,takut ada perkara yang tak sepatutnya berlaku saja pada dia.Sekarang ni,dah macam-macam kes yang berlaku.Kes culik,ragut,samun,rogol dan macam-macam lagi.Bila Aimi perasan saja kereta itu setiap kali dia berada diluar dia terus masuk ke rumah and then kunci terus.

Sekarang ini,kereta itu masih ada lagi disitu.Tanpa menunggu lagi Aimi terus masuk ke rumah secepatnya dan mengunci pintu terus.

Aimi menyandar pada pintu rumah dia dan lantas dia berdoa."Ya Allah,kenapa aku rasa tidak sedap hati ni.Ya Allah kau lindungi lah hamba-Mu ini dari sebarang kecelakaan yang berlaku pada hamba-Mu ini Ya Allah."

Aimi sempat lagi mengintai kawasan luar itu dari langsir rumah dia.Tapi,tak ada apa-apa,risau juga kalau-kalau bekas teman lelaki dia Hazrin itu buat hal lagi.Hah! Baru Aimi tersedar yang Hazrin sudah jarang berjumpa and mengganggu dia lagi.Mungkin dia dah menyerah kalah kot,dah boleh terima yang Aimi ini hak orang sekarang.Hmmm bagus juga macam itu.

Nada dering Telefon Aimi berbunyi....

Terkejut Aimi tiba-tiba,bila dengar telefon dia berbunyi.Lalu dia segera mendapatkan telefon dia dan melihat nama yang tertera......

'Anis'

Aimi menghembus nafas lega.Ingatkan siapa lah tadi.Aimi terus mengangkatnya.

"Hello,assalamualaikum Nis." Jawab Aimi dari telefonnya.

"Waalaikumsalam beb!! Kau apa khabar! Asal kau dah lama tak contact aku....sampai hati yerrr,tahulah kau tengah bahagia dengan Fakhrul sekarang......." balas Anis bertubi-tubi pada sahabatnya.

Aimi yang dengar dah buat muka dia yang innocent dia....hmmm dah mulalah dia ni..

"Eiiihhh kau ni Nis,aku bukannya tak nak contact kau.Aku tak ada masa." Kata Aimi sambil ke dapur untuk mengemas pula.

"Eleh! Tak ada masa konon.Kau bukannya sibuk mana pun,lagipun kau tu suri rumah bukannya kerja pun.Alasan jer lebih,hmmmppphhh!" Balas Anis seakan-akan menyampah.

"Hmm yelah yelah,lepas ni kalau aku ada masa aku rajin rajin contact kau yerr....wahai Cik Anis Zakiah binti Mohd Shah." Balas balik Aimi dengan tenang.Anis dalam talian hanya ketawa saja. "Weyh Nis,kau tak kerja ker? Call aku tiba-tiba?" Sambung Aimi lagi.

"Kerjalah....kan sekarang ni dah tengah hari,lunch hour kan..." balas Anis. "Lagipun aku tak turun office ni,aku bawa bekal itu yang aku call kau ni." Sambung Anis lagi.

"Owh......ni kau tak jawab soalan aku lagi ni,asal kau call aku tiba-tiba ni,ada apa-apa nak share kerr?" Soal Aimi lagi sekali.

"Aku call kau ni sebab......" Anis baru nak cakap sesuatu and then dia stop sekejap dengan rasa hairan. "Ehh! Chup! Kau tak tau ker hari ini apa?" Soal Anis pelik.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now