Bab 12

598 33 0
                                    

Esoknya Fakhrul pergi sekolah dalam keadaan yang sama,cuma kali ada penambahan sedikit dengan Fakhrul.Setiap kali Fakhrul akan bertembung dengan Aimi,dia bermasam muka seperti mahu gaduh.Hari ini juga Fakhrul dah boleh bersuara dengan pelajar lain,tapi hanya dengan Afif dengan Usaid yang sama pengawas dengannya.

Kalau dengan Asri,Lokman,Safwan dan Syafudeen masih lagi membisu.Sebenarnya,Fakhrul tak ada niat untuk tidak bercakap dengan diorang kecuali Asri lah.Dari awal pagi sampai waktu rehat.

Loceng tamat rehat dah bunyi,waktu rehat dah tamat.Fakhrul baru saja tamat buat rondaan di seluruh blok.

Tapi Fakhrul ronda secara berseorangan,sebab penolong Deen tak hadir kerana demam.

Fakhrul terus gerak masuk kelas bila dengar bunyi loceng habis rehat.

"Fakhrul!" Laung seseorang,Fakhrul menoleh tengok siapa. 'Nazmie'

"Fakhrul,asal jalan sorang jer.Mana Asri dengan yang lain?" Sengaja Nazmie menyebut nama Asri nak tengok macam mana keadaan dia bila dengar nama itu.

"Hah Asri? Maybe dengan Lokman dengan Safwan kot." Jawab Fakhrul tenang sambil berjalan menuju ke blok kelas mereka berdua di bahagian belakang,Fakhrul tahu yang dia tengah marah pasal Asri.Tapi bila di fikirkan balik,perlu ke sampai dia nak masam muka dengan Asri pasal jawatan itu.

Fakhrul sedar itu mungkin semua adalah rezeki,yang Allah tentukan segalanya,sekarang dia tak dapat jawatan ketua atau penolong.Tapi mungkin Tuhan nak beri aku yang lebih baik daripada jadi ketua atau penolong ini.Jadi sekarang Fakhrul kena redha dengan segala ketentuan-Nya.

"Fakhrul,kau ok tak? Asal termenung jer nih." Nazmie mengoyangkan sedikit badan Fakhrul yang dah mengelamun jauh.

Fakhrul tersentak bila Nazmie menggoyangkan badannya.

"Hah! Ye Nazmie aku okay jer.Eh Nazmie jom stayback petang ni jom.Aku nak buat homework jap." Ajak Fakhrul pada Nazmie,Sahaja Fakhrul ubah topik,walaupun dia nak stayback petang ini.

"Hmmm,aku rasa aku tak stay kot." Jawab Nazmie.Tiba-tiba dia dapat idea. "Aku ada hal petang ni sorry." Kata Nazmie sambil menyusun sepuluh jarinya dengan ucap perkataan 'sorry'.

"Alah...hmm takpelah aku stay je lah dekat kelas.Okaylah itu je bye." Kata Fakhrul terus naik tangga untuk ke kelas.

"Okay." Jawab Nazmie pendek lepas Fakhrul naik,kebetulan Lokman baru sampai yang nak naik kelas dengan Asri.

"Hah Lokman!!" Panggil Nazmie melenting macam lah Lokman tu jauh sangat. "Aku rasa ni masa yang sesuai kau nak pujuk Fakhrul." Sambung Nazmie lagi.

"Serius ahh.Tapi bila?" Tanya Lokman pada Nazmie.Asri hanya mendengar saja perbualan diorang.

"Kau jumpa dia petang ni.Sebab dia stay kat kelas.Dah lah itu jerr,good luck,aku tengok dia pun mood nya dah ok jer." Kata Nazmie terus bergegas ke kelas.

"Ok sekarang hari ni plan yang baik.Kau Asri jangan risau ok,biar aku settlekan pasal dia ok." Cetus Lokman sambil menepuk bahu Asri supaya jangan risau.

"Okay Man,dah jom masuk kelas." Kata Asri lalu terus mereka berdua masuk ke kelas.

**********
"Kriinnggg!!!!!" Loceng sekolah dah bunyi untuk menamatkan sesi pembelajaran.

"Bangun kelas!" Arah Anwar ketua kelas. "Terima kasih cikgu Nurin." Sambung Anwar diikuti dengan murid yang lain untuk memberi ucap pada Cikgu Nurin cikgu matematik diorang.

"Okay,sama-sama.Balik buat soalan graf yang past years ok." Kata Cikgu Nurin lalu beredar selepas semua mengatakan 'okay'.

Semua pelajar telah siap mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah.Kecuali Fakhrul yang sedang duduk sambil membuat kerja sekolah yang cikgu beri hari ini,termasuk kerja math tadi.Mujur tak banyak,cuma tiga iaitu Prinsip Akaun,Sains dan matematik tadi.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now