Epilog

890 42 1
                                    

Hari berganti hari,masa berlalu dengan pantas kandungan dia pun sudah semakin membesar dan penuh dengan dugaan ketika dia mengandung ni,kadang-kadang time nak tidur ada caranya sendiri,lepastu kalau time nak berjalan tu Aimi selalu dapat rasakan yang belakangnya sakit. Tapi tak jadi mengapa,kerana anak dalam kandungan dia tu dia gagahkan juga dirinya dan tak lupa juga,dalam bilik tidur mereka sudah ada penambahan sedikit iaitu adanya baby court di sebelah katil mereka yang direka bentuk sendiri oleh Fakhrul. Fakhrul menghiasnya dengan bertemakan awan biru dikawasan tempat tidur baby itu,tapi cuma satu jerr yang tak kena....nak tahu apa dia? Tempat tidur baby yang bahagian dalam tu Fakhrul pergi letak banyak barang yang berkaitan dengan Naruto! Haihh! Tak habis lagi dia minat dengan benda tu,memang nak sangat anak dia jadi Naruto sangat ker?! Habis,segala tilam,sarung bantal digunakan tema Naruto oleh suami dia tu,sampaikan patung pun dia letak. Entah bila masa dia beli patung tu Aimi pun tak tahu.....Tapi tak jadi mengapalah,yang penting anak yang bakal lahir ini dapat menjadi anak yang soleh ataupun solehah,taat pada ibu bapa and berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah..... Aminn....

Aimi meneliti segenap tempat bahagian yang terletaknya baju baby yang ada dibutik baby,Fakhrul pula tengah sibuk mencari parking diluar,semua barang-barang berkenaan baby Fakhrul dah beli,cuma baju sajalah yang belum dia beli sebab dia kata dia nak tahu jantina baby ni dulu baru dia beli,tapi bila disuruh scan dia kata taknak sebab kononnya nak suprise lah tu... Macam-macam design ada susah dia nak buat pilihan. Kalau dengan suami dia,jangan cakap memang dia ambil jerrr. Hari ini,mereka berdua pulang ke rumah ibu dengan babah Aimi,dah lama sangat mereka berdua tak balik,lepas pergi butik itu,Fakhrul singgah sekejap ke rumah mama dan abahnya pula,dia pun rindu dengan orang tua dia....

Dalam pada Aimi sedang membelek baju yang teegantung itu,Aimi ternampak dengan insan yang amat dia kenali di luar kedai itu. Tanpa berlengah lagi gantungkan baju itu semula dan Aimi terus keluar dari butik itu dan menegurnya.

"Cikgu Norezah!!"

Langkah wanita itu terhenti dan menoleh siapa yang memanggil dia. Aimi terus mara untuk berjumpa dengan cikgu sekolah dia dulu dan juga merupakan guru kelas dia.

"Eh? Kamu ni tak silap saya kamu ni..." kata Cikgu Norezah cuba mengingat semula siapa wanita yang berada depan dia itu.

"Cikgu....ni saya Aimi lah cikgu...anak murid kelas 5 Sains Sukan cikgu dulu." Kata Aimi lembut sambil mengingatkan semula siapa dia.

"Owhh! Nazira kerr?!" Aimi mengangguk laju,memang cikgu Norezah panggil Aimi dengan panggilan Nazira. "Ya Allah,ini kamu ker sekarang ni....tak sangka boleh pula jumpa kamu dekat sini."

"Yerr cikgu,saya pun macam tak sangka boleh jumpa cikgu. Cikgu sekarang apa khabar,sihat?" Tanya khabar Aimi lembut dengan cikgunya.

"Alhamdulillah sihat,macam yang kamu nampak sekarang ni lah. Kamu datang sini sorang kerr?"

"Owh saya dengan suami saya lah cikgu."

Fakhrul pun muncul tak semena-mena. "Sayang..."

"Eh abang. Abang tengok kita jumpa siapa?" Kata Aimi sambil memberitahu siapa yang dia jumpa.

"Eh cikgu Norezah?!" Kata Fakhrul terkejut.

"Ni Fakhrul ke ni?" Soal Cikgu Norezah seperti tidak percaya melihat bekas anak murid dia lagi seorang. "Wahh! Dah hensem dah sekarang anak murid cikgu ni dah banyak berubah...tak sangka cikgu dapat jumpa kamu berdua kat sini."

"Eh takdelah berubah mana pun...saya sama jerr macam dulu cikgu,cuma sekarang ni lah,macam yang cikgu nampak sekarang. Dah jadi suami orang,dah ada tanggungjawab semua tu..." balas Fakhrul lembut.

"Ohh memanglah dah jadi tugas kamu Fakhrul,ni kamu sebenarnya nak pergi mana ni?" Kata Cikgu Norezah lalu terus menanya mereka.

"Ohh sebenarnya kami berdua nak pergi kedai baju baby,untuk anak kami yang bakal lahir ni cikgu." Jawab Aimi seraya mengusap perutnya yang semakin membulat.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now