Bab 20

605 30 0
                                    

Dari pagi sampai nak ke tengah hari yang Aimi asyik sibuk sahaja.Pagi tadi masuk pun dah buat dia tertekan tiba-tiba,sebab mejanya penuh dengan fail dan kertas kerja yang perlu Aimi siapkan.Itupun ada sebahagian dari kerja minggu lepas,sebab boss nak tengok semua itu pada masa yang ditetapkan.

Aimi sedang fokus melakukan kerjanya di pejabat.Hari ini dia agak sibuk dengan kerjanya.Meja dia pun penuh dengan fail-fail yang nak perlu dia semak dan di hantar secepat mungkin.

"Heyysshh stress betul! Banyak benda kena check dekat fail ini.Macam takde kerani lain pula!" Rungut Aimi.Dah nak buat macam mana memang itu tugas dia nak kena hadap.

"Hey beb asal kau ni tiba-tiba nak merungut ni.Stress ker?" Datang Anis tiba-tiba tegur Aimi.

"Gila kau tak stress,kau nampak fail bertimbul-timbul ni.Nasib yang banyak ni dah siap ada lagi sikit jer." Jawab Aimi tangan masih ligat buat kerja. "Hah kau datang sini ada apa? Tak de kerja ke kau?" Sambung Aimi tanya dengan Anis pelik.

"Kau tak tengok jam ker? Dah masuk waktu lunch dah.Aku datang sini nak ajak kau lunch lah.Apalah kau." Jawab Anis.Hey! Sampai waktu lunch pun tak tau,itulah fokus sangat kerja dengan dia tu.

Aimi memandang jam dipergelangan tangannya. "Ya Allah! Dah 12.15 dah.Macam mana boleh tak perasan ni?!" Kata Aimi terkejut bila tengok waktu sekarang.

"Ha! Tulah fokus sangat! Kerja pun kerja jugak jangan sampai terabai waktu makan." Bebel Anis geram.Suka sangat abaikan waktu rehatnya.

"Hmm yelah! Aku tahu.Sekarang kau nak bawak aku gi lunch kat mana?" Tanya Aimi sambil menyusun kertas kerjanya yang belum diselesaikan lagi.

"Aku ada jumpa tempat lunch yang best.Jom ikut aku." Ajak Anis lalu mereka berdua keluar ke pejabatnya.

*********
Fakhrul sedang sibuk menaip di komputer pejabatnya dengan tekun kerana dia kena siapkan satu laporan tentang kes yang dia jalankan di mahkamah pada minggu yang lain dan akhirnya.

"Huishh siap jugak!" Fakhrul terus menekan print untuk dia hantarkan pada pihak atasan dia. 'Tuk tuk tuk!' Bunyi ketukan pintu di pejabat Fakhrul. "Masuk." Arah Fakhrul pada pekerja yang diluar untuk masuk.

"Errrr Encik Fakhrul,boss nak minta laporan tentang kes yang Encik Fakhrul jalankan pada minggu lepas." Kata Nina pembantu bossnya.

"Owh sekejap,saya dah nak siapkannya." Kata Fakhrul sambil memasukkan beberapa helaian kertas yang dia print out tadi masuk ke dalam fail. "Nah,ini dia." Hulur Fakhrul fail itu pada Nina.

Nina menyambutnya dengan baik. "Terima kasih Encik Fakhrul." Ucap Nina tadi.

"Sama-sama." Balas Fakhrul sambil mengangguk.

Lepas saja Nina keluar,Fakhrul melihat jam tangan fossil dia membuatkan dia terbuntang matanya. "Ya Allah! Dah pukul 12.20 dah aku tak lunch lagi." Cetus Fakhrul lalu dia mengemas meja kerjanya sedikit lalu keluar dari pejabatnya.

Iphone 6 plus Fakhrul tiba-tiba berbunyi.Fakhrul melihat nama pemanggil itu 'Hakim BFFE' lalu Fakhrul menekan punat hijau untuk mengangkat.

"Hello ngek! Kau kat mana? Kata nak lunch sama!" Tengking Hakim dalam talian. 'Isyyhh! Kalau ia pun cuba slow sikit suara tu aku belum pekak lagilah!' Rungut Fakhrul dalam hati.

"Ye ye,aku baru nak turun office ni,kau tunggu kejap lagi 20 minit aku sampai." Jawab Fakhrul lalu cepat-cepat dia tekan butang merah pada Iphone 6 plus dia.Kalau dibiarkan membebel mamat gila tu.

*********

Kereta Perodua Axia milik Encik Azman menyusuri masuk ke kawasan kediaman rumah seseorang.

Isteriku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now