Suga pov
Kepala aku tiba tiba pening melihat darah.Berdenyut denyut seperti diserang migrain.
Arghh!
Aku memegang kepalaku.gigi taringku mulai kelihatan.kulit tanganku berubah putih pucat.Jantung aku berdenyut sangat perlahan.Dup...dap...dup...dap....
Kerisauan aku mula bertambah melihat perubahan drastik yang berlaku ke atas aku.Dalam seminit dua aku pasti bertukar kepada vampire.
Terpejam mataku menahan kesakitan ini.Dan pabila aku membuka mata,sepasang mata merah darah kelihatan bersinar tajam.
"Suga hyung kenapa?"
Grrr!!Aku mendengus kasar.Entah kenapa aku tidak merasakan ini diri aku. Seperti ada satu kuasa luar biasa mengawalku.
Benarkah darah demon yang berada dalam tubuhku mula bertindak balas?
"Hyung,kawal perasaan.Jangan bertukar di sini.Ramai manusia durjana berada disekeliling kita.Mereka bukan saja akan membunuh kita malah puak vampire juga akan diancam bahaya."
Jungkook makin resah.
"A..aku ta..tak dapat ka..kawal di..diri aku!!"
'Ini tak boleh jadi'
Jungkook pantas menggunakan kuasa teleportnya untuk ke istana Diamond cristal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Istana Diamond CristalRaja dan ratu yang sedang beristirahat, terperanjat melihat anak bongsu mereka iaitu Jeon Jungkook tiba tiba muncul dengan memapah Suga yang kelihatan lemah.
"Wahai anakku apa yang telah berlaku?Apakah kamu berdua telah diserang oleh manusia atau serigala?"
Wajah raja Diamond Cristal kelihatan cemas.
Ratu nayeon meluru membantu jungkook.Kini dia memimpin Suga ke sofa.Dibaringkan anak sulungnya itu.
"Sayang,apa yang yang telah berlaku?Kenapa tubuh kamu terlalu lemah?" soal ratu risau.
"Maafkan saya Appa.Saya tidak menjaga Suga hyung dengan baik."
"Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Suga hyung berubah menjadi vampire tatkala melihat darah,appa.Dia kelihatan sangat agresif,berlainan dengan sifatnya.Nasib baik saya menyedari perubahannya itu."
Raja min ho(shinee) terkelu tanpa kata.air mukanya berubah tegang.
"Kamu mesti melaporkan pada appa terlebih dahulu.kamu tau tak mahkluk tu telah kembali dan ingin membunuh puak vampire?!"
############################
Anda rasa mahkluk apa yang ingin membunuh puak vampire?kenapa raja vampire risau?
YOU ARE READING
love you mr vampire
RomancePertemuan yang tak dijangka pada waktu yang salah menyebabkan Suga menjadi mangsa buli pada Suzy. Pelbagai cara yang dilakukan Suzy untuk menyingkirkan Suga dari sekolah itu namun modul operandinya seringkali gagal. Hinggalah satu hari,Suzy secara t...