Suga pov
Aku pantas melusuri jalan untuk mencari kelibat Suzy.
Langkahanku semakin laju bila mana bunyi siulan anjing yang berselang seli dengan bunyi deruan angin yang menggila menusuk ke cuping telingaku.Mata aku meliar dengan penuh berwaspada meneliti setiap ruang dan isi.Aku berlari laju mengunakan kuasa vampireku bila firasatku menyatakan alamat yang buruk akan berlaku pada Suzy.Makin lama makin hatiku tidak merasa enak.Tapi aku tidak tau apa yang akan terjadi.Mungkinkah ada aura jahat sedang berada bersamanya?Musuhku mungkin?
Akhirnya aku dapat menarik nafas lega tatkala mataku yang tak berapa nak besar ni terpandang kelibat sesusuk tubuh kecil bersarung dark coat.
Lantas,aku terus menyentuh bahuku namun pantas ditepis secepatnya.Riak wajahku berubah terkejut.Takkan Suzy tidak menyukai kedatanganku ini?
Tetapi,kenapa wajahnya nampak ketakutan seperti baru bertemu hantu?
Oh,lupa aku ni pun hantu juga tapi hantu yang very special.Meaning aku ni kacak cute romantic caring😘 tak macam hantu lain dahlah buruk terlebih hodoh pulak tu.Aku ni pun tak lalu nak pandang.Ok,cukup melalut.
" Suzy ,waeyo?"Soalku risau berserta gementar.Entah kenapa masa ini juga tangan aku buat hal.Tangan aku terketar ketar,menimbang sama ada nak memeluk tubuh itu atau tidak untuk menenangkan perasaan yang bermukim dihati Suzy.Maklumlah aku nikan Vampire yang baik bersopan dan tidak menyentuh yeoja sesuka hati,haram kan.Ceh wah terlebih puja lah pulak.
Aku rasa jantung aku hampir tergolek ke kaki ketika Suzy memeluk tubuhku tanpa aku sedari.Bulat mata aku.Tangan aku hendak merungkai pelukan ini tetapi hati aku menegah.Lalu aku hanya membiarkan rangkulan ini.Dan entah kenapa Suzy makin mengeratkan rangkulan,refleks kedua tangan ku turut mengetatkan pelukan ini.
Cis,kalau mahu cakap jelah.Tak payah nak 'ter'tu lah 'ter'ni lah last last 'ter'lepas Suzy kat tangan orang lain dan kau pulak 'ter'nangis,'ter'menyesal dan 'ter'sebagainya.ok,stop.Ni dah jauh daripada jalan cerita ni.
"A..aku takut."
Mata bundar dia yang kelihatan berkaca kaca,aku pandang.Timbul perasaan kasihan melihat dirinya.
"Shh,saya kan ada kat sini.Awak takut dah sebab saya akan melindungi awak."balas aku cuba menyedapkan perasaan takutnya.Tubuhnya aku peluk lebih ketat supaya dia merasa selamat dan dilindungi.
Suzy melepaskan rangkulan bergitu juga aku bila lihat dia mendongak keatas sambil menadap tangan.Di telapak tangan dipenuhi benda putih bersih yang turun dari langit.Dahi aku berkerut seribu melihat fenomena yang tidak pernah ku temui di dunia vampire.
Sekali lagi aku perhati lagaknya.Kini dia pandang aku sambil tangan kecil itu sibuk mengepal benda putih itu sehingga membentuk bebola yang sederhana besar dan dia pandang aku lagi sekali.Bibir dia mengukir senyum penuh makna.
Oh,no....Aku dah geleng kepala sebab aku tau apa yang dia nak lakukan.Kugagah kaki untuk berlari tetapi sekarang ini aku rasa aku seperti siput,lembab berlari.Bukkkk.....
Hidungku yang mancung,
terkena peluru cinta.....eh,
silap....peluru bebola itu.Aku tercenggang plus kesakitan.Hehe padahal itu typo je aku nikan vampire,mana ada deria sakit selepas aku merasa sakit yang amat dasyat aka sakit tiada penawar iaitu sakit mati."Yes,kena..."
Aku hampir nak ketawa tengok aksi spontan Suzy yang melompat bintang.Bila anak mata Suzy melekap padaku cepat cepat aku buat wajah benggang plus geram.Benda tu yang sudah hampir mencair di wajah kacak ku aku buang.
Saji yang bertimbun ditanah,aku kaut.Penuh tanganku dengan benda alah ini.Misi balas dendam.Dengan strategi yang ada,aku pantas melempar bebola saji ini sebanyak banyaknya pada Suzy tanpa memberi change untuk dia melepaskan diri.
Yang bebola saji yang akhir sekali berada di tanganku,ku baling ala ala balingan lontar peluru.Ternyata balingan itu tepat terkena di mukanya.
Yahooo,mau je aku bersorak.
"Ok,kita perang!"
Kening sengaja aku jongketkan,mahu melihat tindakannya yang seterusnya.
Dia kaut kesemua saji disekitarnya.Setelah mencukupi,dia terus membuat balingan bertalu talu.Aku smirk.Tubuhku ke kiri ke kanan mengelak balingannya.Prefect.Raup wajahnya berubah tegang.Tak ku duga dia merapatiku.Jaraknya makin dekat,sedikit demi sedikit makin dekat sehingga membuat ku terpaku tak mampu bergerak walau seinci.Mata ku tak dapat dikalih dari terus merenungnya.
Bukkk....
Sekali lagi balingan itu terkena di hidungku.Aduhai,tak mancung dahlah lepas ni hidung aku ni.Hei,tak de tempat lain ke nak baling selagi hidung comel aku ni?
Dia bersorak.Amboi,amboi bestnya dapat kerjakan hidung aku ni.
Ku tunduk sambil buang sisa salji yang masih melekat pada mukaku.Senyum sinis.Sebenarnya aku rasa seronok lah pulak dapat bermain benda alah ni bersama Suzy.Dapat juga aku lepaskan rindu untuk hari hari cuti yang pastinya tidak akan bertemu yeoja kesayanganku ini.
"Kau okey?"
Jariku yang meliar di mukaku terhenti buat sementara waktu tetapi aku masih tidak mahu membuka mulut.Ku curi curi tengok wajahnya.
Wajah itu kelihatan resah.Mungkin takut dengan perubahan sikapku yang mendadak berubah.Hati aku tercuit rasa geli hati.Makin lama aku tak dapat nak tahan ketawaku.Maka terhambur gelak ku yang tertahan tahan semenjak tadi.Dia pun ikut sertai ketawa,tengok aku yang hampir separuh mental ni.
Bila nampak dia betul betul dihadapanku, dengan segera aku lumurkan salji dimukanya.
Nampak terkejut.Aku ketawa terbahak bahak sambil menekan perut yang senak.Suzy pula membalas dengan melontar peluru diperbuat salji kepadaku.Sedang kami berseronok,hujung mataku menangkap bayang seorang namja berjubah melintasi kami.
YOU ARE READING
love you mr vampire
RomancePertemuan yang tak dijangka pada waktu yang salah menyebabkan Suga menjadi mangsa buli pada Suzy. Pelbagai cara yang dilakukan Suzy untuk menyingkirkan Suga dari sekolah itu namun modul operandinya seringkali gagal. Hinggalah satu hari,Suzy secara t...