Changed
Everything can be changed.
Heart?
Feeling?
Fate?
Past life?
For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful.
Start:12th June 2017
End:31st July 2018
⇨Rank⇦
13/12/17:#51 in random
17/12/17:#37 in random
26/6/18:#30...
"Aku terima nikahnya Nureen Qairina binti Shazly dengan mas kahwin sebanyak RM 10,000 tunai"
Dengan sekali lafaz Nureen sah bergelar isteri kepada ahli korporat itu.
Sesi pembatalan air sembahyang berjalan seperti biasa dan diikuti dengan sesi bergambar.
Setelah itu, para wartawan mula menyerbu mereka tetapi dikawal oleh pengawal kerana Nureen terlalu penat untuk mengada sesi soal jawab.
Semalam dia baru sahaja pulang dari New York. Hasilnya pada pagi itu dia tertidur semasa mendandan rambut.
Mikael menghantar Nureen ke naik ke bilik kemudian dia turun semula untuk melayan tetamu.
Pada malam itu, majlis resepsi diadakan di tempat yang sama.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tepat jam 9 malam, dewan itu mula dipenuhi dengan kaum kerabat serta tetamu jemputan yang lain. Masing-masing sudah duduk di meja yang telah ditetapkan agar majlis berjalan dengan lancar.
Nureen yang berada di bilik menunggu tergesa-gesa untuk bersiap kerana dia terlajak tidur.
"Nureen dah okay dah tu. Mika dah tunggu dekat bawah" kata Mya kelam-kabut. Nureen pun tidak ketinggalan kelam-kabut tangannya bergerak.
"Sabar la doe. Mana aku nak letak image model aku" kata Nureen geram.
Tak ke mana pun Mikael tu. Kalau dia tak kahwin dengan aku lagi bagus, desis hatiku.
Dengan dress meleretnya itu, kini dia perlu berlari. Sangat menyusahkan. Diibaratkan dia sedang mendera diri sendiri demi kebahagiaan orang lain.
Mikael melihat jam di tangannya. Bayang Nureen masih belum kelihatan. Dia mendegus perlahan.
Dalam masa 5 minit lagi pintu dewan bakal dibuka. Tetapi tubuh Nureen mahupun Mya masih belum kelihatan.